Berita Harian: Sukan |
Posted: 09 Jan 2011 02:09 PM PST Sukan DALGLISH (tengah) muram memerhatikan anak didiknya beraksi menentang Manchester United dalam pusingan ketiga Piala FA di Old Trafford, malam tadi. United menang 1-0. Jaringan penalti seawal minit pertama Ryan Giggs sudah cukup untuk memberikan kemenangan 1-0 dan menamatkan kegembiraan peminat fanatik Liverpool yang sebelum itu berharap bekas pemain dan pengurus itu mampu mengubah nasib buruk kelab Merseyside. Lebih mengecewakan, kapten Liverpool Steven Gerrard dilayangkan kad merah pada minit ke-31 kerana merempuh Michael Carrick dengan kedua-dua kaki. Mungkin ia bukan kepulangan semula yang diharapkan Dalglish selepas 20 tahun, seperti ketika dia meminta penyokong Reds supaya lebih realistik dan mengharapkan kehadirannya tidak disambut dengan jangkaan melampau bahawa dia mampu mengakhiri segera zaman gelap di Anfield.Dengan Liverpool hanya empat mata di atas zon penyingkiran Liga Perdana Inggeris, bintang seperti Fernando Torres bergelut dengan prestasi sendiri dan kini tersingkir daripada Piala FA, Dalglish, 59, memberi amaran kedudukan kelab itu tidak akan dapat diperbaiki dalam masa singkat. "Kita tidak selalunya berjaya, dan untuk lebih realistik, saya fikir kita perlu berkata 'mari kita mula dengan berjalan sebelum berlari," kata Dalglish dalam laman web kelab itu. "Jangan terlalu mengharap di sini dan fikirlah bahawa musim sentiasa berubah dan kita akan membuang segala yang sudah berlalu serta cuba mengekalkan kemenangan mulai sekarang hingga akhir musim," kata Dalglish yang memenangi lapan kejuaraan liga selaku pemain dan jurulatih sejak 1977 dan 1990. – Agensi Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenlee5201 Pemain Man U berjuang dengan adil........ Mr.Chicharito14 Glory Man Utd.. Love United, Hate Glazzer! rodt hedley YOU'LL NEVER WALK ALONE.. cawan man u bukan main bola tapi merupakan pelakon2 terbaik di atas padang... |
Posted: 09 Jan 2011 02:07 PM PST Sukan Mesyuarat Rabu ini tentukan isu peletakan jawatan MisbunSAMA ada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menerima peletakan jawatan jurulatih perseorangan negara, Datuk Misbun Sidek atau sebaliknya, kata putus akan ditetapkan dalam mesyuarat Exco badan induk itu, Rabu ini. Naib Presiden BAM, Datuk Maijol Mahap berkata, setiap ahli majlis (Exco) akan membincangkan isu peletakan jawatan jurulatih itu sebelum membuat keputusan menerimanya atau tidak. "Sebenarnya, tidak ada isu kerana BAM tidak memecat atau memaksa Misbun, sebaliknya beliau sendiri yang mahu meletak jawatan. Jadi, kini terpulang kepada BAM menerima peletakan jawatan itu atau tidak," katanya. Dia yang juga Pengerusi Jawatankuasa Peraturan dan Disiplin BAM berkata, seperti mana amalan sebelum ini, sebarang masalah yang timbul akan dibawa dalam mesyuarat Exco untuk dibincang dan diputuskan."Saya percaya Presiden BAM, Datuk Seri Mohd Nadzmi Salleh akan mengemukakan hasil pertemuan enam mata dengan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Misbun malam ini (malam tadi) pada mesyuarat Exco itu nanti. "Jadi, kita tunggu presiden mengemukakan hasil pertemuan itu dan kita akan bincang serta putuskan secara kolektif dengan mengambil kira pandangan semua Exco seperti ketika menangani sebarang masalah yang timbul sebelum ini," katanya. Misbun yang genap 51 tahun bulan depan, membuat kejutan sehari sebelum Tahun Baru 2011 apabila menghantar surat peletakan jawatan kepada BAM menerusi emel tetapi jurulatih itu tidak menyatakan sebarang alasan. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenKUDIEN Presiden & Exco BAM perlu pertimbangkan pandangan umum mengenai Misbun/Lee Chong Wei. Tanpa keduanya (masa sekarang) prestasi pemain lain tidak konsisten. Jurulatih lain (termasuk Rexy) mungkin juga hadapi delima angkara karenah kepimpinan BAM tetapi tak berani bertindak. Kepimpinan BAM jgn buat sembrono krn keringat dan kudrat Misbun dan Chong Wei telah banyak yang mencurah digelanggang badminton seluruh alam dek krn mengharumkan nama Negara Malaysia omarbinsalleh Misbun harus dikekalkan dalam BAM sebarang masaelah dalaman perlu diselesaikan ZZalie74 Ramai sangat kawan si kitul dalam BAM ni...!!! anis bin libou harapan kita agar keputusan itu,boleh memujuk Datuk Misbun untuk kembali ke pangkuan BAM,minta org yang tidak penting dan sebagai PRASIT dalam BAM UNDUR DIRI,ANDA TA PERLU,penting sekali JURULATIH DAN PEMAIN..tinggalkan BAM plz..... manirah kel naik jatuh organisasi biasa dikaitkan dengan ketua. Bila prestasi menurun atau tercemar kerap ketua dipersalahkan dan sebaliknya. Datuk Nazmi telah lama berjaya dalam kareernya dan rakyat merasakan beliau yakin dengan keputusan yang bakal dibuatnya nanti. Maklumat dalam tangan pasti diperoses dgn teliti. Konsensus dalam mesyuarat kerap tidak tepat. PaKCU bertegas kerana misbun akan pilih kasih? Susah nak cakap ... pilih kasih ada di mana - mana...bukan di bawah misbun sahaja..pandai - pandailah pemain itu memikat hati jurulatihnya ...Contoh Dato Lee berjaya memikat hati gurunya.... mat cikaro dah lah..apa lagi nak ambil kata putus... tak suka cakap tak suka...jangan kata suka sebab ramai rakyat tak setuju dengan BAM... sapa BAM kalau tiada pemain dan jurulatih... awak dibayar gaji untuk menguruskan pasukan malaysia jadi mantop...bukan untuk menghancurkan pasukan... lu fikir lah sendiri BAM... mhairum Walaupun BAM tak pecat Misbun, tapi ingatlah 100 pegawai BAM tak sama nilai dengan 1 orang jurulatih macam Misbun. 10 pegawai BAM letak jawatan boleh dicari ganti, tapi Misbun letak jawatan, siapa boleh ganti?? Sendiri jawablah.. BAM jangan hancurkan masa depan badminton. Ia hak rakyat Malaysia, bukan hak BAM!! KUDIEN Pemimpin dan Exco BAM perlu muhasabah kelemahan pengurusan BAM sendiri. Misbun & Lee Chong Wei adalah faktor utama kerajaan melabor dana dan swasta menaja aktiviti BAM. Jgn biarkan Misbun/Chobng Wei pergi krn mereka adalah idola peminat badminton negara. Nadzmi dianggap lemah jika bertelagah dgn keduanya. Mathew Igang Bagi pihak pengurusan dan jurulatih mereka harus atau mesti duduk semeja dan bercakap benar dan tulus dalam perbincangan dan membuat keputusan. Kurangkan politik dalam pengurusan sukan dan kalau boleh ahli-ahli politik jangan masuk campur dalam pengurusan sukan. Ambillah iktibar dan contohilah negara-negara maju (bidang sukan) yang memberi kuasa penuh kepada Jurulatih mereka.Terima Kasih...Majulah Sukan Untuk semua dan Negara. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan