Utusan Online - Sukan

sumber :-

Utusan Online - Sukan


FAM sangkal dakwaan PBNJ

Posted: 31 May 2013 12:05 PM PDT

KUALA LUMPUR - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menyangkal keras dakwaan bahawa badan itu bersikap berat sebelah berhubung isu pengagihan tiket perlawanan ulangan separuh akhir Piala FA, Pahang menentang Johor Darul Takzim di Stadium Nasional Bukit Jalil, hari ini.

Badan induk tersebut menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan, semalam memberitahu, FAM hanya bertanggungjawab terhadap urusan pengelolaan teknikal sahaja manakala hal berkaitan pengagihan tiket, penetapan harga tiket, dan peruntukan tiket untuk pasukan pelawat adalah dalam bidang kuasa pasukan tuan rumah iaitu Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP).

Dalam kenyataan itu, FAM turut memperjelaskan bahawa keputusan pengagihan tiket telah dilaksanakan selaras dengan Perkara 3.8.1 Peraturan Liga Malaysia 2013-2016 dan Perkara 5 Peraturan Keselamatan FAM.

Tambah FAM, peruntukan 60,000 tiket untuk PBNP dan 20,000 tiket yang boleh dibeli oleh Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) di Stadium Nasional Bukit Jalil adalah dengan persetujuan PBNP selaku tuan rumah.

"Melalui Mesyuarat Khas Jawatankuasa Pertandingan Tempatan pada Rabu lalu telah memutuskan bahawa perlawanan separuh akhir Piala FA 28 Mei di Stadium Darulmakmur Kuantan, Pahang hendaklah dimainkan semula di gelanggang berkecuali iaitu di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 1 Jun 2013.

"FAM akan mengelolakan perlawanan tersebut dengan bantuan PBNP selaku tuan rumah dan sebagai tuan rumah PBNP mempunyai hak ke atas semua aspek pengelolaan perlawanan.

"Malah, semasa keputusan tersebut dibuat wakil PBNJ turut bersama dalam mesyuarat tersebut," kata FAM menerusi kenyataan tersebut.

Kelmarin, PBNJ menerus satu kenyataan mendesak agar FAM bersikap lebih adil dan telus selaku pentadbir tunggal sukan bola sepak negara.

Selain itu, PBNJ turut mendakwa FAM sebagai berat sebelah dalam beberapa aspek bagi menangani kemelut perlawanan separuh akhir kedua Piala FA Pahang menentang Johor Darul Takzim.

Sementara itu, FAM berharap kenyataan tersebut dapat memberikan gambaran sebenar berhubung kemelut yang melanda ketika ini.

Menteri tegur PBNP, pesuruhjaya perlawanan separuh akhir Piala FA

Posted: 31 May 2013 12:05 PM PDT

KUALA LUMPUR - ''Sebagai menteri saya berasa amat kecewa'' itulah luahan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mengenai kekecohan yang berlaku Selasa lalu yang menyebabkan perlawanan separuh akhir kedua Piala FA antara Pahang dan Johor Darul Takzim (DT) ditunda dan dilangsungkan semula hari ini.

Khairy bukan sahaja berasa kecewa, malah tidak teragak-agak mempersalahkan Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) dan pesuruhjaya perlawanan ketika itu yang gagal bertindak dengan baik sehingga menyebabkan perlawanan ditunda.

"Ini bukan soal malu tetapi soal keselamatan, kerana ada penonton yang datang malam itu membawa anak (kanak-kanak) mereka saya tidak mahu tragedi Hillsborough dan Heysel berulang dan berlaku di Malaysia.

''Kedua-dua tragedi tersebut berlaku kerana kawalan penonton yang tidak memuaskan," katanya dalam sidang media selepas mengadakan Lawatan Rasmi Pertama di Majlis Sukan Negara (MSN) di Bukit Jalil, semalam.

Perlawanan separuh akhir kedua Piala FA Pahang menentang Johor DT di Stadium Darul Makmur Selasa lalu terpaksa dibatalkan gara-gara limpahan penonton yang akhirnya mengheret kepada senario kekecohan.

Perlawanan yang sepatutnya bermula pada pukul 8.45 malam itu terpaksa ditangguhkan selama lebih sejam kerana berlaku limpahan penonton memasuki stadium iaitu kira-kira 40,000 orang.

"Perkara ini perlu diambil serius soal hukuman sekarang ini terpulang kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), namun ada pula yang mempersoalkan ia tidak cukup. Ia juga perlu adil kerana Pahang didenda RM100,000 tetapi sekarang mereka akan mengadakan perlawanan ulangan di stadium yang lebih besar.

"Sebagai tuan rumah sudah tentu mereka akan mengutip hasil jualan tiket, saya cadangkan kepada FAM kutipan hasil tiket tuan rumah tidak boleh melebihi kapasiti stadium, saya tidak tahu di mana keadilan di situ," katanya.

Khairy menegaskan, apa yang berlaku adalah kesalahan yang amat besar dilakukan oleh PBNP dan Pesuruhjaya Perlawanan kerana melibatkan penonton dan pemain.

"Ramai yang memberitahu kepada saya mereka ada cita-cita hendak bida Piala Dunia 2034 tetapi gagal mengendalikan perlawanan separuh akhir Piala FA, selepas denda kembali memberi reaksi normal semula.

"Sudah tentu saya salahkan Pesuruhjaya Perlawanan kerana dia perlu menyelaraskan semua perkara termasuk isu keselamatan dan penjualan tiket. Kita tertanya-tanya adakah penjualan tiket melebihi kapasiti stadium kalau betul kena tahu apa puncanya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Utusan Online - Sukan

sumber :-

Utusan Online - Sukan


PBNJ dakwa FAM berat sebelah

Posted: 30 May 2013 11:40 AM PDT

Oleh IFQDAR RAHMAN dan MUHAMMAD DAYNE AZMIN
sukan@utusan.com.my

JOHOR BAHRU - Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) menerusi satu kenyataan di sini semalam mendesak agar Persatuan Bola Sepak Kebangsaan (FAM) bersikap lebih adil dan telus selaku pentadbir tunggal sukan itu di Malaysia.

Menerusi kenyataan tersebut, PBNJ mendakwa FAM bersikap berat sebelah dalam beberapa aspek bagi menangani kemelut perlawanan separuh akhir kedua Piala FA antara Pahang dan Johor Darul Takzim yang dijadualkan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, esok.

"Ini kerana, isu pengagihan tiket sebanyak 60,000 keping kepada Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) dan bakinya sebanyak 20,000 keping untuk jualan umum adalah tidak patut berlaku kerana Johor DT juga berhak menuntut peruntukan sewajarnya.

"FAM dilihat terlalu memikirkan isu keuntungan jualan tiket bagi menanggung kerugian PBNP pada perlawanan yang tertangguh Selasa lalu, berbanding hal keselamatan penyokong kedua-dua pasukan yang bakal bertandang ke Stadium Nasional Bukit Jalil nanti," katanya menerusi kenyataan tersebut.

Tambah PBNJ, pihaknya terpaksa membuat rayuan bertulis kepada badan induk itu untuk mendapatkan peruntukan tiket sewajarnya.

Ekoran daripada itu, PBNJ mempersoalkan adakah terdapat konflik kepentingan antara FAM dan PBNP yang menjurus kepada keputusan tersebut diambil, sekali gus menerbitkan rasa gusar di pihak PBNJ mengenai mutu pengadilan oleh para pengadil yang akan bertugas pada perlawanan Sabtu ini.

Kenyataan itu juga mempersoalkan sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini di Stadium Nasional Bukit Jalil, siapakah yang akan bertanggungjawab?

"Adakah PBNP atau FAM? Jika berlaku insiden yang sama di Stadium Larkin Johor Bahru, atau di Perak, Selangor atau mana-mana negeri yang lain, adakah persatuan bola sepak terbabit akan mendapat keistimewaan yang sama?

"Secara realitinya, penyokong Johor DT seperti dihukum kerana perlu membayar lebih untuk mendapatkan tiket, belanja tambahan untuk perjalanan, serta trauma fizikal dan mental setelah insiden Selasa lalu, selain kerosakan harta benda," jelas kenyataan itu.

Justeru PBNJ berpendapat, demi integriti dan cinta terhadap sukan bola sepak tanah air, rakyat Malaysia berhak mengetahui jawapan bagi segala persoalan tersebut.

"Jawapan dari pihak FAM adalah penting bagi menjawab segala persoalan yang timbul selain menjaga nama baik FAM selaku badan induk yang memangkin kepada kemajuan arena bola sepak tempatan," kata kenyataan itu lagi.

Bagaimanapun, Penolong Setiausaha Agung FAM, Datuk Ahmad Fuad Daud, yang menjawab persoalan berkenaan berkata, keputusan untuk mengadakan permainan semula di Stadium Nasional sambil dihadiri penonton adalah muktamad.

''Saya telah mendapat surat daripada PBNJ pada tengah hari tadi dan apa yang saya boleh perkatakan, keputusan yang dicapai dalam mesyuarat Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) perlu dipatuhi kecuali diubah melalui arahan daripada mesyuarat Exco FAM.

''Namun, memandangkan masa terlalu singkat dan sebahagian besar Exco FAM berada di Mauritius menghadiri kongres FIFA (Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa) sehingga 2 Jun ini, jadi mesyuarat itu tidak boleh dilakukan, " katanya.

Aksi Pahang-JDT 8.45 malam

Posted: 30 May 2013 11:40 AM PDT

KUALA LUMPUR - Bukan di sebelah petang, sebaliknya pertembungan panas antara Pahang dan Johor Darul Takzim akan dilangsungkan pada pukul 8.45 malam esok setelah pihak jawatankuasa pengelola perlawanan separuh akhir berpuas hati dengan tahap pencahayaan lampu di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.

Penolong Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Ahmad Fuad Daud berkata, setelah diuji tahap pencahayaan lampu berjaya melebihi 1,000 lux iaitu jumlah paling minimum yang dibenarkan jika perlawanan diadakan di sebelah malam.

'' Lampu telah dipasang semenjak pukul 12 tengah hari tadi dan setelah diuji, kami mendapati pencahayaan lampu melepasi tahap yang dibenarkan.

''Jadi, ini bermakna perlawanan antara Pahang dan Johor Darul Takzim boleh dimainkan di waktu malam iaitu bermula pada pukul 8.45 dan bukan 4.15 petang mengikut jadual asal.

''Cuma masih ada sedikit masalah dengan lampu di penjuru kiri padang (belakang tiang gol) namun pihak perbadanan stadium berjanji akan dapat memperbaikinya pada hari esok (hari ini)," katanya yang ditemui di Stadium Nasional, semalam.

Sebelum ini, Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata, perlawanan akan diadakan di sebelah petang pada pukul 4.15 petang kerana lampu limpah di Stadium Nasional baru sahaja dinaik taraf.

Mengulas kekecohan yang berlaku di Kuantan kerana penyokong Pahang tidak dapat menebus tiket perlawanan yang ditunda pada Selasa lalu dalam bentuk wang tunai, Ahmad Fuad berkata, perkara itu tertakluk kepada bidang kuasa Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP).

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Utusan Online - Sukan

sumber :-

Utusan Online - Sukan


Bertarung di Bukit Jalil

Posted: 29 May 2013 11:15 AM PDT

Para penyokong Pahang dan Johor Darul Takzim ditenteramkan oleh anggota keselamatan selepas mereka bertindak menyerbu masuk ke padang pada perlawanan separuh akhir kedua Piala FA di Stadium Darul Makmur, Kuantan yang terpaksa dibatalkan malam kelmarin. Perlawanan terpaksa dibatalkan ekoran berlaku kekecohan di kalangan penyokong. - BERNAMA

PETALING JAYA - Pahang menjadi persatuan bola sepak negeri paling tinggi dikenakan hukuman dalam sejarah bola sepak negara apabila didenda k RM100,000 oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) - semuanya gara-gara kekecohan yang berlaku pada perlawanan separuh akhir kedua Piala FA di Stadium Darul Makmur, Kuantan malam kelmarin.

Skuad Tok Gajah juga kehilangan hak untuk bermain selaku tuan rumah apabila terpaksa beraksi di Stadium Nasional, Bukit Jalil menentang Johor Darul Takzim, malah terpaksa menanggung semua perbelanjaan pasukan lawan.

Bagaimanapun, Datuk Haimidin Mohd. Amin selaku Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan masih berlembut membenarkan kehadiran penyokong pada perlawanan tersebut yang akan dijadualkan berlangsung 4.15 petang.

''Atas gagal mengawal faktor keselamatan sebelum perlawanan, kehadiran penonton di atas trek dan penyokong tuan rumah menyerbu ke arah penonton Johor sebaik sahaja perlawanan ditangguhkan, Pahang dikenakan denda maksimum RM100,000 dan tidak boleh mengemukakan sebarang rayuan.

''Pahang juga terpaksa beraksi di stadium berkecuali yang telah ditetapkan oleh FAM iaitu di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 1 Jun, Sabtu ini dan perlu menanggung semua perbelanjaan skuad Johor DT selama dua malam termasuk penginapan hotel dan pengangkutan.

''Johor DT pula melakukan dua kesalahan iaitu para pemain telah meninggalkan stadium sebelum 90 minit masa perlawanan dan para penyokongnya berada di dalam trek, mereka dikenakan denda RM20,000," katanya pada sidang akhbar di Wisma FAM, semalam.

Menyentuh aksi separuh akhir kedua di Piala FA yang akan diadakan di Bukit Jalil, Hamidin berkata, mereka tiada pilihan lain selain terpaksa melangsungkannya di situ selepas Stadium Shah Alam tidak dapat digunakan kerana telah ditempah bagi kegunaan majlis lain.

''Bukit Jalil hanya boleh dimainkan di sebelah petang kerana lampu limpah di situ masih tidak dapat digunakan dan situ sahaja pilihan kita ada kerana Shah Alam akan digunakan untuk sebuah konsert.

''Aksi antara Pahang dan Johor DT akan diuruskan sepenuhnya di bawah pengelolaan FAM iaitu melalui Jawatankuasa Tiket dan Pintu.

''Semua penyokong Pahang boleh menebus tiket di pejabat PBNP dan tiket baharu akan dikeluarkan pada Sabtu iaitu hari perlawanan bermula sembilan pagi," katanya.

Jelas Hamidin, JKPT mempunyai hak untuk mengenakan hukuman ke atas persatuan bola sepak negeri mengikut Peraturan 8.1 dan tidak semestinya perlu menunggu Jawatankuasa Tatatertib untuk bersidang.

''JKPT boleh menjatuhkan hukuman kepada mana-mana persatuan bola sepak negeri jika gagal mematuhi piawaian keselamatan kerana perkara ini termaktub di bawah Peraturan 8.1 FAM.

''Selepas hukuman ini dikenakan, tiada lagi denda lain akan dikenakan di bawah Jawatankuasa Tatatertib dan hukuman ini adalah muktamad," katanya.

Gara-gara pintu pagar pecah - Hamidin

Posted: 29 May 2013 11:15 AM PDT

Salah seorang petugas di Stadium Darul Makmur, Kuantan menunjukkan pintu ke bilik persalinan pemain yang turut dirosakkan oleh penyokong-penyokong fanatik Pahang malam kelmarin. - UTUSAN/Mahathir Ali

PETALING JAYA - Insiden rusuhan antara penonton Pahang dan Johor Darul Takzim pada separuh akhir kedua Piala FA, malam kelmarin semuanya berpunca daripada satu masalah iaitu empat pintu pagar penyokong di Stadium Darul Makmur telah roboh.

Perkara itu telah dijelaskan Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin yang berkata, segala kekecohan serta kehadiran penyokong melebihi kapasiti pasti tidak akan berlaku sehingga perlawanan terpaksa ditangguh.

''Berdasarkan laporan yang diperolehi daripada pegawai perlawanan bahawa empat pintu telah dipecahkan iaitu pintu 7, 5, 11 dan 14 yang menyebabkan ramai antara mereka tidak memperolehi tiket berjaya memasuki stadium sehingga membuatkan stadium melimpah dengan kehadiran penonton sehingga di atas trek.

''Tiada unsur provokasi mengapa pintu pagar ini dipecah sebaliknya semua gara-gara jumlah tiket sebanyak 1,100 bagi kerusi grandstand dan 30,220 untuk tempat duduk biasa telah habis dijual pada waktu tengah hari lagi, mereka hanya kecewa tidak mendapat tiket.

''Jika pintu pagar itu tidak dipecahkan, saya rasa perkara ini tidak mungkin terjadi dan perlawanan pada malam semalam mungkin dapat dimainkan seperti biasa, " katanya pada sidang akhbar di Wisma FAM, semalam.

Pada perlawanan semalam, Stadium Darul Makmur hanya boleh memuatkan kehadiran maksimum seramai 40,000 orang dikejutkan dengan jumlah penonton yang terlalu ramai sehingga menyebabkan permainan terpaksa tidak dapat dimulakan sebelum pesuruhjaya perlawanan, Datuk Ahmad Fuad Daud membuat keputusan membatalkan perlawanan.

Keputusan tidak meneruskan perlawanan itu telah mengundang rusuhan antara penyokong Pahang dan Johor Darul Takzim sehingga menyebabkan ada penonton yang hadir mengalami kecederaan di samping kerosakan beberapa kenderaan yang membawa pemain serta penyokong Johor DT.

Tambah Hamidin, penguatkuasa keselamatan termasuk pihak polis telah sedaya upaya memastikan keselamatan di tahap maksimum dengan penempatan sebanyak 2,000 orang di dalam stadium dan 320 Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU).

''Pihak tuan rumah telah memastikan kawalan keselamatan berada di tahap sepatutnya namun apabila terjadi kehadiran penonton yang luar biasa, inilah yang terjadi.

''Cuma saya berasa lega sedikit kerana tiada sebarang pergaduhan berlaku di luar stadium membabitkan antara kedua-dua penyokong.

''Kejadian ini boleh anggap pertama kali berlaku dan saya harap semua pihak perlu mengambil iktibar supaya tidak terjadi lagi walaupun bagi saya ada baiknya bagi perkembangan bola sepak tempatan kerana para penyokong kita kembali ghairah untuk hadir ke stadium," katanya.

Mengenai aksi separuh akhir kedua di Stadium Nasional Bukit Jalil Sabtu ini, Hamidin berkata, harga tiket adalah sebanyak RM15, namun mereka belum membuat keputusan mengenai pembahagian tiket antara kedua-dua pasukan.

''Buat masa ini kami belum memutuskan berapa banyak tiket yang akan dijual dan akan mendapat maklum balas daripada kedua-dua persatuan bola sepak negeri terlebih dahulu.

''Kita bersedia menjual peruntukkan tiket maksimum sebanyak 90,000 jika ada permintaan tetapi buat masa ini belum ada kata putus mengenai berapa peruntukan yang akan diberikan," katanya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Utusan Online - Sukan

sumber :-

Utusan Online - Sukan


Stadium Darul Makmur kecoh

Posted: 28 May 2013 10:59 AM PDT

Oleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA
shofi.isa@utusan.com.my

Sultan Ahmad Shah berusaha mententeramkan penyokong-penyokong Pahang yang memenuhi trek bersebelahan padang pada perlawanan separuh akhir kedua Piala FA di Stadium Darul Makmur, Kuantan malam tadi. Perlawanan Pahang menentang Johor Darul Takzim terpaksa dibatalkan. - UTUSAN/MAHATHIR ALI

KUANTAN - Perlawanan separuh akhir kedua Piala FA Pahang menentang Johor Darul Takzim di Stadium Darul Makmur di sini, semalam terpaksa dibatalkan gara-gara limpahan penonton yang akhirnya mengheret kepada senario kekecohan.

Perlawanan yang sepatutnya bermula pada pukul 8.45 malam itu terpaksa ditangguhkan selama lebih sejam kerana berlaku limpahan penonton memasuki stadium iaitu kira-kira 40,000 orang.

Perkara itu dikatakan berpunca daripada empat pintu masuk utama stadium yang dipecahkan menyebabkan penonton menyerbu ke dalam stadium.

Keadaan itu menyebabkan kira-kira 5,000 penyokong tuan rumah terpaksa ditempatkan di trek olahraga stadium tersebut bermula pukul 8.30 malam sebelum kedudukan mereka disusun semula.

Dalam pada itu, anggota polis dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) segera menghampiri para penyokong tersebut bagi memastikan keadaan terkawal sepenuhnya.

Serentak dengan itu, Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah yang turut menyaksikan perlawanan tersebut berkenan mencemar duli selama 10 minit turun trek olahraga untuk meminta kerjasama para penyokong supaya mengawal disiplin.

Sesudah selesai, Sultan Ahmad Shah yang diiringi Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Datuk Mohd. Johari Hussain kemudian kembali ke tempat duduk utama sambil menunjukkan isyarat tangan kepada para penyokong supaya menjaga kelakuan masing-masing.

Sehingga pukul 9.45 malam, kesemua penyokong yang membanjiri trek olahraga kemudian ditempatkan semula ke kawasan tempat duduk dalam keadaan terkawal.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd. Jasmani Yusoff yang berada di stadium kemudian membuat pengumuman bahawa permainan boleh diteruskan selepas keadaan terkawal sepenuhnya.

Sebaik pengumuman itu dibuat, kelibat semua pemain tuan rumah kemudian memasuki padang untuk bersedia memulakan perlawanan, namun pemain Johor DT tidak berbuat demikian.

Keadaan bagaimanapun masih tidak terkawal sepenuhnya apabila beberapa kali dicemari bunyi mercun dan balingan botol minuman ke kawasan padang.

Kemudian, para penyokong Johor DT pula bertindak turun dan duduk di trek olahraga meskipun kawasan balapan itu telah diarah untuk dikosongkan bagi membolehkan perlawanan dimulakan.

Perbuatan berbaur provokasi itu kemudian disambut oleh penyokong tuan rumah dengan menyanyikan lagu 1Malaysia.

Pada pukul 10.30 malam, Penolong Setiausaha FAM, Datuk Ahmad Fuad Daud membuat pengumuman bahawa perlawanan tidak dapat diteruskan dan terpaksa ditunda ke tarikh lain.

Menurut Fuad, stadium berkenaan dapat memuatkan 35, 000 dalam satu masa dan tiket terjual adalah 32,000 keping.

Justeru, beliau menolak ada berlaku penjualan tiket palsu yang menyebabkan insiden limpahan penonton malam semalam.

Dalam pada itu, kira-kira 1,500 penyokong Johor DT masih berada di tengah padang sehingga pukul 11.45 malam semalam.

Menurut polis, mereka akan dipindahkan ke tempat selamat apabila kesemua penyokong tuan rumah mengosongkan stadium berkenaan.

Polis turut mengesahkan beberapa penonton mengalami kecederaan ringan dan setakat ini tiada tangkapan dibuat.

Kelantan ke pentas akhir

Posted: 28 May 2013 10:59 AM PDT

Oleh Siti Airunnisa Alaui
utusanterengganu@utusan.com.my

Anggota FRU terpaksa menghalang penyokong tuan rumah yang cuba merempuh sekatan polis dalam aksi separuh akhir kedua Pahang menentang Johor DT yang terpaksa dibatalkan gara-gara keadaan penonton yang tidak dapat dikawal di Stadium Darul Makmur, malam tadi.

KUALA TERENGGANU - Kelantan meneruskan misi mempertahankan kejuaraan Piala FA selepas bangkit dari ketinggalan untuk menewaskan Terengganu secara agregat 6-5 dalam aksi separuh akhir kedua di sini, semalam.

Selepas ketinggalan 0-4, Kelantan bangkit mengikat kedudukan agregat 5-5 apabila pemain import Obinna Nwaneri menanduk bola ke gawang pada masa kecederaan sekali gus menghidupkan saingan penyandang juara itu dan memaksa perlawanan diheret ke masa tambahan.

Tuan rumah turut menerima padah apabila dua pemainnya, Effa Owana dan Abdul Manaf Mamat dilayangkan kad merah sekali gus memberi kelebihan buat pelawat menggandakan asakan.

Terengganu yang terpaksa bermain tanpa tiga tonggak utama, Owana dan Abdul Manaf serta pemain tengah, Ashari Samsudin yang kemudiannya dikeluarkan akibat kecederaan mula hilang punca.

Kepincangan itu membolehkan Kelantan meneruskan asakan sebelum melengkapkan kemenangan apabila bola hantaran Indra Putra ke gawang gol lawan berjaya disudahkan penyerang import, Dikson Nwakaeme pada minit ke-120.

Pun begitu, skuad Bojak Hodak terpaksa berdepan asakan bertubi-tubi anak-anak buah E. Elavarasan sepanjang 90 minit permainan.

Terengganu yang bangkit beraksi garang selepas tewas 1-4 di Stadium Sultan Muhammad IV pada perlawanan separuh pertama 25 Mei lalu, berjaya memperoleh gol seawal minit keempat hasil penyerang import, Vincent Bikana.

Kelantan yang seolah-olah hilang rentak pada awal permainan terus diberi tekanan apabila Terengganu menambah satu lagi gol pada minit ke-26 menerusi G. Puaneswaran hasil hantaran lintang Abdul Manaf Mamat tepat ke gawang gol lawan.

Tersentak dua gol Terengganu, Kelantan cuba bangkit untuk merapatkan kedudukan, namun kekentalan benteng pertahanan yang dikawal rapi kapten pasukan, Hasmizan Kamaroddin berjaya mengekang kemaraan jentera serangan skuad Kijang sehingga tamat babak pertama.

Babak kedua pula menyaksikan Terengganu terus menjarakkan mata jaringan apabila lorongan G. Puaneswaran disempurnakan Effa Owana pada minit ke-70 yang kemudian disusuli jaringan keempat pada minit ke-92 oleh Abdul Manaf Mamat.

Terengganu yang seolah-olah sudah menempah tiket perlawanan akhir, dikejutkan dengan tindakan pengadil perlawanan, Suhaizi Shukri melayangkan kad merah kepada Owana kerana didakwa mengasari salah seorang pemain pelawat sehingga mencetuskan rasa berang pemain itu.

Dalam keadaan kelam-kabut itu, pasukan Terengganu yang terpaksa bermain dengan 10 orang, berjaya dimanfaatkan Kelantan apabila memperoleh gol pertama daripada Nwaneri pada masa kecederaan.

Jaringan itu memaksa permainan diheret ke masa tambahan selepas kedudukan agregat terikat 5-5, dan tidak lama selepas itu berlaku kekecohan apabila Abdul Manaf pula dilayangkan kad merah oleh Suhaizi kerana menendang belakang pemain Kelantan, Mohd. Farisham.

Insiden kekecohan berlarutan sehingga ke luar padang apabila penyokong Terengganu mula memaki hamun pengadil sehingga memaksa anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) mengiringi pengadil terbabit ke bilik rehat.

Pengendali pasukan Terengganu, Elavarasan ketika diaju tentang kad merah kepada dua pemainnya, enggan mengulas dan meminta pihak media merumuskan insiden itu.

Beliau bagaimanapun tetap memuji usaha anak-anak buahnya yang mampu meraih empat gol dalam aksi semalam.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Utusan Online - Sukan

sumber :-

Utusan Online - Sukan


Posted:

[unable to retrieve full-text content]

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Utusan Online - Sukan

sumber :-

Utusan Online - Sukan


Idam ke final jumpa Johor DT

Posted: 26 May 2013 11:47 AM PDT

Oleh YATIMIN ABDULLAH
utusankelantan@utusan.com.my

Pemain Kelantan, Dickson Nwakaeme (kanan) cuba melepasi asakan pemain Terengganu, Vincent Bikana pada separuh akhir pertama Piala FA di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu kelmarin.

KOTA BHARU - Kelantan memasang impian untuk bertemu pasukan berstatus bintang dari selatan tanah air, Johor Darul Takzim pada akhir Piala FA musim ini.

Hasrat itu diluahkan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa selepas The Red Warriors mempamerkan kebangkitan yang menakjubkan menumbangkan Terengganu 4-1 pada separuh akhir pertama di Stadium Sultan Muhammad IV, kelmarin.

Annuar berkata, pada aksi Liga Super minggu lalu, pasukannya tidak berkesempatan mempertaruhkan barisan terbaik, yang menyaksikan mereka tumbang 0-2 kepada Johor DT.

Menurut beliau, sekiranya Kelantan layak ke final, beliau mahu The Red Warriors mempertaruhkan barisan terkuat.

"Kita harap dapat bertemu Johor DT di pentas akhir kerana kita tidak berpuas hati dengan keputusan baru-baru ini disebabkan kita beraksi tanpa skuad utama.

"Jadi kita nak main dengan skuad penuh dan mahu uji kekuatan dengan Johor, di gelanggang berkecuali," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Beliau mengingatkan pemainnya supaya tidak berada di zon selesa meskipun berkelebihan tiga jaringan sebelum bertandang ke gelanggang lawan esok.

"Perlawanan masih berbaki 90 minit dan kita tidak boleh mengambil mudah kemampuan Terengganu. Pemain perlu meneruskan rentak konsisten pada perlawanan itu nanti," ujarnya.

Annuar juga memuji barisan pemain yang bangkit pada sepuluh minit terakhir yang mengubah keputusan perlawanan.

Annuar yang sebelum ini mengkritik keras percaturan taktikal Bojan Hodak yang merehatkan beberapa pemain tonggak ketika tumbang kepada Johor DT sebelum ini bersetuju dengan pendekatan jurulatih berkenaan pada perlawanan dengan Terengganu semalam.

"Malam ini kita setujulah (dengan percaturan Bojan) yang meletakkan pemain-pemain utama. Yang saya tidak setuju ialah dia simpan pemain dulu. Tetapi lepas mendapat penjelasan darinya, kita terima pendekatan yang digunakan," jelasnya.

Akhbar sebelum ini melaporkan Annuar mengecam tindakan jurulatih kelahiran Croatia itu di laman sosial Facebook miliknya selepas perlawanan dengan Johor DT.

Bagaimanapun, Hodak mempertahankan tindakannya tidak memasukkan beberapa pemain utama dengan alasan mahu memastikan pemain terbabit mendapat rehat yang secukupnya bagi menghadapi perlawanan separuh akhir piala FA.

Annuar berkata, teguran yang beliau di dalam Facebook bertujuan untuk 'menyedarkan' pemain supaya bangkit, selain turut membayangkan mereka bakal menikmati 'durian runtuh' jika berjaya melangkah ke final Piala FA.

'Percaturan bodoh' membuahkan hasil

Posted: 26 May 2013 11:47 AM PDT

Oleh YATIMIN ABDULLAH
utusankelantan@utusan.com.my

KOTA BHARU - Bojan Hodak menjawab kritikan pedas yang diterimanya ketika kalah 0-2 kepada Johor Darul Takzim dalam aksi Liga Super Rabu lalu dengan berkata, 'percaturan bodoh' dalam perlawanan tempoh hari membawa hasil apabila Kelantan menang 4-1 ke atas Terengganu dalam perlawanan separuh akhir pertama Piala FA di sini, kelmarin.

Ketua jurulatih Kelantan itu berkata, dia gembira dengan keputusan tersebut kerana telah membuktikan 'percaturan bodohnya' sebelum ini akhirnya memberikan kejayaan yang besar kepada mereka.

"Anda boleh lihat bagaimana barisan pemain Kelantan yang diturunkan pada perlawanan ini mempunyai tahap kecergasan yang baik.

"Mereka mampu mempamerkan aksi cemerlang sehingga wisel penamat.

"Saya gembira dengan persembahan yang ditunjukkan barisan pemain dan tidak mudah berputus asa biarpun dikejutkan dengan jaringan awal lawan," katanya.

Dalam aksi di Stadium Sultan Muhammad IV, Kelantan dikejutkan dengan jaringan Mohd. Asahari Shamsudin pada minit kedua.

Tuan rumah terpaksa menunggu sehingga minit ke-79 untuk jaringan penyamaan menerusi Dickson Nwakaemi.

Asakan Kelantan tidak mampu dibendung pertahanan Terengganu apabila menambah tiga gol menerusi Indra Putra Mahyuddin (m-83), penalti Obinna Nwaneri (m-92) dan Zairo Annuar Zailani (m-93).

Hodak mengakui, kemasukan Nwakeami berjaya mengubah rentak perlawanan sehingga pasukanya mampu menjaringkan empat gol dalam tempoh sepuluh minit terakhir.

Hodak turut memuji penjaga gawang pelawat Mohd. Shamirza Yusoff yang kerap mengagalkan usaha Kelantan untuk mendapat jaringan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Utusan Online - Sukan

sumber :-

Utusan Online - Sukan


Posted:

[unable to retrieve full-text content]

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Utusan Online - Sukan

sumber :-

Utusan Online - Sukan


Jerman cantas kita

Posted: 21 May 2013 10:54 AM PDT

Oleh NORZIE MOHD. KHASBI dan ZAZALI JAMIAN
sukan@utusan.com.my

Chan Peng Soon-Goh Liu Ying kalah mengejut 17-21, 21-18, 17-21 kepada Fuchs Michael-Michels Birgit dalam saingan pembukaan menyebabkan Malaysia ketinggalan 0-1 dalam saingan Piala Sudirman di Stadium Putra, Bukit Jalil, malam tadi. Malaysia tewas 2-3. - UTUSAN/AZLIZA HAILANI

KUALA LUMPUR - Semalam adalah hari paling malang buat badminton Malaysia apabila kita mengalami kekalahan memalukan buat kali kedua berturut-turut, sekali gus tersingkir daripada saingan Piala Sudirman seawal peringkat kumpulan selepas tunduk 2-3 kepada Jerman.

Turun sebagai pilihan ketiga dan diuar-uarkan tidak akan menghadapi masalah untuk melayakkan diri ke suku akhir, Malaysia sebaliknya bukan saja gagal menjuarai Kumpulan C seperti yang disasarkan, malah tidak berjaya pun melepasi peringkat kumpulan.

Memang Malaysia bukan gergasi dalam kejohanan berpasukan campuran, namun kita tidak pernah gagal layak ke suku akhir sejak berjaya mendapatkan semula tempat dalam divisyen satu pada 2005.

Pada 2007 kita mara ke suku akhir, 2009 separuh akhir, manakala 2011 suku akhir.

Hari malang badminton Malaysia turut disaksikan Menteri Belia dan Sukan yang baharu, Khairy Jamaluddin yang hadir di Stadium Putra, Bukit Jalil untuk menonton kejohanan badminton pertamanya sejak bergelar menteri.

Bau-bau kekalahan sudah mula dihidu selepas pasangan harapan negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying kalah mengejut 17-21, 21-18, 17-21 kepada Fuchs Michael-Michels Birgit dalam saingan pembukaan untuk menyebabkan Malaysia ketinggalan 0-1.

Vivian Hoo-Woon Khe Wei yang menggalas tugas berat dalam perlawanan penentuan berusaha memberi yang terbaik, namun kerja keras mereka tidak cukup untuk menumbangkan Michels Birgit-Golsizewski Johanna apabila tunduk 16-21, 21-16, 18-21.

Biarpun jaguh No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei dan beregu muda, Goh V Shem-Lim Khim Wah berjaya meletakkan Malaysia kembali mendahului 2-1, namun, hasrat Malaysia untuk meneruskan cabaran mula menipis selepas Tee Jing Yi kaku dalam saingan perseorangan wanita apabila tunduk mudah 11-21, 14-21 kepada Konon Olga.

Vivian-Khe Wei tidak mampu menampung beban berat beraksi dalam perlawanan penentuan apabila melengkapkan kekalahan hebat kepada Birgit-Johanna.

Ini adalah kali kedua Malaysia diaibkan selepas tumpas 2-3 kepada Taiwan dalam aksi pembukaan Ahad lalu.

Terdahulu, ramalan bahawa Chong Wei mampu menang mudah ke atas Domke Dieter untuk menyamakan kedudukan hampir meleset apabila dipaksa berhempas pulas dalam pertarungan 31 minit sebelum menang 21-18, 21-18.

V Shem-Khim Wah yang menjadi pilihan menggalas cabaran beregu lelaki ekoran prestasi merudum pasangan utama, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong, melaksanakan tugas dengan baik biarpun bertungkus lumus menumpaskan Kindervater Ingo-Schoettler Johannes 21-16, 23-21.

Tiada apa yang mampu dilakukan oleh Malaysia untuk meneruskan langkah ke suku akhir selepas kekalahan Ji Ying dan Khe Wei memusnahkan impian kita.

"Selalunya saya akan menjadi orang pertama turun gelanggang dalam kejohanan berpasukan tetapi kali ini saya jadi pemain kedua beraksi dan kita pula ketinggalan 0-1. Itu memberi tekanan berbeza tetapi saya bernasib kerana berjaya mengatasi perasaan gemuruh dan menang perlawanan.

"Saya memang terkejut bila Peng Soon-Liu Ying kalah, saya jangkakan ini adalah acara yang kita patut menang. Apa pun, kejohanan berpasukan memang sukar, perasaannya tidak sama apabila anda bermain dalam kejohanan individu," ujar ketua pasukan, Chong Wei.

Berani buat berani tanggung

Posted: 21 May 2013 10:54 AM PDT

Oleh ABDUL HAFIZ AHMAD
hafiz.ahmad@utusan.com.my

TENGKU Abdullah (kiri), Pengarah Urusan dan Pengerusi Bank Islam Malaysia Berhad, Datuk Seri Zukri Samat (dua dari kanan) dan Datuk Zamani Abdul Ghani pada pelancaran kad debit-i Visa Bank Islam Team Harimau pada majlis pelancarannya di Wisma FAM, Kelana Jaya, semalam. - UTUSAN/MOHD. AZIM ABD. RAHMAN

PETALING JAYA - Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mengingatkan mana-mana pemain supaya jangan sesekali melayani sebarang percubaan mengatur keputusan oleh bookie yang akhirnya membawa akibat buruk kepada mereka.

"Sekali anda buat dan apabila anda melayan mereka (bersetuju mengambil rasuah mengatur keputusan), timbullah akibatnya seperti ugutan, cubaan membunuh, menggertak pemain dan menakutkan keluarga (jika enggan terus bekerjasama dengan bookie lagi).

"Dari dulu lagi saya sudah menasihatkan pemain, namun saya harap kes ini juga perlu diambil perhatian oleh pihak berkuasa," katanya selepas pelancaran 'Kad Debit-i Visa Bank Islam Team Harimau' di Wisma FAM, Kelana Jaya, semalam.

Beliau mengulas dakwaan peminat bola sepak yang mengesyaki kegiatan mengatur keputusan telah kembali melanda bola sepak Malaysia dalam perlawanan Liga Perdana apabila Sime Darby membelasah Kuala Lumpur 5-0, minggu lalu.

Menurut Tengku Abdullah, FAM dan Kementerian Belia dan Sukan memandang serius isu rasuah bola sepak, malah mengatur perjumpaan membincangkannya dengan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil, esok.

"FAM akan bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk mendapat nasihat mereka dalam hal ini. Saya dimaklumkan Menteri Belia dan Sukan (Khairy Jamaluddin), akan mengadakan perjumpaan dengan FAM, polis dan SPRM di Bukit Jalil, 23 Mei ini," katanya.

Mengenai pandangan sinis segelintir pihak terhadap saranannya baru-baru ini supaya Asia Tenggara membida menjadi tuan rumah Piala Dunia 2034, katanya: "Itu hak mereka menyatakan apa-apa pun, namun masa masih panjang dan kami sedang buat kajian terperinci dan rumusan untuk perlu membida atau tidak.

"Saya berpendapat, elok kita berfikir ke arah yang positif dan mengambil kira agenda bola sepak rantau Asia Tenggara yang perlu ditingkatkan secara bersatu. Bukan Thailand sahaja yang turut berminat (tuan rumah bersama), banyak lagi negara lain."

Sementara itu, Tengku Abdulllah mengalu-alukan langkah Bank Islam memperkenalkan Kad Debit-i Visa Bank Islam Team Harimau yang membuka lembaran baharu dan pengiktirafan kepada bola sepak negara dan skuad kebangsaan serta menawarkan lapan keistimewaan kepada pemegangnya.

Antaranya penerimaan kad yang meluas di 29 juta rangkaian perniagaan dan pembekal khidmat Visa, pembayaran terus, pengeluaran tunai, urus niaga akaun Tabung Haji, pengecualian yuran tahunan, diskaun istimewa pembelian, penentuan had guna harian dan ciri-ciri keselamatan pintar.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Utusan Online - Sukan

sumber :-

Utusan Online - Sukan


Lawan Jerman tanpa Koo-Tan?

Posted: 20 May 2013 11:58 AM PDT

Oleh Norzie Mohd. Khasbi dan Zazali Jamian
sukan@utusan.com.my

Tan Boon Heong (depan) dan Koo Kien Keat mungkin tidak akan disenaraikan menentang Jerman pada Piala Sudirman, hari ini. - UTUSAN/DJOHAN SHAHRIN SHAH

KUALA LUMPUR - Pertemuan dengan Jerman hari ini ibarat 'hidup mati' perjuangan Malaysia dalam saingan badminton Piala Sudirman.

Kita akan berdepan ujian getir itu dengan menggugurkan beregu paling berpengalaman, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong.

Pasangan No. 3 dunia itu bakal menerima hukuman ekoran prestasi buruk ketika tewas 18-21, 18-21 kepada beregu Taiwan, Lee Sheng Mu-Tsai Chia Hsin, keputusan yang membawa kepada kekalahan 2-3 Malaysia.

Pengakuan Boon Heong bahawa dia sudah hilang keyakinan berdepan Jerman dan rela digugurkan memudahkan barisan jurulatih membuat keputusan, namun memikirkan kenyataan seperti itu keluar daripada mulut seorang pemain kelas dunia ia memang amat mengecewakan.

Ketua jurulatih beregu kebangsaan, Tan Kim Her seperti diduga enggan mendedahkan barisan pemain yang bakal diturunkan Malaysia hari ini dengan alasan khuatir ia akan dihidu Jerman, namun daripada bayangan yang diberikan, Kien Keat-Boon Heong tiada dalam perancangan.

"Kekalahan Kien Keat dan Boon Heong semalam menjadi punca kekalahan pasukan negara. Kita menyasarkan mata daripada perseorangan lelaki, beregu campuran dan beregu lelaki, tetapi mereka gagal memberikan mata seperti diharap.

"Kita kena turunkan pasukan terbaik bertemu Jerman kerana kita perlu menang jika mahu ke suku akhir. Yang terbaik itu tidak semestinya berdasarkan ranking dan rekod tetapi prestasi semasa.

"Semalam (kelmarin) kita turunkan skuad yang kita rasa terkuat tetapi malangnya pasukan terbaik itu tidak mampu menang, jadi esok (hari ini) pun kita akan turunkan yang terbaik daripada aspek penilaian dan bukan rekod di atas kertas semata-mata," kata Kim Her.

Berdasarkan rekod pertemuan pasangan No. 7 dunia, Hoon Thien How-Tan Wee Kiong paling layak menggalas cabaran beregu lelaki kerana mereka pernah mengalahkan beregu utama Jerman, Kindervater Ingo-Schoettler Johannes pada All England, Mac lalu.

Goh V Shem-Lim Khim Wah pula kalah kepada gandingan tersebut di Terbuka Jerman, seminggu sebelumnya, tetapi kejayaan menjuarai Grand Prix Emas Terbuka Malaysia awal bulan ini telah meningkatkan keyakinan pasangan muda itu.

"Thien How-Wee Kiong ada pengalaman dan pernah menewaskan beregu Jerman itu pada All England, tetapi V Shem-Khim Wah memiliki prestasi semasa yang baik, jadi kita kena tengok dulu bagaimana tahap keyakinan mereka untuk diturunkan.

"Sepatutnya dalam kejohanan besar seperti ini semua pemain bersedia untuk diturunkan pada bila-bila masa dan tidak timbul rasa tidak yakin tetapi sudah tentu siapa yang lebih meyakinkan akan menggalas cabaran," katanya lagi.

Dalam empat acara lain, mungkin hanya perseorangan wanita bakal menyaksikan rombakan selepas Sonia Cheah mempamerkan aksi 'kaku' ketika tewas mudah kepada pemain Taiwan, Tai Tzu Ying 7-21, 13-21.

Jaguh No. 1 dunia, Lee Chong Wei akan terus mengetuai cabaran perseorangan lelaki bersama beregu campuran, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying serta beregu wanita, Vivian Hoo-Woon Khe Wei.

Malaysia tiada pilihan kecuali mengalahkan Jerman hari ini untuk melayakkan diri ke suku akhir selaku dua pasukan terbaik Kumpulan C. Kita menyasarkan untuk menyamai pencapaian terbaik 2009 iaitu layak ke separuh akhir.

Rekod bukan lagi jaminan

Posted: 20 May 2013 11:58 AM PDT

KUALA LUMPUR - Rekod pertemuan tidak lagi menjadi kriteria utama Rashid Sidek dalam memilih perseorangan wanita yang akan menentang Jerman hari ini, kerana dia tidak mahu terpedaya buat kali kedua.

Ketua jurulatih perseorangan negara itu memilih Sonia Cheah berbanding pemain yang lebih berpengalaman, Tee Jing Yi ketika menentang Taiwan kelmarin kerana Sonia pernah menewaskan perseorangan utama mereka, Tai Tzu Ying dua kali dalam kempen Piala Axiata, bulan lalu.

Bagaimanapun, Sonia bukan sahaja gagal mengulangi kecemerlangan ketika kedua-dua mereka bertemu lagi, malah kalah mudah 7-21, 13-21 dalam masa 24 minit kepada pemain No. 9 dunia itu.

"Rekod bukan lagi perkara yang boleh disandarkan apabila kami mahu memutuskan pemain yang sesuai untuk diturunkan, kita kena tengok keyakinan pemain juga selepas ini.

"Selepas Koo Kien Keat-Tan Boon Heong kalah (beregu lelaki), Sonia mula hilang keyakinan dan memberi tekanan kepada diri sendiri, dia tidak menunjukkan permainan sebenar pada ketika Tzu Ying pula menyerlahkan kemampuannya.

"Bertemu Jerman nanti, kita bernasib baik kerana pemain utama mereka, Juliane Schenk tidak datang, jadi mereka hanya akan menurunkan Schnaase Karin sebagai perseorangan wanita.

"Kalau ikut rekod, Sonia pernah kalahkan Karin sekali (Terbuka Belanda 2012) dan Jing Yi pula tidak pernah bertemu pemain ini. Secara jujur, saya tidak pernah tengok dia (Karin) bermain, jadi saya hanya tengok kali pertama apabila dia bertemu Taiwan hari ini (semalam).

"Saya bawa Jing Yi dan Sonia sekali bersama menonton perlawanan itu. Esok pagi (hari ini) kami akan bincang hati ke hati, siapa lebih memiliki keyakinan untuk beraksi. Kalau ikut pengalaman, saya rasa Jing Yi lebih sesuai," ujar Rashid.

Jaguh No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei kekal mengetuai saingan perseorangan lelaki dan dijangka tidak menghadapi masalah berdepan pemain tidak ternama, Domke Dieter selepas Jerman kehilangan sentuhan pemain terbaiknya yang juga juara Eropah, Marc Zwiebler.

Kelmarin, Chong Wei menjadi satu-satunya pemain Malaysia yang langsung tidak berdepan masalah ketika menentang Taiwan apabila menang mudah 21-8, 21-13 ke atas Yang Chih Hsun.

Malaysia sebaliknya bergelut dalam empat acara lain, perseorangan wanita, beregu lelaki, beregu wanita dan beregu campuran, sebelum akhirnya kalah mengejut 2-3.

Kien Keat-Boon Heong membuka jalan kepada kekalahan Malaysia apabila tunduk 18-21, 18-21 kepada Lee ShengMu-Tsai Chia Chin. Turut kecundang beregu wanita, Vivian Hoo-Woon Khe Wei yang tewas 17-21, 19-21 di tangan Cheng Wen Hsing-Hsieh Pei Chen.

Beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying dipaksa berhempas pulas sebelum menundukkan Lu Ching Yao-Lai Chia Wen 25-23, 21-11.

"Kita masih ada peluang untuk ke suku akhir, harap pemain tidak patah semangat dengan kekalahan semalam. Yang penting, mereka terus berjuang dalam setiap peluang yang ada," ujar Rashid.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Utusan Online - Sukan

sumber :-

Utusan Online - Sukan


Taiwan malukan Malaysia

Posted: 19 May 2013 11:23 AM PDT

Oleh ZAZALI JAMIAN
sukan@utusan.com.my

BEREGU wanita negara, Vivian Hoo (kanan) dan Woon Khe Wei kecewa selepas tewas kepada pasangan Taiwan dalam saingan Piala Sudirman di Stadium Putra, Bukit Jalil, malam tadi. - UTUSAN/DJOHAN SHAHRIN SHAH

KUALA LUMPUR - Turun dengan status pilihan pertama dan diuar-uarkan tidak akan berdepan masalah untuk menjuarai Kumpulan C, Malaysia sebaliknya bermula dengan langkah sumbang selepas diaibkan 2-3 oleh Taiwan dalam aksi pembuka tirai Piala Sudirman di Stadium Putra, Bukit Jalil semalam.

Kekalahan pasangan No. 3 dunia, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong kepada beregu No. 26 dunia, Lee Sheng Mu-Tsai Chia Hsin membuka laluan kepada hari malang skuad negara, yang kini perlu mengalahkan Jerman dalam perlawanan kedua esok untuk melayakkan diri ke suku akhir.

Malah, jika Malaysia masih mengidamkan untuk muncul juara kumpulan, sekali gus mendapat undian lebih baik di suku akhir nanti, mereka harus berdoa Jerman berjaya melakar kejutan ke atas Taiwan apabila kedua-dua pasukan berentap hari ini.

Dalam perlawanan semalam, kedua-dua mata Malaysia disumbangkan jaguh No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei dan beregu campuran, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying.

Hanya beberapa minggu selepas dikejutkan oleh pasangan muda senegara, Goh V Shem-Lim Khim Wah dalam final Grand Prix Emas Terbuka Malaysia, Kien Keat-Boon Heong terus mempamer prestasi buruk apabila tunduk 18-21, 18-21 kepada Sheng Mu-Chia Hsin.

Malah, tindakan Kien Keat yang terus memasuki gelanggang ketika jurulatih mereka, Tan Kim Her dan Paulus Firman tampil untuk memberi nasihat turut menimbulkan tanda tanya.

Tiada masalah apa, ia bukan perkara besar. Hubungan Paulus dan Kien Keat okey," tegas ketua jurulatih beregu, Kim Her ketika ditanya mengenai situasi tersebut.

Hasrat untuk melihat kejutan dalam perseorangan wanita juga tidak kesampaian. Sonia Cheah nyata bukan tandingan pemain No. 9 dunia, Tai Tzu Ying apabila kalah mudah 7-21, 13-21.

Chong Wei bagaimanapun memberi sedikit harapan selepas merapatkan kedudukan 2-1 dengan menundukkan Yang Chih Hsun 21-8, 21-13 dalam masa 24 minit.

Kemenangan itu bagaimanapun tidak cukup untuk menyelamatkan pasukan negara daripada diaibkan selepas gandingan wanita, Vivian Hoo-Woon Khe Wei tewas 17-21, 19-21 dalam aksi sengit menentang Cheng Wen Hsing-Hsieh Pei Chen.

Peng Soon-Liu Ying tidak mengecewakan apabila menang 25-23, 21-11 ke atas Lu Ching Yao-Lai Chia Wen, namun begitu kemenangan itu tidak dapat menawar duka penyokong Malaysia.

Biarpun kecewa dengan kekalahan tidak diduga pasukan negara, namun Chong Wei sebagai ketua pasukan tetap berusaha menaikkan semangat rakan-rakannya dan mahu mereka memberikan tumpuan kepada perlawanan kedua.

Saya harap pemain tidak berputus-asa dan terus memberi tumpuan pada perlawanan yang bakal dihadapi kerana cabaran kita belum berakhir lagi.

Ini adalah kejohanan berpasukan bukannya kejohanan individu kerana itu penting buat kami memberikan sokongan antara satu sama lain," katanya.

Keyakinan menjunam, Boon Heong rela digugur

Posted: 19 May 2013 11:23 AM PDT

AKSI Tan Boon Heong (depan) dan Koo Kien Keat ketika berdepan Lee Sheng Mu-Tsai Chia Tsin semalam. Beregu No. 3 dunia ini kalah mengejut 18-21, 18-21 untuk membuka laluan kepada kekalahan 3-2 Malaysia kepada Taiwan.

KUALA LUMPUR - Tan Boon Heong mengakui, dia rela digugurkan daripada pertemuan menentang Jerman dalam perlawanan kedua Piala Sudirman esok kerana keyakinannya kini jatuh menjunam ekoran kekalahan mengejut kepada pasangan Taiwan, Lee Sheng Mu-Tsai Chia Shin semalam.

Turun dengan reputasi sebagai pasangan No. 3 dunia, Koo Kien Keat-Boon Heong tumpas 18-21, 18-21 dalam masa 31 minit.

Kekalahan tersebut turut menyebabkan Malaysia memulakan kempen Kumpulan C dengan diaibkan 3-2 oleh Taiwan, sekali gus memilih jalan sukar untuk melangkah ke suku akhir selaku juara kumpulan.

Sekarang bukan masa untuk membuktikan sesuatu selepas tewas. Bagi saya mereka yang mempunyai keyakinan tinggi layak untuk beraksi menentang Jerman.

Keyakinan saya sudah semakin menurun dan semua terserah kepada jurulatih (untuk membuat percaturan) apabila beraksi menentang Jerman nanti," kata Boon Heong.

Semalam, Kien Keat-Boon Heong menunjukkan aksi goyah sejak awal permainan, biarpun secara psikologi mereka memegang kelebihan kerana pernah mengalahkan Sheng Mu-Chia Hsin dalam pertemuan terakhir di Terbuka Hong Kong, tahun lalu.

Biarpun menunjukkan prestasi tidak menentu sejak akhir-akhir ini, beregu utama negara itu tetap menjadi taruhan ketua jurulatih beregu kebangsaan, Tan Kim Her untuk berdepan Taiwan kerana rekod mereka pernah mengalahkan pasangan No. 26 dunia itu, selain pengalaman luas beraksi dalam kejohanan berpasukan.

Namun melihat kekalahan yang tidak dijangkakan semalam, Kim Her mungkin membuat rombakan dengan menurunkan sama ada pasangan No. 7 dunia, Hoon Thien How-Tan Wee Kiong atau juara Grand Prix Emas Terbuka Malaysia, Lim Khim Wah-Goh V Shem.

Kien Keat dan Boon Heong tidak fokus dalam perlawanan ini dan nampak tertekan sekali.

Kami akan fikirkan sama ada mereka akan diturunkan menentang Jerman atau tidak, keputusan belum dibuat kerana jurulatih akan bermesyuarat esok," kata Kim Her.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Utusan Online - Sukan

sumber :-

Utusan Online - Sukan


Liga Super: N. Sembilan kejutkan ATM

Posted: 18 May 2013 09:09 AM PDT

KUALA LUMPUR 18 Mei - Negeri Sembilan mencatat kemenangan pertama Liga Super selepas mengejutkan ATM 2-1 dalam perlawanan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi hari ini.

Pada perlawanan tersebut, Negeri Sembilan mendahului menerusi jaringan Mohd. Fauzi Nan seawal minit pertama.

Namun, ATM bangkit menyamakan kedudukan menerusi Hairuddin Omar pada minit ke-14.

Jaringan Mohd. Nazrin Mohd. Nawi pada minit ke-20 bertahan sehingga ke wisel penamat untuk Negeri Sembilan melakar kemenangan pertama selepas 17 perlawanan. - Utusan

Keputusan

ATM 1 N. Sembilan 2

Kelantan 1 Selangor 1

PKNS 5 Felda United 0

N. Sembilan kejutkan ATM

Posted: 18 May 2013 11:08 AM PDT

Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN, YATIMIN ABDULLAH dan NAZARUDIN SHAHARI
pengarang@utusan.com.my

Pemain ATM, Bruno Martelotto (kiri) bersaing dengan pemain Negeri Sembilan, Mohd. Fauzi Nan pada perlawanan Liga Super di Seremban, malam tadi. - MD. SHAHJEHAN MAAMIN

KUALA LUMPUR - ATM yang diramal mudah menundukkan Negeri Sembilan untuk memintas kedudukan Lions XII pada tangga teratas Liga Super, dikejutkan dengan kekalahan 1-2 kepada pasukan tercorot itu dalam perlawanan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi malam tadi.

Sebaliknya, Negeri Sembilan wajar berbangga dengan keputusan tersebut yang merupakan kemenangan pertama mereka selepas 17 perlawanan.

Pada aksi semalam, ATM dikejutkan dengan jaringan Mohd. Fauzi Nan seawal minit pertama, yang menyepak leret dari sebelah kiri pintu gol.

Tersentak dengan jaringan tersebut, skuad kendalian B. Sathianathan menggandakan asakan dan akhirnya berjaya mendapat gol penyamaan pada minit ke-14 menerusi pemain veteran, Hairuddin Omar yang bijak menyempurnakan peluang setelah menerima hantaran Christie Jayaseelan.

Kegembiraan ATM bagaimana pun tidak berpanjangan apabila Negeri Sembilan kembali memimpin perlawanan pada minit ke-20 menerusi jaringan Mohd Nazrin Mohd Nawi dan kedudukan tersebut bertahan sehingga ke wisel penamat.

Sementara itu, dalam satu lagi aksi tumpuan di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu menyaksikan Kelantan dan Selangor berkongsi mata apabila seri 1-1.

Selangor dan Kelantan yang masing-masing baharu sahaja menamatkan kempen Piala AFC, tetap mempamerkan aksi menarik.

Beraksi di padang lawan tidak menjejaskan tumpuan Selangor apabila memperoleh jaringan pendahuluan pada minit ke-55 menerusi Adam Davids, yang berjaya menanduk kemas hantaran pemain gantian, Raimi Mat Nor.

Namun hasrat Selangor untuk membawa pulang tiga mata penuh dihampakan oleh Zairol Anuar Zailani yang menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-66 apabila rembatan kencangnya gagal diselamatkan penjaga gol Selangor, Nor Azlan Razali.

Dalam satu lagi perlawanan, PKNS membelasah Felda United 5-0 di Stadium Shah Alam.

P. Gunalan memulakan pesta gol PKNS pada minit ke-33, diikuti Muhammad Khairu Azrin Khazali (m-45), Patrick Ronaldinho (m-48), Roman Chmelo (m-58) dan Mohd. Nizad Ayub (m-58).

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS