Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Chong Wei kecewa

Posted:

Chong Wei kecewa

Chong Wei kecewa

Oleh HELMI TALKAH
helmi.talkah@kosmo.com.my


CHONG WEI kecewa kerana hajatnya untuk menentang Lin Dan pada pusingan separuh akhir tidak kesampaian.


ADA reaksi kecewa daripada wajah jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei.Puncanya, dia tidak berpeluang berdepan bintang sensasi China, Lin Dan pada aksi separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2011 di Stadium Putra Bukit Jalil hari ini.

Pada awalnya, pemain ranking No. 1 dunia itu diramal akan turun menentang Lin Dan yang juga merupakan musuh tradisinya pada aksi separuh akhir.

Namun, segala-galanya berubah selepas jaguh dari Tembok Besar China itu membuat keputusan untuk menarik diri daripada beraksi pada peringkat suku akhir semalam.

Keputusan tersebut menyaksikan seorang lagi pemain China, Chen Long yang dijadual berdepan Lin Dan pada aksi suku akhir itu, diberikan kemenangan percuma sekali gus mara ke peringkat separuh akhir.

Ini bermakna, bukan Lin Dan yang menjadi lawan Chong Wei pada aksi separuh akhir tetapi Chen Long.

"Saya terkejut dengan keputusan Lin Dan itu tetapi semuanya sudah berlalu.

"Memang pertemuan ini akan menjadi perlawanan tumpuan serta dinanti-nantikan.

"Namun, apa boleh buat dia (Lin Dan) telah menarik diri selepas dikatakan mengalami masalah kecederaan," kata Chong Wei.

Terdahulu, Chong Wei mara ke peringkat separuh akhir selepas mencatatkan kemenangan ke atas pemain Vietnam, Nguyen Tien Minh 21-15, 21-16 pada aksi suku akhir.

Mengulas mengenai pertemuannya dengan Chen Long, Chong Wei berkata: "Chen Long merupakan pemain yang agresif.

"Jadi... saya perlu lebih berhati-hati dengan corak permainannya.

"Namun, saya tidak mahu terlalu memikirkan mengenai Chen Long kerana bagi saya apa yang lebih penting adalah prestasi diri saya sendiri," katanya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Lin Dan tarik diri

Posted:

Lin Dan tarik diri

Lin Dan tarik diri


CEDERA otot perut menjadi punca Lin Dan gagal meneruskan cabaran di Terbuka Malaysia.


EKORAN mengalami masalah kecederaan di bahagian otot perut kiri, bintang sensasi China, Lin Dan terpaksa menarik diri pada aksi suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2011 di Stadium Putra Bukit Jalil, semalam.

Perkara tersebut disahkan oleh Ketua Pengadil Kejohanan, Jane Wheatley dari Australia.

"Ketika Lin Dan menjalani sesi pemanas badan pagi tadi (semalam) dia telah mengalami kecederaan pada otot perut kirinya," kata Jane.

Jelas Jane lagi, selepas Lin Dan menjalani pemeriksaan, doktor yang merawatnya, Dr. Khairulina Khalid dari Institut Sukan Negara (ISN) menasihatkan agar pemain itu tidak meneruskan perlawanan.

"Doktor menasihatkan agar Lin Dan berehat kerana khuatir kecederaannya itu akan bertambah serius sekiranya tetap meneruskan perlawanan.

"Menerusi laporan doktor itu juga ada mengatakan bahawa Lin Dan tidak cergas sepenuhnya untuk meneruskan perlawanan suku akhir hari ini (semalam)," jelas Jane.

Dengan keputusan tersebut, seorang lagi pemain China, Chen Long yang dijadual berdepan Lin Dan pada aksi suku akhir itu, diberikan kemenangan percuma dan sekaligus mara ke peringkat separuh akhir.

Pada aksi separuh akhir hari ini, Chen Long dijadual akan berdepan cabaran daripada perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei.

Dalam pada itu, jurulatih perseorangan China, Xia Xuanze mengesahkan bahawa Lin Dan akan tetap beraksi pada Kejohanan Siri Super Korea Selatan yang bermula Selasa ini.

Bagaimanapun, ia bergantung kepada perkembangan terkini mengenai tahap kecederaan yang dialami Lin Dan itu.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Status KLHC mula tergugat

Posted:

Status KLHC mula tergugat

Status KLHC mula tergugat

Oleh SHAHRIL NIZAM ABDULLAH
shahril.abdullah@kosmo.com.my


PENYERANG Maybank, Hairul Nizam (kiri) berjaya melepasi dua pemain KLHC, Razie Rahim (tengah) dan Kevinder Singh pada aksi LHM 2010/11 di Stadium Hoki USM, petang semalam.


STATUS Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) sebagai pendahulu Liga Hoki Malaysia (LHM) 2010/11 mula menerima tamparan apabila juara bertahan itu diikat seri 2-2 oleh Maybank pada aksi di Stadium Hoki Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang petang semalam.

KLHC sebelum ini diramal mampu memenangi tiga mata dengan mudah ke atas Maybank, pasukan yang berada tangga ketujuh liga sebelum ini, namun sebaliknya juara bertahan itu hampir dikejutkan oleh aksi cemerlang skuad 'sang belang' itu.

Kedudukan KLHC kini kian tergugat sekiranya pencabar terdekat, Tenaga Nasional Berhad (TNB) mampu mengutip tiga mata ke atas Yayasan Negeri Sembilan (YNS) petang ini.

Namun, jurulatih KLHC, Muhd. Dharma Raj Abdullah tidak begitu bimbang, malah tetap berpuas hati biarpun anak buahnya hanya mampu mengutip satu mata.

"Bagi saya satu mata lebih baik daripada tidak mendapat apa-apa. Mungkin ia agak mengejutkan kami gagal mengutip mata penuh tetapi saya tidak berapa bimbang tentang kehilangan dua mata ini," kata Muhd. Dharma semalam.

"Cuaca panas mungkin menjadi antara faktor aksi kami agak longlai kali ini. Saya juga tidak pasti sampai bila jadual perlawanan pukul 3 petang ini akan diteruskan, namun apa yang saya tahu ia tidak begitu sesuai bagi pemain beraksi di bawah panas terik ini.

"Apa pun, keputusan seri bukanlah penamat bagi kami, tetapi sekurangnya-kurangnya ia satu peringatan kepada kami bahawa persaingan sudah semakin sengit ketika memasuki baki separuh saingan liga," ujarnya lagi.

Pada aksi semalam KLHC mendahului 1-0 hasil jaringan Ismail Abu pada minit ke-9, namun Maybank menyamakan kedudukan pada minit ke-25 menerusi Hairul Nizam.

Kemudian Maybank pula mendahului 2-1 pada minit ke-31 apabila Ridzuan Nasir berjaya menewaskan penjaga gol KLHC, Kairulnizam Ibrahim.

Belum sempat Maybank berasa selesa dengan kedudukan tersebut, KLHC pula menyamakan kedudukan 2-2 menerusi Tengku Ahmad Tajuddin hasil pukulan sudut penalti.

Kedudukan tersebut kekal sehingga babak kedua berakhir.

Sementara itu, perlawanan lain menyaksikan Sapura mencatat kemenangan ketiga dalam tujuh perlawanan setakat ini dengan membelasah YNS 6-1.

Gol Sapura dijaringkan oleh Rodzhanizam Radzi (40, 44, 57) Redzuan Ponirin (9), Jiwa Mohan (65) dan Ahmad Kazamirul (67) manakala pemain import dari Pakistan, Shakeel Abbasi menghadiahkan gol saguhati kepada YNS.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan