Harian Metro: Arena

sumber :-

Harian Metro: Arena


Misbun tak hadir

Posted: 05 Jan 2011 09:37 AM PST

KEMELUT membabitkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan Datuk Misbun Sidek mungkin tidak akan berakhir dalam tempoh terdekat selepas jurulatih perseorangan negara itu tidak hadir dalam pertemuan dengan Presiden Datuk Mohd Nadzmi Salleh di Bukit Kiara, semalam.

Misbun yang sepatutnya hadir di Pejabat BAM langsung tidak menjawab sistem pesanan ringkas (SMS) serta panggilan daripada Pengurus Besar, Kenny Goh mengenai pertemuan itu. Difahamkan Misbun masih belum bersedia untuk bertemu sesiapa dalam tempoh dua tiga hari ini.


Kegagalan Misbun untuk hadir dalam pertemuan dengan Nadzmi itu mendorong Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek meminta Presiden BAM itu hadir di kementeriannya di Putrajaya untuk memberikan penjelasan.

Jangkaan yang segala teka-teki berhubung kemelut peletakan jawatan Misbun itu akan terjawab di situ, bagaimanapun meleset apabila hanya Ahmad Shabery hadir di sidang media selepas pertemuannya dengan Nadzmi.


Nadzmi yang diiringi tiga orang kuat persatuan - Ng Chin Chai (Setiausaha Kehormat), Datuk James Selvaraj (Pengarah Prestasi Tinggi) dan Kenny - memilih untuk melarikan diri daripada wartawan tanpa memberi sebarang ulasan.


Malah, dalam sidang media itu, Ahmad Shabery juga gagal memberikan sebarang tanda positif kerana beranggapan selagi Nadzmi belum bertemu Misbun, segala-galanya tidak dapat dipastikan.

"Saya tidak dapat menjelaskan segala butiran mengenai perjumpaan saya dengan Nadzmi kerana tidak sesuai dibincangkan di sini. Tapi, yang pasti pertemuan beliau (Nadzmi) dengan Misbun yang sepatutnya berlaku hari ini (semalam) tidak menjadi kenyataan," kata Ahmad Shabery.

"Jadi, saya rasa tidak wajar sebarang kenyataan dibuat kerana ia boleh mengeruhkan lagi keadaan.


"Walau apapun keputusan yang diambil, saya harap semua pihak mengutamakan kepentingan kepada negara."

Ahmad Shabery kemudian mendedahkan yang beliau akan menemui Misbun di lokasi yang dirahsiakan, malam tadi untuk mendengar sendiri daripada mulut jurulatih itu mengenai tindakannya meletakkan jawatan.

Ahmad Shabery yang akan bertolak ke Sarawak hari ini berkata isu itu perlu ditangani dengan berhati-hati kerana beliau tidak mahu sebarang keputusan memalapkan badminton negara.


Beliau berkata, Nadzmi tenang ketika bertemunya, tapi mengakui buntu kerana Misbun tidak memberi sebarang alasan mengenai tindakannya meletakkan jawatan.


Ahmad Shabery turut menolak andaian negara terpaksa mencari pengganti Datuk Lee Chong Wei andainya pemain itu turut meninggalkan BAM kerana pemain nombor satu dunia itu masih sandaran terbaik Malaysia untuk meraih pingat emas pertama di Sukan Olimpik 2012 London.


"Jika Chong Wei keluar dari BAM, dia tetap membawa nama negara apabila beraksi di mana-mana pertandingan, terutamanya di kejohanan utama. Dia juga berhak untuk terus menerima bantuan daripada MSN (Majlis Sukan Negara)," katanya.


Apabila ditanya bilakah isu ini akan berakhir, Ahmad Shabery pantas meminta wartawan agar tidak meminta beliau memberikan tempoh waktu tertentu kerana penyelesaian terhadap kemelut ini mungkin mengambil masa.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Chong Wei gah aksi pertama

Posted: 05 Jan 2011 09:35 AM PST

PEMAIN nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei mengetepikan isu peletakan jawatan jurulatih, Datuk Misbun Sidek apabila meraih kemenangan pertama Siri Super Final di Taiwan semalam.

Chong Wei yang berada dalam Kumpulan A, mengatasi pemain Vietnam, Nguyen Tien Minh 21-12, 21-17 dalam masa 34 minit.


Hari ini dia akan berdepan pemain Denmark, Jan O Jorgensen sebelum menentang Peter Gade esok bagi melengkapkan saingan satu pusingan. Jika berjaya mengungguli Kumpulan A, Chong Wei semakin hampir untuk mempertahankan gelaran yang dimenanginya sejak dua tahun lalu kerana hanya dua pemain terbaik setiap kumpulan akan mara ke separuh akhir.

Kemenangan Chong Wei bagaimanapun gagal menyuntik semangat Koo Kien Keat-Tan Boon Heong yang tewas di tangan gandingan Korea, Ko Sung Hyun-Yoo Yeon Seong 21-15, 22-20 dalam masa 34 minit.


Ini adalah kekalahan keempat gandingan negara di tangan pasangan Korea itu daripada empat pertemuan.


Hari ini Kien Keat-Boon Heong akan menentang beregu China, Chai Biao-Zhang Nan dan mereka perlu menang andai mahu merampas kembali kejuaraan yang pernah mereka kecapi pada 2008.

Turut berada dalam Kumpulan A bersama Kien Keat-Boon Heong adalah pasangan sensasi China, Fu Haifeng-Cai Yun yang akan ditentang esok.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan