Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Liverpool beri King Kenny nafas lega di Anfield

Posted: 16 Jan 2011 09:08 AM PST

Sukan

MEIRELES (dua dari kanan) menjaringkan gol pertama Liverpool dalam saingan EPL bertemu Everton di Anfield, malam tadi.

MEIRELES (dua dari kanan) menjaringkan gol pertama Liverpool dalam saingan EPL bertemu Everton di Anfield, malam tadi.

LONDON: Liverpool sekadar seri 2-2 dengan pencabar setempat Everton dalam Liga Perdana Inggeris malam tadi, menyebabkan Kenny Dalglish masih belum merasai kemenangan dalam tugasannya menerajui The Reds kali ini.

Ia adalah perlawanan pertama Dalglish di Anfield sejak menggantikan Roy Hodgson sebagai pengurus, dan Liverpool memerlukan penalti pada minit ke-68 yang disempurnakan Dirk Kuyt untuk mencuri satu mata dalam pertembungan Merseyside itu.

Raul Meireles menjaringkan gol untuk membolehkan Liverpool mendahului pada minit ke-29 tetapi Sylvain Distin dan Jermaine Beckford masing-masing meledakkan jaringan bagi Everton dalam tempoh masa enam minit di awal separuh masa kedua, yang mengubah corak permainan dan memberikan tekanan kepada Liverpool. Sementara itu dua lagi pertembungan tetangga, Birmingham dan Aston Villa serta Sunderland dan Newcastle masing-masing berakhir dengan seri 1-1 - AP

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

elly

yes....
liverpool champion....
Love liverpool...


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

'Usah panaskan lagi suasana'

Posted: 16 Jan 2011 09:05 AM PST

Sukan

Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek

Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek

Ahmad Shabery mahu semua pihak berfikiran terbuka isu Misbun-BAM

"TOLONG henti buat kenyataan dan usah panaskan lagi suasana." Itulah teguran Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang mahu semua pihak terbabit berfikiran lebih terbuka mengenai isu kontroversi Datuk Misbun Sidek dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Beliau turut menyuarakan jurulatih perseorangan itu akan tampil membuat satu pengumuman positif mengenai statusnya tidak lama lagi dan percaya kemelut berpanjangan ini akan 'meniti episod damai' demi kepentingan sukan popular ini. Dia menyuarakan masalah sebenar di antara Misbun dan BAM berkisar kepada soal maruah dan mahu menjaga air muka masing-masing.

"Saya yakin jika tiada satu mekanisma khusus bagi menjaga air muka masing-masing, mungkin kita tidak akan mencapai penyelesaian masalah ini untuk selama-lamanya.

"Andai ia berlaku, tiada siapa yang untung, baik BAM atau Misbun, sebaliknya merugikan kelompok pemain negara yang sudah banyak mengorbankan masa, tenaga demi pembangunan sukan badminton negara.

"Untuk bina kelompok pemain yang hebat dan bertaraf dunia bukan perkara mudah atau boleh dilakukan dalam tempoh setahun dua, sebaliknya ia memakan masa berpuluh tahun," katanya selepas melepaskan kira-kira 700 peserta program berbasikal sambil beramal "Ride 4 Gaza" di Dataran Putrajaya, semalam.
Justeru, beliau menggesa semua pihak supaya berfikiran lebih terbuka, tidak terlalu emosi dan meletakkan kepentingan pembangunan sukan khususnya badminton di Malaysia, mengatasi segalanya.

"Berikutan itu, saya sudah mengadakan pertemuan kali kedua dengan Misbun malam tadi (semalam) dan beliau berjanji akan membuat kenyataan dalam tempoh terdekat bagi menutup semua isu yang dibangkitkan dalam media, sebelum ini," katanya.

Ahmad Shabery menegaskan, jika masalah itu ditangani menggunakan emosi dan mengikut perasaan tidak keterlaluan jika dikatakan pencapaian sukan badminton negara sekarang berhadapan risiko runtuh dan lenyap begitu saja.

Malah, beliau berkata negara akan mengambil masa lebih lama membinanya kembali keyakinan rakyat, pemain dan ibu bapa untuk membenarkan anak mereka mewakili negara dalam sukan menerusi institusi mahu pun persatuan sukan di negara ini.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

arzemi

Kalau tak ada angin tak kan pokok-pokok bergoyang, kedua-dua pehak berbincang demi diri, keluarga dan negara. jangan pentingkan diri sendiri. Mesti ada sebab berlaku kekeruhan antara Misbun dengan BAM. Biar fikiran mengawal perasaan jangan perasaan mengawal fikiran.

volvo8010

Ya.....saya setuju kata kata Datuk Menteri itu......jangan ikut emosi dan fikir masa depan badminton negara.Ramai pemain yang berbakat,tolong jangan keruhkan lagi keaadaan,mana mana individu yang tidak jujur atau hanya pentingkan kepentingan peribadi serta keuntungan, sila sila lah berundur dengan cara hormat.

Hafeez Abdullah

Tahniah Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek! Dato telah bersusah payah utk "mendamaikan" dua pihak yg bersengketa/salah-faham. Ini satu amal yg mesti dilakukan terutam oleh mereka yg dlm kedudukan yg tepat berbuat demikinan. Tahniah.

pak usu

saya setuju dengan dato shabery. saya sokong datuk misbun. tapi BAM dan beberpa pegwai CTCnya patut menilai sumbangan mereka. presiden nadzmi pun nampaknya mengurus pemain dan jurulatih di BAM macam main saham. ini bukan dunia korporat tapi dunia sukan. sentuhan korporat wajar tapi mengkorporatkan sukan itu tak wajar. pegawai CTC yang hanya tahu bercakap tanpa mempunyai rekod sebagai pemin dan jurulatih nyah dari BAM untuk memudahkan datuk misbun dan presiden buat kerja.


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan