Berita Harian: Sukan |
Posted: 20 Feb 2011 05:01 PM PST AZIZULHASNI Awang sudah lama ada 'sifat pahlawan' dalam dirinya - mahu menang dengan apa cara sekali pun - jika ada ruang memecut dan awal pagi semalam gelagat itu hampir membawa padah pada diri jaguh trek negara itu. Anak muda dari Terengganu itu terbabit dengan pelanggaran teruk membabitkan tiga pelumba lain dalam final acara keirin di Kejohanan Trek Siri Piala Dunia di Manchester yang berakhir dengan serpihan kayu tujuh inci daripada trek tertusuk di betis kirinya, semalam. Sekalipun terjatuh, dia tetap bangun mengayuh ke garisan penamat dan hanya sedar kesakitan itu selepas menamatkan perlumbaan sebelum dibawa ke hospital dan tidak dapat naik ke podium untuk menerima pingat gangsa. Emas dimenangi juara Olimpik dan pencabar sengitnya dari Britain, Chris Hoy yang tidak terbabit dalam pelanggaran itu. Apapun, penawar duka adalah Azizulhasni muncul juara keseluruhan siri Piala Dunia acara berkenaan kali ini. Semalam, jaguh pecut trek negara itu selamat menjalani pembedahan dan menurut Timbalan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (MNCF) tiada kecederaan serius melanda ikon sukan negara itu. "Dia bernasib baik kerana serpihan kayu itu tidak terkena salur darah utama, tisu dan otot betisnya," katanya. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenjohan abg abu bakar Syabas! anda memang hebat... saya doakan agar anda cepat sembuh. ...amin william messi tahniah azizulhasni...anda memang seorang pejuang,berjuang demi negara dan nama..inilah semangat atlit pejuang yang kita impikan..dlm pepatah iban mengatakan: agi idup agi ngelaban: syabas azizulhasni!!! reezan semangat sang juara yg patut dimiliki setiap anak malaysia dlm mengharumkan nama negara di pelosok dunia. tahniah 1Malaysia. apak tahniah buat azizul!!! semoga cepat sembuh!!! ASRAF TIADA KUALITI PUNYA VELODROM...DASAR SIFAT PENJAJAH, MEGAH PADA NAMA...TAPI HAMPEH! Jusip Bin Sabanting En. Azizulhasni, Tahniah di atas kejayaan saudara. Moga kegigihan, kesabaran saudara akan menjadi ikutan muda-mudi negara kita. Ghani Basri Tahniah.. Anda adalah wira negara. Walau pun cedera, anda sanggup meneruskan kayuhan ke penamat. Tahniah Wira Malaysia mohd muhaimien nothing but respect for this guy. fifi wow!! pocketrocketman mmg hebat :-) Jeroe laaaa Azizulhasni ni asal Manchester ke.... ingatkan lahir kat Terengganu.... patut laaa pahlawan manchester ... bukannya pahlawan Melayu atau pahlawan Terengganu..... ape-ape pun .... teman ucapkan syabas dan semoga cepat sembuh buat Azizulhasni... hisham apa tindakan MNCF dgn keadan trek di Manc. yg tidak selamat dan mencederakan pelumba... buat Azizul semoga cepat sembuh dan tahniah diatas semangat juang anda yg kuat. Ahmad Bustaman bin Rais Orang Ganu kang mesti ah hebat jabilin s jass anda memang hebat dan mengkagumkan utk negara. Amin bole buat filem ni...semangat jitu bukan sebarangan Gory Malaysia salute Azizulhasni. Aku menangis terharu baca berita ni. Tahniah dan terima kasih! along tanggol tahniah...Semangat mengatasi segalanya..bangga kawang ngan deme Mohd Shahril Memang mempunyai semangat yang menakjubkan....semoga cepat sembuh Mohd Shahril Memang mempunyai semangat yang menakjubkan....semoga cepat sembuh Anjang inilah dia orangnya...orang mcm inilah yg layak diberi anugerah pingat & darjah kebesaran..terbukti kesanggupannya utk berjuang demi nama negara & tanahair!! 7 inci tembus tu..TEMBUS!!..amat diharapkan pihak persekutuan & istana negeri sila beri sokongan sepenuhnya sebagai pengiktirafan & contoh teladan kpd semua pihak!! jgn diabaikan begitu saja! azman Kalau ko kayuh semula, dapat no1 , lagi la MALAYSIA bangga. Tapi dapat gangsa pun cukup dah. Tahniah !!!! azman Kalau ko kayuh semula, dapat no1 , lagi la MALAYSIA bangga. Tapi dapat gangsa pun cukup dah. Tahniah !!!! Hairul Sejak mamat nie muncul dalam sukan lumba basikal..aku mula sukakan sukan nie..semoga cepat sembuh..... Hairul Sejak mamat nie muncul dalam sukan lumba basikal..aku mula sukakan sukan nie..semoga cepat sembuh..... Nor Zaidi Tahniah Azizul Hasni,,,anada memang rakyat Malaysia yang hebat...walau tertusuk serpihan kayu di kaki,,tetap berjuang berkayuh ke penamat,,,anda memang hebat,,,atlit2 lain di Malaysia,,contohi Azizul...dia berjuang sehingga penamat walaupun tercedera....mmm,,Veledrom Manchester tu,,pihak penganjur kena lihat dgn teliti sebelum acara berlangsung,,,mungkin papan tu dah rosak,,,kesian pelumba,,,PKBM,,kena lihat serius insiden itu,,,,, tyco5 Semoga cepat sembuh pahlawan MALAYSIA di manchester... semoga kamu pahlawn di mana2 sahaja. |
Posted: 20 Feb 2011 04:51 PM PST Sukan AZIZULHASNI diberi rawatan selepas cedera kesan luka tusukan serpihan kayu gara-gara terbabit dengan pelanggaran di Kejohanan Trek Piala Dunia di Manchester, awal pagi semalam. IKON sukan negara, Azizulhasni Awang difahamkan memerlukan sekurang-kurangnya dua sehingga tiga minggu untuk pulih daripada kesan luka tusukan serpihan kayu gara-gara terbabit dengan pelanggaran di Kejohanan Trek Piala Dunia di Manchester, awal pagi semalam. Apapun, jaguh trek negara yang memenangi pingat gangsa dan muncul juara keseluruhan dalam siri perlumbaan itu tidak menanggung kecederaan serius selepas menjalani pembedahan. "Tiada kecederaan serius dialami Azizul, dan dia boleh pulang hari ini juga (semalam)," kata pengurus pasukan trek kebangsaan, Datuk Naim Mohamad."Serpihan kayu yang menembusi kakinya berjaya dikeluarkan sepenuhnya dan Azizul akan dibenarkan pulang selepas pemeriksaan terakhir hari ini (semalam)." Menurut Naim - yang juga Timbalan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (MNCF) - Azizul bernasib baik kerana arteri utama, tisu dan ototnya langsung tidak terjejas. "Kayu itu hanya menusuk kulit dan daging, tulangnya juga langsung tidak kena," katanya. Memandangkan usianya masih muda, tempoh pemulihan dijangka lebih cepat.
Ketika ditanya apa reaksi Azizulhasni selepas final keirin berkenaan, Naim berkata: "Dia amat marah dengan pelumba Sepanyol yang menjadi punca kepada insiden itu. Azizul juga sempat memberitahu, dia tidak sabar untuk kembali berlumba." Azizulhasni mendahului ranking keirin Piala Dunia Klasik musim ini dengan 28 mata, manakala pemenang tiga pingat emas Olimpik Beijing, Hoy di tangga kedua dengan 24 mata. Kagum semangat wira Azizulhasni KETUA Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong menyuarakan rasa kagum dengan semangat ditunjukkan Azizulhasni Awang selepas terbabit dalam pelanggaran ngeri ketika beraksi di Kejohanan Trek Berbasikal Siri Piala Dunia di Manchester, awal pagi ini. "Azizulhasni memberitahu saya bahawa beliau tidak berasa sakit dan hanya menyedari selepas berjaya menamatkan perlumbaan," katanya. "Ketika dalam ambulans ke hospital, Azizulhasni yang menahan kesakitan masih sempat bercerita kepada saya mengenai hajat mahu mengejar pingat emas di Sukan Olimpik London 2012 nanti." Apapun, pelumba yang memenangi pingat gangsa dalam acara keirin itu dilaporkan berada dalam keadaan stabil sekarang. Zolkples yang turut berada di Manchester bagi menyaksikan kejohanan itu berkata Azizulhasni menjalani pembedahan kecil bagi mengeluarkan serpihan kayu yang tertusuk di betis kirinya, semalam. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan