Harian Metro: Arena

sumber :-

Harian Metro: Arena


Tembelang terbongkar

Posted: 02 Feb 2011 08:25 AM PST

GERAM...Noraseela anggap tak logik berlatih di Ranau.
GERAM...Noraseela anggap tak logik berlatih di Ranau.

KEMELUT yang melanda program latihan atlet di Ranau menyebabkan rasa kurang senang Ahli Majlis Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) S Rajasegram.

Beliau terkejut apabila mendapat tahu mengenai permasalahan yang timbul sedangkan mereka dimaklumkan sebelum ini oleh Pengerusi Jawatankuasa Kejurulatihan KOAM, Karim Ibrahim bahawa program itu sedia untuk dijalankan.


"Pada mesyuarat KOAM sebelum ini, beliau (Karim) sudah memberi gambaran jelas bahawa semua atlet elit, pelapis dan jurulatih sudah bersetuju untuk menyertai program itu. Malah beliau juga berkata, kompleks itu sudah siap sepenuhnya tapi kenapa tiba-tiba KSU (Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Mohid Mohamed) suruh bincang semula? Kenapa tiba-tiba ada laporan di akhbar menyatakan Noraseela Khalid cakap tak logik berlatih di sana? Siapa yang bercakap benar sekarang?

"Bila perkara sebegini timbul, ini membuktikan sesuatu polisi atau keputusan yang diambil tidak merujuk kepada Ahli Lembaga dan Majlis. Sudah banyak masalah berlaku sebelum ini tapi tak ramai yang mahu bersuara. Saya menyokong program ini tapi biarlah dengan saluran yang betul. Jangan bila ada masalah baru nak rujuk kepada kami," katanya.


Rajasegram, 56, yang juga Setiausaha Kehormat Persatuan Olahraga Amatur Johor sejak 1993 berkata, KOAM sepatutnya menimbang semula saranan Mohid supaya berbincang semula dengan pihak pengurusan Kompleks Sukan Ranau bagi mendapatkan pengesahan.


Malah apa yang membimbangkannya adalah sambutan dingin atlet terhadap program fasa pertama selama sebulan bermula awal bulan ini bagi persiapan ke Sukan Sea Palembang November depan.

"Saya gembira dengan sokongan yang ditunjukkan KBS dan MSN. Apa yang mereka mahu adalah memastikan kelancaran program ini dan bukannya separuh jalan saja.


"Saya mendapat maklumat bahawa atlet bersetuju menyertai program itu dengan bersyarat, apakah syarat itu saya tidak tahu. Kalau atlet tak pergi sudah pastinya ia akan membazirkan wang rakyat," kata Rajasegram.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

MSN mahu tarikh segera

Posted: 02 Feb 2011 08:20 AM PST

"JANGAN cakap banyak lagi, kalau KOAM (Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia) benar-benar mahu meneruskan program latihan itu, segera beri kami tarikh bilakah atlet akan pergi berlatih ke Ranau," tegas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Datuk Zolkples Embong.

Beliau berkata, KOAM tidak perlulah lagi sibuk mencanang kepada semua pihak mengenai program latihan di Kompleks Sukan Ranau itu kerana yang penting sekarang mereka perlu laksanakan dengan cepat seperti dirancangkan sebelum ini.


"Mungkin KOAM mempunyai cara tersendiri biarpun pemilik (Lembaga Sukan Negeri Sabah) sendiri cakap tempat itu belum siap sepenuhnya. Biarpun tanpa air dan elektrik terpulanglah kepada mereka untuk meneruskan program itu.

"Sebelum ini KOAM kata nak memulakan fasa pertama program itu awal bulan ini, sampai sekarang saya tidak dapat tarikh sebenar. Sekarang mereka tidak mempunyai alasan untuk tidak pergi," katanya.


Walaupun Pengurus Besar Lembaga Negeri Sabah, Mahmood Kalong menyatakan bahawa Kompleks Sukan Ranau masih belum dilengkapi bekalan air, elektrik dan jalan raya, KOAM menerusi satu kenyataan kelmarin menegaskan lokasi baru latihan itu sudah boleh digunakan dan mendapat persetujuan kerajaan Negeri Sabah.


Menurut Mahmood, kompleks yang memulakan pembinaan pada 2007 dijadual akan diserahkan kepada pihaknya oleh kontraktor Jun ini. Bagaimanapun projek itu mampu di segerakan dan paling awal April depan.

Malah katanya, Kompleks Sukan Ranau tidak dilengkapi gimnasium seperti yang didakwa KOAM manakala peralatan sukan di situ hanya akan disediakan sebaik pembinaan siap sepenuhnya.


MSN sebelum ini meluluskan 15 atlet elit dan lima jurulatih mengikuti program latihan di Ranau bagi fasa satu selama sebulan awal bulan ini selepas KOAM bersungguh-sungguh melaksanakannya bagi persediaan ke Sukan Sea Palembang.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan