Harian Metro: Arena |
Posted: 15 Feb 2011 10:12 AM PST LAWATAN wakil Majlis Sukan Negara (MSN) ke Ranau minggu lalu merumuskan bahawa Kompleks Sukan Ranau belum bersedia untuk menjadi lokasi program latihan Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM). Menurut Ketua Pengarah MSN, Datuk Zolkples Embong, walaupun kompleks dibina sejak 2007 itu sudah mempunyai trek, namun ia masih belum mempunyai sijil layak menduduki (CF) atau dipanggil Occupation Certificate (OC) di Sabah.
"Pihak MSN sudah menghantar satu pasukan meninjau keadaan Kompleks Sukan Ranau minggu lalu. Lawatan itu turut disertai wakil Kementerian Belia dan Sukan Negeri Sabah, Lembaga Sukan Negeri Sabah, Majlis Sukan Negeri dan pihak kontraktor.
Kesungguhan KOAM itu mengundang rasa kurang senang Zolkples yang mempertikaikan badan induk olahraga tanah air itu sebelum ini cukup mementingkan sijil pengiktirafan gelanggang latihan.
|
KOAM sedia cari gelanggang latihan alternatif Posted: 15 Feb 2011 10:10 AM PST SELEPAS bersungguh-sungguh menafikan pendedahan Arena Metro mengenai Kompleks Sukan Ranau yang belum siap sepenuhnya sebelum ini, akhirnya Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) tidak dapat lari daripada kenyataan sebenar. Ini berikutan badan induk olahraga tanah air itu akan mencari alternatif baru bagi atlet mereka menjalani latihan, jika kompleks sukan yang dibina pada 2007 gagal mendapatkan Sijil Layak Menduduki (CF) sementara menjelang April ini.
"Kita tidak boleh membiarkan atlet olahraga menangguhkan latihan mereka terlalu lama (kerana Sukan SEA 2011 di Indonesia berlangsung pada November ini) memandangkan banyak pihak meletakkan harapan tinggi untuk atlet negara membawa balik pingat emas pada kejohanan itu nanti," katanya sebagai memetik laporan dari Bernama.
KOAM sebelum ini mengambil keputusan menjadikan kompleks itu sebagai lokasi latihan persiapan 15 atlet yang akan menyertai Sukan SEA 2011.
Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek pula dilapor akan meninjau sendiri kompleks tersebut berikutan laporan bercanggah diterimanya daripada KOAM dan LSNS.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan