Utusan Online - Sukan

sumber :-

Utusan Online - Sukan


Misbun muncul

Posted:

Misbun muncul

Misbun muncul

Oleh NORZIE MOHD. KHASBI
dan ZAZALI JAMIAN
sukan@utusan.com.my


Misbun kembali ke gelanggang


KUALA LUMPUR – Tiada yang mengejutkan apabila Datuk Lee Chong Wei ke suku akhir Terbuka Malaysia semalam, namun yang mencuri tumpuan adalah kemunculan jurulatihnya, Datuk Misbun Sidek di Stadium Putra, Bukit Jalil.

Ini merupakan kali pertama Misbun hadir menyaksikan perlawanan Chong Wei sejak meletak jawatan pada 31 Disember lalu.

Berkat kehadirannya, Chong Wei hanya memerlukan 23 minit untuk mengalahkan pemain Hong Kong, Hu Yun 21-6, 21-9.

Sejurus tamat perlawanan, Chong Wei bingkas memeluk jurulatihnya, dan kelegaan jelas terpancar di wajah jaguh No. 1 dunia itu selepas bergelut dalam saingan pembukaan menentang pemain Indonesia, Tommy Sugiarto kelmarin.

Jika Chong Wei lega dengan kehadiran Misbun, peminat dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) pula lega kerana bintangnya itu memastikan wakil negara meneruskan kemaraan.

"Serius saya tidak tahu beliau akan hadir malam ini, ia agak memeranjatkan tetapi menggembirakan. Saya hanya nampak kelibat Misbun ketika sedang memanaskan badan.

"Walaupun saya tidak tahu sama ada beliau akan datang atau tidak, tetapi saya tetap ingat beliau ada berjanji akan datang memberi sokongan, nampaknya beliau tidak mungkir janji.

"Harap ini akan menjadi petanda positif kepada masalah yang sedang berlaku. Saya tidak tahu apakah Misbun akan kekal dalam skuad kebangsaan tetapi saya amat berharap BAM dapat menyelesaikan krisis ini dengan segera," ujar Chong Wei.

Selepas Siri Super Masters Akhir di Taiwan, dua minggu lalu tanpa sentuhan Misbun, kemunculan semula jurulatihnya, menaikkan semangat Chong Wei untuk memburu kejuaraan ketujuh Terbuka Malaysia.

Chong Wei akan menentang Nguyen Tien Minh pada suku akhir hari ini.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Cabaran wanita berakhir

Posted:

Cabaran wanita berakhir

Cabaran wanita berakhir


Wong Mew Choo tunduk kecewa selepas kalah kepada pemain China, Wang Xing pada pusingan kedua Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia di Stadium Putra Bukit Jalil, semalam.


KUALA LUMPUR - Tiada wakil wanita negara yang mampu meneruskan saingan pada Kejohanan Terbuka Malaysia peringkat suku akhir hari ini, selepas perseorangan utama wanita negara, Wong Mew Choo dan dua pasangan beregu wanita tersingkir dalam perlawanan kedua semalam.

Mew Choo tewas kepada pemain pilihan pertama kejohanan, Wang Xing dari China dengan keputusan 16-21 21-17 9-21, turut tersingkir ialah pasangan Vivian Hoo-Lim Yin Loo dan gandingan Marylen Ng-Woon Khe Wei.

Kekalahan perseorangan wanita negara, Mew Choo dalam perlawanan kedua kejohanan semalam akan dijadikan sebagai pengajaran paling bermakna buatnya untuk mengharungi tahun 2011 dengan lebih baik selepas ini.

Mew Choo menggangap kekalahan tersebut kepada pemain pilihan pertama kejohanan, Wang Xing dari China dengan keputusan 16-21 21-17 9-21 adalah keputusan yang tidak terlalu teruk baginya.

Katanya, keputusan yang diperolehi itu menunjukkan bahawa prestasinya kini semakin baik pada awal tahun ini sebelum mengharungi beberapa kejohanan besar selepas ini.

Tambahnya, ini adalah kali pertama dia dapat meneruskan perlawanan sehingga ke set penentuan sewaktu berhadapan Wang Xing.

''Sebelum ini amat sukar untuk saya bermain sehingga set ketiga bersama pemain itu dan pada perlawanan hari ini ada kemajuan yang dipamerkan,'' katanya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan