Harian Metro: Arena |
Posted: 09 Jan 2011 08:11 AM PST DATUK LEE Chong Wei melakar satu lagi sejarah apabila muncul juara hatrik Siri Super Final 2010 selepas menundukkan jaguh Eropah, Peter Gade di perlawanan akhir di Taiwan, semalam. Kejuaraan ketiga miliknya itu bermakna dia menyapu bersih kejuaraan perseorangan lelaki sejak dipertandingkan pada 2008.
Jumaat lalu, Chong Wei turut mencapai kemenangan straight set di peringkat kumpulan dan kedua-duanya mempamer persembahan bertenaga di separuh akhir untuk bertemu sekali lagi.
Kemenangan ini juga bermakna Chong Wei buat kali ketiga menang hadiah wang tunai AS$40,000 (RM122,720). Namun bezanya Chong Wei berseorangan tidak lagi meraikan kejuaraan bersama rakan senegara seperti tahun lalu ketika Wong Mew Choo dan Wong Pei Tty-Chin Eei Hui yang muncul juara kategori masing-masing.
Siri Super Terbuka Malaysia akan berlangsung 18 hingga 23 Januari ini, namun walau di mana Chong Wei berada dia tetap ditanya mengenai peletakan jawatan jurulatihnya, Datuk Misbun Sidek.
|
Posted: 09 Jan 2011 08:08 AM PST TANPA kelibat pemain nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mungkin berdepan kesukaran mendapatkan penajaan. Hal itu diakui sendiri Bendahari Kehormat Datuk Lim Teong Kiat namun beliau berkata itu bukan halangan untuk persatuan mendapatkan tajaan.
Begitupun, Teong Kiat berkata mencari penajaan sememangnya menjadi tugas persatuan dan ketiadaan Chong Wei tidak boleh dijadikan alasan.
"Jika dia (Chong Wei) pergi pasti penaja juga ikut, memanglah kantung persatuan sedikit kurang tapi kita perlu segera cari penaja lain, itu bukan masalah," kata Teong Kiat yang dihubungi ketika berada Alor Setar, Kedah.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan