Harian Metro: Arena |
Posted: 08 Feb 2011 10:06 AM PST MUNGKIN sekadar bermain psikologi, namun jika Mohd Safee Sali beraksi pada perlawanan persahabatan malam ini, barisan pertahanan Hong Kong bersedia untuk merantai pergerakan penyerang kebangsaan itu. Ketua jurulatih Hong Kong, Tsang Wai Chung memilih pemain menyarung jersi nombor 10 itu sebagai satu ancaman besar.
"Saya membawa 20 pemain ke sini untuk mencabar juara Asean, saya melihat aksi Malaysia di televisyen pada kejohanan Piala AFF dan mereka bermain sangat bagus. Saya harap perlawanan dengan Malaysia memberikan pengalaman baik untuk pemain saya.
"Pemain nombor 10 (Safee) akan bermain?...Oh 'bad luck! (nasib tak baik)" kata Wai Chung sebelum membawa pasukannya menjalani latihan di Stadium Shah Alam yang menjadi lokasi perlawanan malam ini.
"Tidak ada pemain dalam skuad Hong Kong sekarang yang beraksi di liga luar negara, cuma ada seorang yang bermain di liga China tapi dia tidak dapat bersama kerana cedera. Purata umur pemain adalah 24 tahun dan ada di antara mereka pernah bermain di Sukan Asia Guangzhou.
|
Posted: 08 Feb 2011 10:05 AM PST MEMETIK laporan disiarkan dalam laman web rasmi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Safee akan menerima gaji bulanan sebanyak AS$10,000 (RM30,360) sebulan daripada Pelita Jaya, manakala FAS menerima pampasan AS$30,000 (RM91,080) bagi menebus baki kontrak pemain itu yang sepatutnya berakhir Disember ini. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan