Harian Metro: Arena

sumber :-

Harian Metro: Arena


‘Tiada salah Malaysia bida’

Posted: 20 Jan 2011 11:14 AM PST

MENGAPA tidak Malaysia saja menganjurkan Piala Dunia berbanding cadangan menganjurkannya bersama negara Asean lain untuk bidaan 2026 atau 2030?

Demikian antara persoalan yang dilontar pengkritik sukan tanah air, Tan Sri Dr Prof Emeritus Khoo Kay Kim ketika diminta mengulas kesediaan Asean mendapatkan hak selaku tuan rumah Piala Dunia ketika Menteri Luar, Datuk Anifah Aman menghadiri mesyuarat bersama rakan sejawatnya di Lombok, Ahad lalu.


Bukan memperlekehkan cadangan itu, sebaliknya bagi Kay Kim apa salahnya Malaysia berusaha membuat bidaan berbanding menganjurkannya bersama negara Asean lain kerana ia sebenarnya lebih mengusutkan keadaan.

Masakan tidak, kata Kay Kim mustahil penganjuran Piala Dunia boleh dilaksanakan secara bersama dengan negara Asean lain sedangkan hubungan Malaysia dengan Indonesia saja sebagai contohnya, ketika ini agak tegang.


"Secara teori, cadangan ini sangat bagus kerana ada usaha membawa Piala Dunia ke negara Asean tetapi cadangan menganjurkannya secara bersama dengan semua negara Asean, amat mustahil dan sukar dilaksanakan kerana pasti akan ada perbezaan idea dan pandangan.


"Sedangkan hubungan Malaysia dan Indonesia saja ketika ini tegang, apatah lagi mahu mendapat kesepakatan semua negara Asean. "Apa salahnya kita cuba menganjurkannya sendiri kerana ia tidak mustahil boleh dilaksanakan kerana tahun 2030 masih lama lagi.

"Jika benar-benar serius, kita perlu bermula sekarang dengan membentuk sebuah pasukan bola sepak yang mantap selain merancang membina infrastruktur diperlukan untuk Piala Dunia," katanya ketika dihubungi semalam.


Mungkin ada pihak menganggap ia seolah-olah angan-angan mat jenin, namun kata Kay Kim, sejarah membuktikan Malaysia mampu menganjurkan satu-satu kejohanan besar dengan baik dan sempurna.

"Sukan Komanwel 1998 sebagai contoh bukti kita mampu menjadi antara penganjur terbaik," katanya.


Bagaimanapun, syarat Kay Kim, semua itu boleh dilaksanakan andai tiada campur tangan politik.


Anifah menerusi laporan sebelum ini berkata, menerusi kesepakatan dicapai pada mesyuarat dihadiri bersama rakan sejawatnya, Malaysia diberi mandat menyediakan kertas kerja yang akan dibentangkan kepada pemimpin 10 negara Asean pada sidang kemuncak di Jakarta Mei depan.


Antara cadangan awal dikemukakan adalah membentuk satu pasukan terbaik Asia Tenggara dan memberikan peluang kepada setiap negara Asean menganjurkannya secara bersama.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Trio lelaki hadiah emas

Posted: 20 Jan 2011 11:11 AM PST

ATLET bowling lelaki negara menghadiahkan pingat emas pertama di Kejohanan Tenpin Bowling Asia di Abu Dhabi menerusi acara trio, semalam.

Skuad sebelum itu turut diceriakan dengan penambahan satu lagi pingat perak menerusi trio wanita, Siti Shazwani Ahmad Suhaimi, Jacqueline Sijore dan Zatil Iman Abdul Ghani yang bangkit daripada kedudukan tempat kelima, kelmarin untuk mengumpul jumlah keseluruhan 3,821 jatuhan pin namun gagal mengejar pasukan Korea apabila ketinggalan 30 jatuhan pin.


Kejayaan barisan lelaki dan wanita negara itu menunjukkan satu peningkatan memberangsangkan terutama ketika percaturan Persatuan Tenpin Bowling Malaysia menggabungkan pemain senior dan pelapis membuahkan hasil.

Trio lelaki negara dibarisi Muhd Nur Aiman Khairuddin, Mohd Syafiq Ridhwan dan Aaron Kong (gambar) bermula cemerlang apabila mendahului 36 pencabar selepas menamatkan saingan tiga game dalam blok pertama dengan aksi yang terus konsisten.


Mereka merekodkan 3,989 jatuhan pin untuk merangkul emas meninggalkan wakil tuan rumah di tempat kedua dan ketiga dengan kelebihan 75 jatuhan pin.


Pengalaman Aaron nyata memberi kelebihan kepada skuad negara apabila mencatatkan balingan tertinggi dengan 243, 201, 254, 209, 269 dan 222 untuk mengumpul 1398 jatuhan pin.

"Saya gembira dengan aksi pemain kerana mereka berjaya mencari penyesuaian yang cepat," kata jurulatih kebangsaan, Holloway Cheah.


Dalam acara trio wanita pingat emas menjadi milik trio Korea manakala trio Jepun merangkul gangsa.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan