Harian Metro: Arena |
Posted: 16 Jan 2011 09:43 AM PST CADANGAN Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) untuk mengadakan program latihan atlet dengan kos RM3 juta di Kompleks Sukan Ranau, Sabah ditolak Majlis Sukan Negara (MSN), semalam. Ketua Pengarah, Datuk Zolkples Embong berkata, tempat latihan dikemukakan badan induk sukan olahraga itu tidak sesuai kerana daripada segi geografi, Ranau bukan kawasan tanah tinggi yang sesuai untuk latihan atlet acara trek.
Beliau berkata, atlet olahraga perlukan pertandingan berbentuk kompetitif dan bukannya menjalani latihan di luar Kuala Lumpur.
Katanya, MSN menyalurkan peruntukan khas kepada KOAM untuk membeli peralatan bantuan sukan namun mereka tidak membuat pembelian itu dan wang tidak dikembalikan kepada MSN.
"Tahun ini atlet tidak ada banyak kejohanan penting dan inilah masa mereka menghabiskan baki pengajian di institut pengajian tinggi sebelum kembali sibuk dengan kejohanan sukan tahun depan," katanya.
|
Posted: 16 Jan 2011 09:40 AM PST WARGA Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) terkejut lagi. Kali ini mereka tertanya-tanya apakah yang dilakukan oleh dua warga Thailand termasuk bekas tekong kebangsaan negara Gajah Putih itu sepanjang dua hari berlangsungnya kejohanan sepak takraw Piala Datuk Ahmad Ismail di Kompleks Majlis Sukan Negara (MSN). Salah seorang daripada dua warga Thailand itu dikenali sebagai Parawit dan kehadiran beliau yang berlegar-legar di sekitar gelanggang sambil mencatat sesuatu di buku hariannya menimbulkan tanda tanya kepada beberapa ahli majlis serta pegawai PSM yang ada di dewan gimnasium II, MSN.
Kalau benarlah kedua-duanya adalah perunding jurulatih yang mahu diambil PSM, bukan kepalang marah dan kecewanya ahli majlis badan induk kebangsaan itu kerana mereka seolah-olah dibelakangkan.
Selepas berakhirnya Sukan Asia Guangzhou, Ahmad pernah membuat kenyataan mengambil perunding jurulatih dari Thailand bagi memantapkan lagi aksi Malaysia selepas ini tapi hingga sekarang, beliau belum membuat pengumuman perkara itu dan semua warga PSM berpendapat ia masih lagi dalam proses kajian.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan