Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Memang berbaloi

Posted:

Memang berbaloi

Memang berbaloi


SUAREZ meledak gol kedua Liverpool ketika menentang Stoke City pada aksi Liga Perdana England di Anfield, kelmarin. Liverpool menang 2-0.


LIVERPOOL – Penyokong Liverpool kini boleh melupakan penghijrahan Fernando Torres ke Chelsea.

Penggantinya, David Suarez sudah membuktikan

kehadirannya di Anfield adalah berbaloi dan dia mampu

menjalankan tugas yang ditinggalkan oleh Torres itu dengan baik.

Belum pun sampai 24 jam bertapak di 'kampung' barunya itu, dia sudah mencipta nama.

Ketika dimasukkan sebagai pemain gantian di separuh masa kedua pada aksi menentang Stoke City kelmarin, pemain yang baru dibeli dari Ajax Amsterdam itu terus mencatat nama sebagai penjaring bagi menghadiahkan kemenangan 2-0 kepada Liverpool.

Suarez menjaringkan gol kedua pada minit ke-79 selepas Raul Meireles membuka jaringan buat Liverpool pada minit ke-47.

Pengurus Liverpool, Kenny Dalglish percaya Suarez

mampu memberikan impak yang besar kepada skuad

kendaliannya itu dalam baki saingan Liga Perdana England musim ini.

Jaringan yang dilakukan Suarez itu sekali gus menebus kekecewaan yang dialami penyokong-penyokong skuad The Reds selepas bintang sensasi mereka, Fernando Torres berhijrah ke Chelsea.

Ternyata, nilai yang dibayar Liverpool berjumlah £22.6 juta (RM111.493 juta) untuk membawa masuk Suarez

dari Ajax Amsterdam, Isnin lalu benar-benar berbaloi apabila dia kini dianggap sebagai wira baru mereka.

Ekoran prestasi konsisten yang dipamerkan Suarez itu, dia dijangka diturunkan dalam kesebelasan utama The Reds pada aksi pertemuan menentang Chelsea, Ahad ini.

Malah, Dalglish yakin penyerang antarabangsa Uruguay itu mampu sesuaikan diri dengan corak permainan di England dengan baik.

"Dia mendapat permit bekerja pada Selasa lalu dan hari ini (awal pagi semalam) dia terus beraksi dalam pasukan. Wajahnya cukup ceria sebaik berhijrah ke sini (Anfield), dan saya berharap dia dapat menyesuaikan diri dengan corak permainan kami," jelas Dalglish. – AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Brendan sedia timbang tawaran

Posted:

Brendan sedia timbang tawaran

Brendan sedia timbang tawaran


BRENDAN (kiri) bertindak sebagai nadi di jentera tengah Sydney FC dalam saingan Liga Australia.


JIKA Indonesia berbangga dengan pemain natrulisasinya dari Belanda, Irfan Bachdim, kini Malaysia juga mampu menguatkan lagi skuad kebangsaan dengan seorang pemain kelahiran Australia, Brendan Gan.

Pemain tengah Sydney FC itu kacukan Australia/Malaysia kini beraksi dalam Liga A Australia.

Pemain berusia 22 tahun ini dilahirkan dan dibesarkan di Sydney tetapi bapanya berasal dari Seremban, Negeri Sembilan.

Mengikut peraturan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), dia layak mewakili Malaysia.


SELAIN menjadi penggerak di bahagian tengah, Brendan juga boleh beraksi sebagai pemain sayap.


Baru-baru ini, Brendan sempat menonton aksi skuad bola sepak negara menerusi siaran langsung ketika saingan Piala Suzuki AFF 2010 dan dia mengakui kagum dengan corak serta taktikal yang dipraktikkan ketua jurulatih, K. Rajagobal.

Dalam satu temu bual khas dengan Astro Awani baru-baru ini, Brendan juga menegaskan bahawa kelab yang diwakilinya sekarang memberinya galakan beraksi dengan skuad kebangsaan Malaysia jika Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengambil keputusan memanggilnya.

Brendan selesa bermain di bahagian tengah, namun dia juga berupaya beraksi di bahagian sayap kanan dan kiri.

Mungkin FAM kini boleh menghantar jurulatih, Rajagobal atau jurulatih Harimau Muda A, Ong Kim Swee ke Sydney untuk meninjau dan melihat sendiri kemampuan Brendan beraksi dalam saingan Liga A Australia.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad sebelum ini mengesahkan bahawa badan induk bola sepak negara itu akan segera menghubungi Sydney FC bagi mendapatkan butiran terperinci mengenai Brendan sebelum memanggilnya untuk tugasan antarabangsa.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

'Saya akan tengok sendiri di Ranau'

Posted:

'Saya akan tengok sendiri di Ranau'

'Saya akan tengok sendiri di Ranau'


AHMAD SHABERY (kiri) berkata sesuatu kepada Shahidan selepas melancarkan Tahun Industri Sukan 2011/12 di Bukit Jalil bulan lalu.


MENTERI Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek akan turun padang dalam masa terdekat untuk meninjau dan melihat sendiri Kompleks Sukan Ranau di Sabah ekoran percanggahan laporan mengenai kemudahan yang terdapat di sana.

Ini berikutan laporan berbeza yang diterima oleh Kementerian Belia dan Sukan daripada Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) dan laporan akhbar yang memetik Lembaga Sukan Negeri Sabah (LSNS).

Sebelum ini, KOAM telah mengambil keputusan untuk menjadikan kompleks berkenaan sebagai lokasi pilihan latihan persiapan 15 atlet dan lima jurulatih olahraga ke Sukan SEA 2011 di Indonesia, November depan.

"Saya difahamkan, KOAM buat taklimat kepada kementerian semuanya telah selesai tetapi saya dengar laporan yang bercanggah. Bagaimanapun, saya tidak boleh bergantung apa yang dipaparkan dalam akhbar.

"Oleh sebab itu saya sendiri akan ke sana untuk melihat sendiri kemudahan yang ada dan kenapa perlu diadakan di sana berbanding di Kuala Lumpur," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina di Kampung Tengah, Kemaman semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai lapo- ran berbeza yang diberikan oleh KOAM dan LSNS mengenai status pembinaan Kompleks Sukan Ranau.

Ahmad Shabery berkata, sekiranya kemudahan di kompleks itu masih belum siap sepenuhnya, maka kemungkinan latihan atlet olahraga itu akan dijalankan di Kompleks Sukan Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Sebelum ini, laporan akhbar memetik Pengurus Besar LSNS, Mahmood Kalong sebagai berkata, kompleks sukan itu masih tidak dilengkapi kemudahan asas seperti bekalan air, elektrik dan jalan raya manakala gimnasium tidak terdapat dalam pelan pembinaan itu.

Kompleks itu mula dibina pada 2007 dan hanya akan siap sepe- nuhnya April depan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan