Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Sukan SEA sarkas!

Posted: 02 Feb 2011 08:44 AM PST

JANGAN jadikan Sukan SEA seperti sarkas! Itulah gesaan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong (gambar) yang bimbang dengan masa depan temasya dwitahunan serantau itu gara-gara tindakan sebahagian besar negara tuan rumah yang menyenaraikan jenis dan acara sukan 'merapu'.

"Saya memang sudah lama bosan dengan masalah ini kerana setiap kali menjadi penganjur, kecuali negara kecil seperti Brunei dan Laos, yang lain semuanya nak jadi juara keseluruhan dan menyenaraikan sukan yang mengarut demi mencapai cita-cita itu.

"Persekutuan Sukan SEA (SGF) perlu mengawalnya kerana saya khuatir lama kelamaan temasya ini akan menjadi seperti sarkas," katanya mengulas tindakan tuan rumah Sukan SEA XXVI Indonesia yang menyenaraikan acara sukan yang memihak atlit mereka pada temasya November ini.

Tindakan Indonesia itu dibidas Majlis Olimpik Malaysia (MOM) kelmarin yang menegaskan akan membuat protes pada mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif dan Majlis SGF di Denpasar, Bali, 25 Februari ini.

Zolkples berkata, sepatutnya SGF mengekalkan jenis dan acara sukan yang dipertandingkan secara konsisten, sama seperti Sukan Olimpik dan Sukan Asia, bukannya membiarkan tuan rumah menetapkannya sesuka hati.

"Sekiranya setiap sukan tertentu dipertandingkan secara konsisten, ini akan membantu negara anggota SGF melaksanakan program pembangunan dengan berkesan.

"Beberapa acara tradisi seperti sepak takraw dan silat yang sudah lama dipertandingkan perlu dikekalkan tetapi tidak acara seperti arnis, sepak bulu ayam, panjat tembok dan renang sirip yang tidak memberi makna kerana ia tidak dipertandingkan di Sukan Asia dan Olimpik," katanya.
Zolkples turut melahirkan kebimbangan atas kelewatan SGF memutuskan senarai akhir acara bagi edisi ke-26 itu hingga menyukarkan perancangan dan pelaksanaan program persediaan atlit negara, selain menyukarkan MSN menetapkan sasaran.

"SGF perlu memperbetulkan segala kecelaruan ini bagi meletakkan semula Sukan SEA di landasan sebenar," katanya.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

hisham

betul tu mal887, biarkan mereka dgn jaguh kg mereka tak kemanapun... paling tinggi dpt medal. kita blh tempat buat medal byk2... tak guna melatah lebih2 nanti ada yg upah demonstrasi pulak...

sisui

pelik2 je..sukan 2 xdiperdagangkan di perigkat antrbgsa pun..
sgt memalukan..
sepatutnya memberikan perhatian terhadap sukan yg sedia ada dan berusaha memantapkannya contohnya seperti bola tampar pantai perempuan malaysia yang mula menunjukkan prestasi baik pada sukan asia di guangzhou dulu.

ainzafira

malaysia sertai utk acara olimpik je la.

acoo

kalau pun mau menang byk pingat biarlah melalui cara yg terhormat dan dihargai...fikir fikirkan

Ahmed

I agree with mal887. Let the SEA games be the "warming up".

nik

tambah lg satuu....lari dalam guni.

hahaha...buat lah acara lari dalam guni, rebut kerusi skali...

@mal887... jadi nak sepak takraw, silat sume tu kena panas badan dengan main sepak bulu ayam, panjat tembok, renang sirip la eh?(tak penah tau pun "sukan" ni wujud, sepak bulu ayam pun sukan eh)

hafiz

ak ble jd wakil msia acara lari dlm guni..kompem menang..

fazlee

memang amat merapu sea games ni takde maknanya sukan kampung halaman syok sendirian berhad namanya

sya

betul......sepatutnyer sukan yg ader dlm sukan asia dan olimpik sahaja patut di pertandingkan....bukannyer sukan pelik2...

matdart

tukar jadi sukaneka la senang...

jag abd gani

senaraikan gak acara lari bawa telur dalam sudu..pasti gampak..

Moonrock

Indonesia tidak boleh terima kekalahan terutamanya dengan Malaysia. Biar lah mereka dengan egonya...apa-apa pun Malaysia tetap juara...MALAYSIA BOLEH!!!

amamiza

maka itulah yang menyebabkan aktiviti dan temasya sukan menjadi tempat meragut sikap persahabatan sebab penganjur semaata-mata hendak tunjuk kepada negara bahawa mereka hebat ditempat sendiri.

mal887

Alah tuan, apa nak kecoh2. Kita bertanding ajer pertandingan yang ada dipertandingkan di Sukan Asia & Sukan Olimpik agar matlamat kita utk melahirkan atlit bertaraf dunia tercapai. Tak perlulah nak target jadi JUARA KESELURUHAN kalau setakat SUKAN SEA ni.... Jadikan SUKAN SEA ni sebagai PEMANAS BADAN & TEMPAT LATIHAN untuk matlamat lebih tinggi --> Sukan Asia / Sukan Komanwel / Sukan Olimpik abis cerita.... biarlah mereka nak bertanding acara lompat katak sekali pun @ lari dalam guni.... 2 perkara akan berlaku, kalau ada penyertaan adalah pertandingan, kalau tak biarlah mereka bertanding sesama sendiri kite terus dgn matlamat kita...

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sepanyol teratas, Jepun tangga ke-17

Posted: 02 Feb 2011 08:41 AM PST

Sukan

ZURICH: Juara Piala Dunia Sepanyol memimpin ranking bulanan FIFA tetapi Jepun yang baru ditabalkan selaku juara baru Asia, melonjak ke dalam tangga ke-20 terbaik dunia dalam senarai yang dikeluarkan, semalam.

Juara Afrika, Mesir bagaimanapun terkeluar daripada kelompok 10 teratas, apabila merudum ke ranking ke-33 kerana nilai kejuaraan yang dimenangi pada Januari 2010 itu sudah melebihi tempoh setahun.

Sepanyol mengetuai sembilan pasukan teratas yang tidak berubah kedudukan, diikuti Belanda, Jerman, Brazil dan Argentina. Greece naik satu tangga ke tempat ke-10 manakala Ghana yang mara ke suku akhir Piala Dunia, kini mengetuai pasukan benua Afrika dengan mendaki satu anak tangga ke tempat ke-15. Jepun menjadi negara paling cemerlang apabila naik 12 anak tangga ke ranking ke-17 dunia dan memimpin pasukan Asia lain, susulan kemenangan dalam kejohanan benua yang berakhir di Qatar, minggu lalu.

Australia yang tewas di final Piala Asia, naik lima anak tangga ke tempat ke-21 dan Korea Selatan yang mara ke separuh akhir, naik tujuh tangga ke tempat ke-32 manakala Uzbekistan melonjak ke tangga ke-77.

Turut naik Iran ke tangga ke-44, Jordan (84) dan Iraq (88) sementara Qatar yang mara ke suku akhir kini di tangga ke-90.

Amerika Syarikat pula kekal pada kedudukan ke-18 untuk mengetuai pasukan negara CONCACAF sementara New Zealand masih menjadi pasukan terbaik Oceania di ranking ke-64. – AP


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan