Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Rajagobal tutup mulut pengkritik

Posted:

Rajagobal tutup mulut pengkritik

Rajagobal tutup mulut pengkritik

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE dan AHMAD FAZLI MOHD.YADI
sukan@kosmo.com.my

RAJAGOBAL (kiri) terus membuktikan sentuhan berbisanya apabila berjaya membawa skuad negara melangkah ke separuh akhir Piala Suzuki AFF 2012.


KEJAYAAN Harimau Malaya melangkah ke separuh akhir kempen Piala Suzuki AFF 2012 sememangnya menutup mulut pengkritik yang lantang mengecam kewibawaan jurulatih, Datuk K. Rajagobal sebelum ini.

Menurut beliau, kritikan demi kritikan itu telah 'membantu' skuad kendaliannya mara lebih jauh selepas menewaskan Indonesia 2-0 pada aksi terakhir Kumpulan B di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam kelmarin.

Biarpun bermula hambar apabila dimalukan 0-3 oleh Singapura pada aksi pertama, Rajagobal optimis Harimau Malaya masih berpeluang untuk mempertahankan kejuaraan Piala Suzuki AFF sebaik mengerjakan Laos 4-1 dalam aksi kedua.

"Biarkan mereka (pengkritik). Kritik hanya satu kritikan dan mereka boleh memberikan pandangan masing-masing. Jika ia lebih kepada memberikan semangat kepada pemain, sudah tentu bagus buat pasukan saya.

"Saya selalu memberitahu bahawa usaha yang saya lakukan ini demi negara. Pemain-pemain ini sentiasa beraksi dengan bersungguh-sungguh dan sentiasa mahu memberikan kegembiraan kepada seluruh rakyat Malaysia.

"Ia merupakan satu perlawanan sukar. Kami memulakan aksi dengan begitu baik dan berjaya mendapatkan dua gol.

"Walaupun kami mendahului mereka dengan kelebihan tersebut, Indonesia tetap memberikan tekanan kepada kami dan beraksi dengan tempo yang pantas dalam usaha untuk mendapatkan jaringan.

"Sebaik rehat separuh masa pertama, saya memberitahu kepada barisan pemain bahawa kami memiliki peluang untuk menamatkan perlawanan itu dengan kemenangan.

"Lebih mustahak, saya gembira kerana berjaya membantu skuad negara mara ke peringkat separuh akhir," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar selepas tamat perlawanan kelmarin.

Dalam perkembangan yang sama, Rajagobal membayangkan 'potensi' sebenar skuad negara masih belum di jelmakan.

"Mungkin (prestasi sebenarnya) skuad negara masih belum tiba.

"Pemain saya antaranya Mohd. Safee Sali, Norshahrul Idlan Talaha dan Safiq Rahim juga kepenatan.

"Jadi, apabila pemain-pemain saya dalam situasi sebegini, mereka tidak mempamerkan karakter sebenar dalam aksi tersebut.

"Saya agak bimbang kerana corak permainan kami terlalu terbuka buat Indonesia. Jadi, saya membuat keputusan dengan meletakkan dua pemain tengah defensif (Gary Steven Robbat dan Amar Rohidan) bagi mengimbangi perlawanan tersebut.

"Bagaimanapun, kami berjaya dan ia bukan satu kemenangan mudah buat kami. Hasilnya, skuad ini berjaya mara ke peringkat separuh akhir dan berdepan Thailand, Ahad ini," katanya.

Ditanya mengenai pertemuan dengan Thailand, Rajagobal memberitahu: "Saya tahu (formula berdepan Thailand) dan pemain saya akan membuktikannya di tengah padang."

'Garuda akan bangkit'

Posted:

'Garuda akan bangkit'

'Garuda akan bangkit'

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE dan AHMAD FAZLI MOHD. YADI
sukan@kosmo.com.my

MAIZAR menegaskan bahawa Indonesia akan lebih bersedia dalam masa dua tahun lagi.


JURULATIH Indonesia, Nil Maizar menegaskan kegagalan pasukannya pada kempen Piala Suzuki AFF 2012 bakal membakar semangat mereka untuk kembali bangkit selepas ini.

Menurut Maizar, Indonesia akan merancang persediaan lebih rapi untuk edisi dua tahun akan datang.

Jelasnya, beliau menerima kekalahan itu secara terbuka dan menyifatkan barisan pemainnya telah mempamerkan aksi cemerlang walaupun tewas 0-2 kepada Malaysia di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam kelmarin.

"Mungkin kali ini rezeki tidak memihak kepada kami dan Malaysia sememangnya berhak melangkah ke separuh akhir.

"Pemain saya telah mempamerkan corak permainan bertenaga dan saya tidak mahu menyalahkan mereka.

"Anak-anak buah saya juga mempamerkan semangat juang yang tinggi dan telah mencuba bermati-matian namun nasib tidak menyebelahi kami," katanya.

Maizar memberitahu: "Saya berharap kekalahan ini dapat dijadikan pengajaran kepada kami supaya lebih bersedia dalam masa dua tahun lagi.

"Saya percaya bila tiba waktu itu, kami mampu memberikan tentangan sengit kepada mana-mana pasukan.

"Sang Garuda akan bangkit, itu janji kami kepada penyokong Indonesia," katanya.

Garuda tidak sehebat dahulu

Posted:

Garuda tidak sehebat dahulu

Garuda tidak sehebat dahulu

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE dan AHMAD FAZLI MOHD. YADI
sukan@kosmo.com.my


SAFEE (kanan) menganggap skuad Indoneisa kali ini tidak sehebat dua tahun lalu.


PENYERANG Harimau Malaya, Mohd. Safee Sali mendedahkan skuad Indonesia pada kempen Piala Suzuki AFF 2010 adalah jauh lebih kuat berbanding kali ini.

Safee berkata demikian selepas membantu skuad negara menewaskan pasukan bimbingan Nil Maizar 2-0 pada aksi terakhir peringkat Kumpulan B di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam kelmarin.

Penyerang kelab Arema Jaya itu menyifatkan, kemelut dalaman yang melanda Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) telah memberikan kesan kepada Garuda yang mempertaruhkan muka baharu dalam skuad mereka pada kempen kali ini.

Jelasnya, ketiadaan pemain-pemain daripada Liga Super Indonesia (ISL) disebabkan PSSI mengantung pasukan dari 25 kelab yang beraksi dalam ISL, jelas memberikan kesan kepada skuad kebangsaan mereka.

"Bagi saya, pasukan Indonesia 2010 adalah lebih bagus dan berpengalaman berbanding skuad kali ini.

"Jadi, saya berpendapat konflik yang melanda PSSI harus diselesaikan dengan segera untuk memajukan bola sepak Indonesia.

"Saya fikir sekiranya ada pemain daripada ISL beraksi untuk skuad Indonesia, mereka pasti akan memberikan tentangan lebih sengit kepada Malaysia," katanya kepada pemberita selepas tamat perlawanan malam kelmarin.

Indonesia tidak dapat menyenaraikan pemain-pemain utama yang beraksi di ISL ekoran penggantungan.

Isu tersebut timbul selepas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mengarahkan PSSI menyelesaikan kemelut berikutan terdapat dua liga utama di Indonesia iaitu ISL dan Liga Premier Indonesia (IPL).

Konflik yang melibatkan status kedua-dua liga tersebut dijangka selesai pada awal bulan ini.

Sementara itu, bekas penyerang Selangor itu menegaskan, perjalanan skuad negara masih jauh dan Harimau Malaya perlu berwaspada dengan ancaman Thailand pada peringat separuh akhir kelak.

"Pertemuan dengan Thailand adalah perlawanan yang berbeza biarpun kita pernah tewas kepada mereka (0-2) dalam satu aksi persahabatan (7 November lalu).

"Jadi, kami perlu memperbaiki segala kelemahan, kerana tahap permainan pada peringkat separuh akhir kelak akan berlainan.

"Jentera serangan Thailand sangat bagus manakala benteng pertahanan mereka juga kental," katanya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan