Utusan Online - Sukan |
Posted: Atlet belum boleh berlatihRANAU - Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) akan mencari alternatif baru bagi atletnya menjalani latihan, jika Kompleks Sukan Ranau gagal memperoleh Sijil Layak Menduduki (CF) sementara. Presidennya, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, pada masa yang sama pihaknya telah meminta Persatuan Olahraga Sabah membantu menyelesaikan isu tersebut dengan Majlis Daerah Ranau. "Kita tidak boleh membiarkan atlet olahraga menangguhkan latihan mereka terlalu lama (kerana Sukan SEA 2011 di Indonesia berlangsung pada November ini) memandangkan banyak pihak meletakkan harapan tinggi untuk atlet negara membawa balik pingat emas pada kejohanan itu nanti," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau keadaan kompleks tersebut di sini, kelmarin. Shahidan memberitahu, kumpulan pertama membabitkan enam atlet berjalan kaki akan memulakan latihan mereka di kompleks itu dalam tempoh dua hari lagi. ''KOAM akan pastikan kompleks itu mempunyai bilik persalinan serta kemudahan gimnasium sebelum kesemua atlet olahraga tiba untuk menjalani latihan mereka," katanya. Menurut Shahidan, sesi latihan di kompleks itu hanya untuk jangka pendek iaitu antara dua hingga tiga bulan sebagai persiapan atlet menghadapi kejohanan di luar negara. "Cuaca dingin, di sini akan memberi kelebihan kepada atlet kita berlatih dengan lebih lama berbanding biasa, walaupun pada waktu tengah hari. Saya harap dengan kelebihan tersebut atlet mampu meningkatkan keupayaan masing-masing bagi memperbaiki pencapaian mereka," katanya. KOAM sebelum ini mengambil keputusan menjadikan kompleks itu sebagai lokasi latihan persiapan 15 atletnya yang akan menyertai Sukan SEA 2011. Bagaimanapun, sebelum ini media melaporkan Pengurus Besar Lembaga Sukan Negeri Sabah (LSNS) Mahmood Kalong sebagai berkata, kompleks itu tidak dilengkapi kemudahan asas seperti bekalan elektrik dan jalan raya selain tidak mempunyai gimnasium. Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek pula dilapor akan meninjau sendiri kompleks tersebut berikutan laporan bercanggah yang diterimanya daripada KOAM dan LSNS. Ahmad Shabery berkata, kemungkinan atlet olahraga akan menjalani latihan mereka di Kompleks Sukan Bukit Jalil di Kuala Lumpur jika didapati Kompleks Sukan Ranau tidak siap sepenuhnya. Kompleks sukan tersebut mula dibina pada 2007 dan dijangka siap sepenuhnya April ini. - Bernama |

You are subscribed to email updates from Utusan Online - Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan