Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


‘Saya perlukan Misbun’

Posted:

'Saya perlukan Misbun'

'Saya perlukan Misbun'


CHONG Wei (kanan) banyak menunjukkan peningkatan sejak dibimbing Misbun.


WALAUPUN berjaya merangkul gelaran hatrik Kejohanan Badminton Siri Super Masters Akhir 2010, pemain No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei tetap berharap jurulatihnya, Datuk Misbun Sidek kembali membimbingnya sebelum Kejohanan Siri Super Terbuka Malaysia pada 18 hingga 23 Januari ini.

"Saya tidak boleh buat apa-apa kerana Misbun letak jawatan pada saat-saat akhir sebelum saya bersiap sedia pergi ke Taiwan.

"Saya memang perlukan khidmat dia (Misbun) dan ia jelas mengganggu konsentrasi dan fokus saya semasa di Taiwan," katanya sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam.

Chong Wei berkata, ketika pertandingan itu berlangsung, beliau hanya menumpukan perhatian untuk mencapai kejayaan sambil berharap isu Misbun dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dapat diselesaikan secepat mungkin.

Katanya, walaupun Misbun telah meletak jawatan sebagai jurulatih perseorangan badminton negara berkuat kuasa 31 Disember lepas, sifunya tetap mengikuti perkembangan beliau semasa kejohanan di Taiwan itu.

"Misbun ada menelefon saya di sana dengan membuat analisis perlawanan saya.

"Meskipun jauh, saya tetap gembira kerana dia tetap mengikuti perkembangan saya ketika itu," katanya.

Ditanya mengenai hasratnya untuk keluar daripada naungan BAM, Chong Wei berkata, beliau menunggu perkembangan terakhir isu peletakan jawatan Misbun sebelum membuat keputusan.

"Saya mahu mengetahui keputusan penuh sebelum saya betul-betul membuat keputusan sama ada menarik diri atau terus di bawah persatuan itu," katanya.

Mengenai persediaannya untuk kejohanan Terbuka Malaysia minggu depan, Chong Wei berkata, beliau akan meneruskan cabaran dengan bimbingan seorang lagi jurulatih perseorangan negara, Tey Seu Bock.

"Latihan saya akan bermula esok (hari ini) dan saya akan membuat persiapan terbaik untuk Terbuka Malaysia minggu depan dan mahu memberikan fokus untuk bertemu jaguh China, Lin Dan di separuh akhir nanti," katanya.

Kelmarin, Chong Wei membuka tirai kejayaannya tahun ini dengan mempertahankan kejuaraan Kejohanan Badminton Siri Super Masters Akhir selepas menundukkan jaguh Denmark, Peter Gade pada perlawanan akhir.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Perbezaan pendapat jadi punca

Posted:

Perbezaan pendapat jadi punca

Perbezaan pendapat jadi punca

Oleh HELMI TALKAH
helmi.talkah@kosmo.com.my

TEKA-TEKI mengenai punca peletakan jawatan jurulatih perseorangan badminton negara, Datuk Misbun Sidek akhirnya terjawab.Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, perbezaan pendapat yang timbul di antara Misbun dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengenai sistem kejurulatihan meru- pakan punca utama juru- latih tersebut berbuat demikian.

"Berdasarkan apa yang diluahkan Misbun kepada saya, itu adalah punca utama mengapa beliau meletak jawatannya selaku jurulatih dan bukannya bersifat peribadi," kata Shabery.

Rumusan itu dibuat Shabery selepas mengadakan pertemuan dengan Misbun, Presiden BAM, Datuk Mohd. Nadzmi Salleh dan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong kelmarin.

"Datuk Nadzmi turut memberi- kan pandangannya berhubung isu ini dan beliau akan membawa luahan hati yang disuarakan Misbun itu dalam mesyuarat Exco BAM yang bakal diadakan esok.

"Ketika itu nanti, terpulanglah kepada barisan Exco BAM untuk menentukan keputusan terhadap isu ini.

"Apa yang saya harapkan, mereka (Exco BAM) dapat membuat satu keputusan yang tepat atau win-win situation dalam hal membabitkan isu peletakan jawatan Misbun ini.

"Kita perlu ingat, Misbun telah memberikan sumbangan serta memainkan peranan yang cukup besar terhadap kejayaan serta pembangunan sukan badminton negara sebelum ini," jelas Shabery.

Mengenai khabar angin yang mengatakan punca peletakan jawatan Misbun itu adalah disebabkan beliau dan anak didiknya, Datuk Lee Chong Wei ada agenda yang tersendiri, Shabery berkata:

"Tidak timbul langsung isu berkenaan hal tersebut.

"Misbun sendiri menafikan dakwaan tersebut apabila ada yang mengatakan mereka mahu menubuhkan sebuah badan atau kem profesional selepas keluar dari BAM," katanya.

Sebelum ini, Chong Wei yang juga merupakan pemain perseorangan lelaki No. 1 dunia ada menyatakan hasrat untuk meninggal- kan BAM bagi menyertai Misbun selepas jurulatih tersebut membuat keputusan meletakkan jawatan.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

'Pasti ada pengganti Safee'

Posted:

'Pasti ada pengganti Safee'

'Pasti ada pengganti Safee'

Oleh WAN FAKHRUL BAKAR
fakhrul@kosmo.com.my


SELANGOR akan terasa kehilangan Safee seandainya penyerang kebangsaan ini meneruskan kariernya dalam Liga Indonesia.


RELA atau tidak, skuad Liga Super Sela- ngor terpaksa bersedia dengan kehila- ngan penyerang utama mereka, Mohd. Safee Mohd. Sali seandainya pemain kebangsaan itu sah menyertai kelab Indo- nesia, Persib Bandung.

Bagi jurulatih Selangor, K. Devan (gambar kecil), kehilangan Safee itu adalah sesuatu akan dirasainya tetapi setiap yang hilang pasti akan ada penggantinya.

"Isu perpindahan Safee ini masih dalam perbincangan. Memang apa yang penting adalah masa depannya. Sekurang-kurangnya dia berpeluang meningkatkan karier bola sepaknya.

"Seandainya Safee benar-benar berhij- rah nanti, kita semua dalam pasukan Se- langor pasti akan merasai kehilangannya. Tetapi pasti akan ada pemain lain yang mampu menjadi penggantinya di posisi serangan.

"Selain Safee, kita mempunyai empat lagi pemain lain di posisi serangan iaitu Amri Yahyah, Fadzli Saari, Rudie Ramli dan S. Sritharan yang boleh diharapkan," kata Devan ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Ketika ditemui di ibu negara kelmarin, Safee, 26, menyatakan, dia kini sudah 70 peratus hampir pasti untuk menerima tawaran beraksi di Liga Super Indonesia bersama kelab Persib Bandung.

Dalam pada itu, Devan berkata, Sela- ngor akan mengatur tiga perlawanan persahabatan menentang Sime Darby, ATM dan Pos Malaysia sebelum sepak mula Liga Super 2011 pada 29 Januari ini.

"Kami pilih tiga pasukan dari Liga Per- dana ini kerana sudah pun mengharungi tiga aksi persahabatan bertemu pasukan kuat di Perth, Australia sepanjang minggu lalu.

"Jadi memandangkan saingan sebenar hanya kurang tiga minggu lagi, kami perlu berhati-hati kerana bimbang kecederaan baru menimpa para pemain kami.

"Hanya Bunyamin Umar yang dijangka akan pulih sepenuhnya bulan depan manakala Azidan dan Nasriq Baharom sempat beraksi menjelang pertemuan sumbangsih dengan Kelantan," jelas Devan.

Selangor mengekalkan 17 pemain musim lalu dan membawa masuk enam muka baru iaitu Fadzli, Azidan, Sritharan, Saiful Amar Sudar, Yosri Derma Raju dan K. Depan Sakwati.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

'LTdL medan ukur prestasi'

Posted:

'LTdL medan ukur prestasi'

'LTdL medan ukur prestasi'


SEERS (kanan) akan menjadikan LTdL 2011 sebagai medan mencari kelemahan pelumba skuad negara di samping menyusun program latihan untuk skuad lebuh raya selepas LTdL 2011.


JURULATIH skuad lebuh raya negara, Graham Seers mengiktiraf kejohanan lumba basikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2011 sebagai medan mengukur prestasi sebelum melancar pelan menyeluruh dalam usahanya membentuk pasukan digeruni di seantero Asia.

Seers, 52, percaya LTdL 2011 adalah medan terbaik menguji kehebatan kerana ia kejohanan berstatus 2HC dalam kalendar Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) yang disertai banyak pasukan pro benua yang kuat dari Eropah seperti Androni dan Colnago-CSF.

"Penyertaan dalam LTdL 2011 adalah perkara paling baik dalam kalendar peren- canaan saya.

"Ia bermakna saya tidak perlu pergi jauh ke luar negara. Sebaliknya, kami hanya perlu bertanding di dalam negara sendiri. Yang paling penting, kami terpaksa menen- tang pasukan yang kuat termasuk pasukan dari Australia (Drapac Professional Cycling Team).

"Saya percaya perkembangan ini sangat bagus kepada perancangan awal saya. Saya tak takut soal menang atau kalah. Kalau ada pelumba yang menang, saya gembira.

"Kalau kalah pun, ia bagus kepada saya kerana saya tahu apa yang berlaku. Dari sini saya akan cari dan atasi kelemahan pasukan kebangsaan Malaysia," katanya semalam.

Seers percaya, Malaysia sebenarnya memiliki cukup ramuan terhebat untuk muncul kuasa basikal terkuat di dunia seperti Australia yang telah melahirkan ramai jaguh terkemuka seperti Phil Anderson, Simon Gerrans, Baden Cooke, Stuart O'Grady, Neil Stephens, Cadel Evans dan Robbie McEwen.

"Pada awal tahun 50-an, 60-an dan 70-an, Australia belum mampu menyaingi kuasa besar seperti Perancis, Itali, Sepanyol dan Belgium. Australia hanya menyerlah pada tahun 50-an menerusi Phil Anderson. Kami terhutang budi kepada dia.

"Nama Australia hanya meletup pada pertengahan tahun 80-an sampai sekarang. Jadi bermakna Malaysia sebenarnya perlu meniru seperti Australia. Malaysia perlu melancar pelan perancangan jangka panjang secara menyeluruh. Jadi LTdL 2011 adalah medan pengukur terbaik buat saya.

"Kalau pelumba trek boleh bersaing di pentas utama dunia, saya tak nampak kenapa pelumba lebuh raya terus dipersoalkan oleh semua pihak. Bagaimanapun, usaha ini harus secara kolektif dan saya akan pastikan ia menjadi kenyataan," katanya.

Menyentuh tentang persiapan pasukan Malaysia ke LT- dL 2011, Seers mahu anak buahnya terus berlatih di Genting Highlands dan mungkin hanya menamakan enam pelumba yang berkayuh pada kejohanan edisi ke-16 bermula 23 Januari ini apabila pasukan negara tiba di Langkawi.

"Masih ada masa lagi. Persatuan (Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) telah pun mendaftar nama 12 pelumba.

"Jadi saya masih ada masa untuk memilih enam pelumba utama dan empat simpanan untuk menghadapi," katanya.

Malaysia merupakan pasukan kebangsaan, selain Afrika Selatan yang tidak pernah tercicir menyertai LTdL yang kini sudah berstatus 2HC dalam kalendar UCI.

LTdL 2011 yang menawarkan hadiah keseluruhan RM1 juta, dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan kerjasama PKBM.

Jelajah tersebut bermula pada 23 Januari ini hingga 1 Februari depan membabitkan perlumbaan 10 peringkat dengan jarak ke- seluruhan sejauh 1,315.4 kilometer.

Ia akan bermula di Langkawi dan berakhir di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Sukma: KBS mohon bajet tambahan

Posted:

Sukma: KBS mohon bajet tambahan

Sukma: KBS mohon bajet tambahan


AHMAD SHABERY (kanan) dan Zolkples ketika melayan pertanyaan pemberita pada sidang media mengenai penganjuran Sukma 2011.


KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) akan memohon bajet tambahan daripada Kementerian Kewangan untuk membantu kerajaan negeri menyertai dan menganjur Sukan Malaysia (Sukma) yang akan diadakan setiap tahun mulai tahun ini.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, KBS memahami kesulitan kerajaan negeri sebelum ini untuk menyediakan bajet bagi sukan dwitahunan itu, dan kini diadakan setiap tahun secara berselang-seli antara Majlis Sukan Negara (MSN) dan negeri-negeri.

"Bagi edisi Sukan Malaysia di Bukit Jalil, MSN dijangka mempe- runtukkan RM15 juta bagi menganjurkannya," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Sukma semalam.

Sukma edisi ke-14 di Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil, dijangka disertai antara 2,500 dan 3,500 atlet yang akan bertanding dalam 19 acara pilihan.

Ia dijadualkan berlangsung pada 28 Mei hingga 6 Jun depan.

Acara pilihan tersebut ialah besbol, bola jaring, bola keranjang, bola tampar, bola tampar pantai, ekuestrian, petanque, golf, judo, kabaddi, kenu, kriket, lawan pedang, mendayung, ping pong, ragbi, silambam, snuker & biliard, sof- bol, tenis, tinju, bola baling, woodball, renang irama dan polo air.

Pahang, tuan rumah Sukan Malaysia edisi ke-15 pada tahun 2012 akan mempertandingkan 24 acara, 19 acara wajib dan lima acara pilihan.

Sukan wajib ialah akuatik (renang, terjun), badminton, bola sepak, gimnastik, hoki, olahraga, skuasy, tenpin boling, angkat berat, berbasikal, karate, boling padang, memanah, menembak, perahu layar, silat, sepak takraw, taekwondo dan wusyu.

Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pembangunan Sukan (JKPS) pada Mei 2009 meluluskan penganjuran Sukma setiap tahun bermula tahun ini dengan MSN menganjurkannya pada tahun ganjil manakala negeri-negeri akan menjadi tuan rumah pada tahun genap.

Mengenai mesyuarat semalam, Ahmad Shabery berkata, beberapa isu teknikal terutama yang melibatkan sukan subjektif seperti karate dan silat mendapat perha- tian daripada negeri-negeri.

"Ini berdasarkan mutu pengadi- lan acara tersebut pada Sukan Malaysia ke-13 di Melaka pada Jun tahun lepas.

"Bagi mengelakkan rasa tidak puas hati terhadap mutu pengadilan, KBS akan meminta persatuan terbabit mencari jalan bagi pemberian markah yang lebih telus," katanya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan