Berita Harian: Sukan |
Posted: 19 Jan 2011 11:19 AM PST Sukan KEJUTAN terbesar tercipta pada hari pertama Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia apabila pasangan beregu emas negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong tersingkir awal selepas tewas kepada pasangan muda China, Shen Ye-Hong Wei dalam pusingan pertama di Stadium Putra, Bukit Jalil, lewat malam tadi. Juara bertahan dan pilihan pertama kejohanan yang menjadi sandaran utama kecundang 16-21, 21-18, 16-21 kepada lawan yang mereka temui buat julung kali. Apapun, Lee Chong Wei seperti diramal melangkah ke pusingan kedua selepas bermandi peluh menewaskan Tommy Sugiarto dari Indonesia 21-17, 21-18. Pemain nombor satu dunia itu akan menentang lawan dari Hong Kong, Hu Yun, hari ini - sekali gus merebut tiket ke suku akhir.Turut mencipta ceria buat kem negara adalah jaguh wanita kebangsaan, Wong Mew Choo yang mara selepas menewaskan pemain China, Lu Lan 13-21, 22-20, 21-12 dan akan bertemu pilihan pertama, Wang Xin juga dari China pada pusingan kedua, hari ini. Juara Olimpik dan dunia, Lin Dan juga memperagakan kelibat pada pusingan pertama dengan menewaskan rakan senegara dari China, Wang Zhengming 21-18, 21-16. |
Posted: 19 Jan 2011 11:17 AM PST Sukan FAIRUZ bersama Boullier. Pemandu utama Lotus Renault GP, iaitu Robert Kubica dari Poland dan Vitaly Petrov dari Russia. Pengumuman pelantikan Fairuz itu dibuat oleh Prinsipal Lotus Renault, Eric Boullier, ketika menerima kunjungan rasmi Lembaga Pengarah pengurusan Proton Holdings Bhd di kemudahan F1 pasukan itu di Enstone, Oxfordshire, United Kingdom (UK), semalam. Turut hadir, Pengerusi Proton, Datuk Seri Nadzmi Mohd Salleh, Pengarah Urusan Proton, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir dan Ketua Eksekutif Group Lotus Plc, Dany Bahar.Boullier berkata, perlantikan Fairuz itu akan membabitkan kontrak kerja bagi tempoh setahun dan memiliki opsyen boleh diperbaharui selepasnya. "Rancangan turut diatur untuk Fairuz menjadi pemandu pertama mema-suki Akademi Lotus Renault dan mewakili pasukan untuk berlumba dalam perlumbaan GP2, iaitu kejohanan perlumbaan dalam siri pembangunan F1," katanya sambil memaklumkan Akademi Lotus Renault yang baru itu ditubuhkan khusus untuk mencungkil pemandu berbakat dalam menyediakan mereka bagi perlumbaan F1. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan