Harian Metro: Arena |
Posted: 19 Jan 2011 10:56 AM PST PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) lebih berminat menumpukan soal pembangunan bola sepak negara daripada berbicara untuk mendapatkan hak penganjuran Piala Dunia secara bersama dengan sekutu Asean. Timbalan Presiden, Tan Sri Annuar Musa berkata, semua pihak berhak memberikan cadangan, namun bagi FAM, mereka tidak pernah terfikir menjadi tuan rumah kejohanan terbesar empat tahun sekali anjuran Fifa itu.
"Negara Asean masih ketinggalan dalam aspek pembangunan bola sepak dan ini terbukti apabila tidak ada pasukan rantau ini yang layak ke Piala Asia. Kita sebenarnya lebih banyak bercakap tentang bola sepak tapi satu kertas kerja pembangunan bola sepak pun tidak ada.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri Luar, Datuk Anifah Aman dalam Arena Metro sebelum ini yang mengumumkan kesediaan Asean untuk mendapatkan hak selaku tuan rumah Piala Dunia 2030 selepas menghadiri mesyuarat bersama rakan sejawatnya di Lombok, Ahad lalu.
Tambah beliau, antara cadangan awal yang dikemukakan adalah membentuk satu pasukan terbaik Asia Tenggara dan memberikan peluang kepada setiap negara Asean menganjurkannya secara bersama.
|
Posted: 19 Jan 2011 10:53 AM PST "KEMELUT ini akan ditangani segera sebelum temasya Sukan Sea, Jakarta, November ini," janji Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong kepada skuad gimnastik artistik lelaki negara yang mula berang dengan masalah peralatan latihan tidak menepati ciri keselamatan lengkap di gimnasium MSN, sejak tiga tahun lalu. Zolkples berkata, beliau sudah mengarahkan pegawainya mengambil tindakan segera dengan memeriksa keadaan gimnasium itu.
"Hakikatnya, pit (kolam span) itu sepatutnya sedia lengkap tahun lalu, namun kami berdepan masalah tender yang menyebabkannya terbantut. Kini, semuanya dalam proses pembikinan dan saya janji ia akan siap sepenuhnya sebelum Sukan Sea Jakarta," katanya, semalam.
Bimbang dengan kemelut yang semakin berpanjangan dan menjejaskan keselamatan gimnas remaja mendorong mereka sepakat untuk menghantar memorandum kepada Zolkples sekiranya badan induk itu masih enggan menyelesaikan masalah itu.
"Saya akan pastikan kemelut ini selesai dengan kadar segera bagi memudahkan gimnas mengatur persiapan ke Sukan Sea. Usah bimbang, kami akan berusaha menyiapkannya kerana ia membabitkan keselamatan gimnas," katanya. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan