Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Belum tentu bagus

Posted: 04 Feb 2011 02:59 PM PST

Sukan

pix_gal0
Atlit luar tak jamin kejayaan Indonesia pada Sukan SEA - Kok Chi

IMPORT bukan jaminan kejayaan!

Kenyataan itu diakui Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Sieh Kok Chi yang menganggap tuan rumah Sukan SEA XXVI Indonesia belum tiba ke titik terdesak untuk mencari atlit muda berpotensi dari negara luar bagi mewakili republik itu. Selepas menyenaraikan sehingga 42 jenis sukan, persatuan sukan di negara jiran itu pula dikatakan sedang melobi atlit yang mempunyai pertalian darah dengan rakyatnya untuk mewakili Indonesia pada temasya dwitahunan yang di Jakarta dan Palembang, 11-26 November depan.

Kok Chi berkata, tidak semua atlit import menjamin kejayaan dan tindakan yang dilakukan Indonesia itu mungkin kerana terdesak mencari atlit berkualiti bagi membantu kontinjen negara republik berkenaan selepas sering diatasi Thailand, Vietnam dan Malaysia sejak beberapa edisi lalu.

"Bagi saya, cara Indonesia ini masih boleh dianggap adil kerana calon atlit yang dipanggil itu masih ada pertalian darah dengan rakyat mereka berbanding Singapura yang mempunyai rancangan rasmi dan ekspres untuk 'melahirkan' atlit mereka.

"Namun tidak semua atlit luar ini boleh berjaya. Sebagai tuan rumah, Indonesia mungkin terdesak mahu mencari atlit berkualiti untuk memperkuatkan kontinjen mereka, tetapi saya tidak fikir ia dalam jumlah yang besar."
Kementerian Pemuda dan Olahraga Indonesia mengakui, atlit yang mempunyai pertalian darah dengan negara itu ditawarkan mewakili Indonesia pada Sukan SEA nanti.

"Memang ada tawaran untuk naturalisasi atlit kepada persatuan sukan di Indonesia," kata Timbalan Menteri Pemuda dan Olahraga, Datuk Djohar Arifin Husein ketika dihubungi Berita Harian, semalam.

"Tetapi kita harapkan tidak akan ada naturalisasi tidak murni di mana atlit yang langsung tiada pertalian darah dengan rakyat Indonesia, mewakili negara ini. Itu satu pembohongan besar andai mengambil rakyat negara lain untuk mewakili Indonesia."

Kata Djohar, ada lebih enam juta rakyat negara itu bekerja di luar negara dan ramai di antaranya menjadi pemastautin tetap di negara berkenaan.

"Jadi pasti ada di antara mereka yang layak mewakili Indonesia, dan tidak salah kami menggunakan khidmat mereka," katanya.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

M Ridzman

Ape pun atlit negara kene tunjukkan semangat juang yg tinggi..buktikan dulu kejayaan pada Sukan SEA..baru blh cerita kat lain2 kejohanan...barulah mantaapp...


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kami sudah lupakan Torres - Dalglish

Posted: 04 Feb 2011 02:57 PM PST

Sukan

DALGLISH memperkenalkan dua pemain baru Carroll (kiri) dan Suarez (kanan).

DALGLISH memperkenalkan dua pemain baru Carroll (kiri) dan Suarez (kanan).

LIVERPOOL: Penghijrahan Fernando Torres sudah dilupakan, malah tiada lagi dalam kamus Liverpool, kata Kenny Dalglish dalam mempersiapkan anak buahnya untuk berdepan Chelsea dan bekas penyerang Reds itu di Stamford Bdridge, malam esok.

"Ramai kecewa dia meninggalkan kelab dan apa yang lebih mengecewakan ialah masa ketika ia berlaku, tetapi kami akan meneruskan perjuangan," kata Dalglish alam sidang media apabila ditanya mengenai perpindahan Torres ke Chelsea dengan nilai 50 juta pound (RM245 juta).

"Kelab bola sepak, pemilik kelab sudah melakukan sebaik mungkin untuk mengelakkan ia berlaku tetapi gagal. Kita perlu terima hakikat, dia akan bermain untuk pihak lain. Ini sesuatu yang kita perlu terima." Pemain Sepanyol itu dijangka membuat penampilan sulung untuk juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu malam esok tetapi Dalglish menafikan dia berdepan masalah tanpa Torres dan menambah, pemain lain akan mempamerkan usaha maksimum dalam apa juga keadaan.

Katanya, tiada pemain yang lebih berkuasa daripada kelab, dan bekas rakan-rakan Torres di Anfield kini tetap fokus terutama dengan kehadiran dua penyerang baru, Andy Carroll dan Luis Suarez.

"Ketika mereka (pemilik) mengambil alih kelab ini, mereka berkata mahu mengembalikan kelab kepada kedudukan sepatutnya dan inilah bukti pertama mereka serius dengan cita-cita itu," kata Dalglish mengenai pemilik Amerika yang mengambil alih kelab itu Oktober lalu dan membelanjakan lebih 55 juta pound (RM270 juta) untuk membeli dua penyerang England dan Uruguay berkenaan. - Reuters


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan