Harian Metro: Arena |
Posted: 20 Feb 2011 08:08 AM PST SEDIH, terharu dan bimbang kini membelenggu perasaan isteri pelumba basikal terbaik negara Azizulhasni Awang, Athiah Ilyana Abdul Samat selepas menerima perkhabaran dari Manchester berhubung kejadian kemalangan yang terjadi kepada suami tercinta. Kegagalan bercakap dengan Azizul untuk mengetahui lebih lanjut keadaan terkini pelumba itu menambahkan kegusaran di hati Athiah atau lebih dikenali sebagai Tya.
"Bila melihat gambar Azizul tambah memeritkan hati dan saya hanya mampu berdoa agar semuanya selamat," katanya. Katanya, dia tidak menyangka sikap Azizul yang tiba-tiba tidak mahu membawa telefon bimbit bersama untuk pergi berlumba selain dia dan ibu mentua tidak boleh tidur ketika malam kejadian seperti memberi tanda sesuatu.
Bagaimanapun, kesedihan Tya ditambah lagi apabila dimaklumkan Azizul bakal terlepas peluang beraksi di Kejohanan Dunia di Apeldoorn, Belanda pada 23 Mac ini.
Sementara itu, ibu Azizul, Selamiah berkata, dia terkejut apabila dihubungi Ketua Pengarah Sukan Negara, Datuk Zolkples Embong dan Timbalan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia, Datuk Naim Mohamad.
"Saya harap Azizul kuatkan semangat dan dapat kembali ke Malaysia dengan segera untuk menjalani rawatan di sini," katanya. |
Posted: 20 Feb 2011 08:06 AM PST PELUMBA harapan negara, Azizulhasni Awang terpaksa melupakan hasrat beraksi di Kejohanan Dunia di Apeldoorn, Belanda pada 23-27 Mac ini selepas terbabit kemalangan ketika beraksi di siri Piala Dunia Klasik di Manchester, semalam. Ketua Pegawai Institut Sukan Negara (ISN), Kate Wallis, mengesahkan Azizul kini berada di Hospital Manchester Royal Infirmary untuk rawatan lanjut "Doktor tidak izinkan Azizul terbang pulang bagi mengurangkan risiko kecederaan dan perlu berehat lima ke tujuh hari lagi sekaligus tidak dapat beraksi di Kejohanan Dunia bulan depan," katanya.
"Azizul kini bersama dengan ketua jurulatih, John (Beasley) bagi memantau perkembangannya dan saya akan maklumkan perkembangan terkini Azizul," katanya. Sementara itu, menurut laporan diterima Azizul akan menjalani pembedahan kecil pada jam 7 malam waktu Malaysia bagi mengeluarkan serpihan kayu itu dan turut dimaklumkan pelumba kelahiran Terengganu itu tiada mengalami sebarang komplikasi lain.
Pingat gangsa itu juga memastikan Azizul mengungguli ranking pertama siri klasik Piala Dunia selepas mengumpul 28 mata. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan