Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Chelsea perit

Posted: 15 Feb 2011 12:06 PM PST

Sukan

pix_gal0
Kini hanya tumpu perebutan empat pasukan terbaik

LONDON: Wajah muram Carlo Anceloti (gambar kecil), awal pagi semalam menceritakan betapa perit dia menyaksikan Chelsea mencicirkan lagi mata berharga selepas seri 0-0 ketika menentang Fulham di Craven Cottage, awal pagi semalam.

Selepas itu, dia tampil membuat kenyataan The Blues boleh melupakan impian memburu mahkota kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL), musim ini apabila beranggapan 12 mata di belakang pendahulu, Manchester United sebagai satu jarak yang jauh untuk dikejar. "Pada ketika ini 12 mata terlalu jauh. Sasaran kami adalah menjuarai Piala FA dan beraksi lebih bertenaga dalam Liga Juara-Juara Eropah.

"Chelsea ketika ini mahu pantas kembali merampas kelompok empat teratas EPL. Misi ini lebih penting," katanya.

Tambah perit, Chelsea seakan-akan kehilangan semua mata dalam perlawanan itu apabila Fulham mendapat sepakan penalti pada minit terakhir. Tetapi penjaga gol, Petr Cech muncul wira menyelamatkan rembatan Clint Dempsey. - Agensi


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Misi sekat Messi: Walcott

Posted: 15 Feb 2011 12:03 PM PST

Sukan

ILUSTRASI katun Theo Wilcott (kiri) dan Lionel Messi

ILUSTRASI katun Theo Wilcott (kiri) dan Lionel Messi

LONDON: Penyerang lincah Arsenal, Theo Walcott beranggapan sengat bintang Barcelona FC, Lionel Messi depan pintu gol masih berbisa dan harus disekat dengan bijak dalam pertemuan pusingan 16, Liga Juara-Juara Eropah di Emirates, hari ini (awal pagi Khamis waktu Malaysia).

"Messi pemain amat menakjubkan dan igauan kepada mana-mana pasukan. Arsenal harus bertindak mengekang gempuran pemain ini kerana Messi adalah pemain terbaik dunia ketika ini," kata Walcott.

Barcelona membelasah Arsenal 4-1 dalam saingan peringkat sama, musim lalu dan pemain muda England itu menegur rakan sepasukan agar pisang tidak berbuah dua kali kerana semua gol lawan adalah sumbangan Messi. "Kita harus perbaiki kepincangan, musim lalu dan tidak boleh lebih buruk daripada itu apa lagi di halaman sendiri," kata Walcott.

Sementara itu, penyerang Barcelona, David Villa berkata: 'Messi adalah raksasa. Jika Arsenal memberi tumpuan menyekat dia ia akan memudahkan tugasan pemain lain meledak gawang lawan.

"Barcelona dan Arsenal bermain bola sepak terbaik di Eropah dan ini mungkin antara pemain terbaik di dunia." - Agensi


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan