Harian Metro: Arena

sumber :-

Harian Metro: Arena


Beng Hai terap disiplin tinggi

Posted: 26 Mar 2011 11:16 AM PDT

ROMBAKAN dalam sistem kejurulatihan skuad hoki negara oleh Persekutuan Hoki Malaysia (PHM) menyaksikan Tai Beng Hai kini kembali memikul tugas sebagai ketua jurulatih negara menggantikan Stephen Van Huizen yang diberi tugas lebih mencabar sebagai Koordinator Pasukan Kejurulatihan. Pernah memikul tugas sama dua tahun lalu, namun situasi ketika ini agak berbeza.

Apa tidaknya, dengan rekod cemerlang skuad negara di bawah kendalian Stephen apabila berjaya merangkul pingat perak di Sukan Asia Guangzhou, pastinya beban Beng Hai kali ini tampak sangat mencabar kerana harapan besar disandarkan di bahunya untuk mencari sentuhan terbaik bagi memastikan skuad negara layak ke Sukan Olimpik, tahun depan. Ikuti temubual wartawan Metro Ahad, SAIFUL AFFENDY SAPRAN bersama bekas pemain pertahanan negara.


METRO AHAD (MA): Selepas dimaklumkan anda menggantikan Stephen, bagaimana perasaan anda ketika itu?

TAI BENG HAI (TBH): Saya rasa tanggungjawab bertambah berat. Itu yang pertama terlintas dalam fikiran kerana saya sedar perlu pastikan skuad negara layak ke Sukan Olimpik London 2012 menerusi pusingan kelayakan yang akan berlangsung awal tahun depan. Sepatutnya, tugas itu dapat diselesaikan ketika Sukan Asia lalu, tapi malangnya skuad negara tewas pada perlawanan akhir menentang Pakistan. Meskipun rasa berat, tapi bagi saya bukanlah sesuatu yang mustahil untuk skuad negara layak ke Sukan Olimpik.


MA: Mungkinkah anda akan melakukan perubahan dalam skuad atau masih mengekalkan corak latihan Stephen?

TBH: Sebenarnya sudah ada perancangan jangka panjang untuk skuad negara sejak 2009 dengan ketika itu tumpuan diberi sepenuhnya untuk persiapan Sukan Komanwel serta Sukan Asia. Ketika itu juga, kita cuba mengubah pemikiran pemain dengan meletakkan disiplin sebagai teras utama jika mahu terus berada dalam skuad. Tanpa disiplin, saya percaya apa juga jenis sukan sekali pun, ia pasti tidak dapat mencapai sasaran ditetapkan. Kini saya akan meneruskan corak latihan sebegitu.

MA: Apa sebenarnya yang anda mahukan daripada pemain dalam misi layak ke Sukan Olimpik?

TBH: Seperti saya katakan tadi, saya mahu mereka berdisiplin selain komited dengan tanggungjawab yang dipikul di bahu mereka kerana harapan terhadap mereka amat tinggi. Bagi saya, kalau mereka berstatus pemain bintang sekalipun, tapi tak berdisiplin, apa guna mereka ada dalam pasukan.

MA: Jadi, skuad yang meraih pingat perak di Sukan Asia lalu adalah antara yang terbaik dan berdisiplin tinggi, begitu?

TBH: Saya boleh katakan mereka antara yang benar-benar mahu bermain dan sedar tanggungjawab mereka kepada negara. Kesungguhan mereka dapat saya saksikan sendiri ketika Sukan Asia lalu. Meskipun pada satu masa ketinggalan gol berbanding pasukan lawan, mereka tidak mudah menyerah kalah sebaliknya segera bangkit.

MA: Bagi Sukan Olimpik, apa strategi yang anda mahu lakukan bagi memastikan Malaysia layak ke temasya itu?

TBH: Skuad negara perlukan antara 40 hingga 50 perlawanan kompetitif untuk benar-benar bersedia menghadapi kelayakan Sukan Olimpik. Dalam tempoh kira-kira setahun ini, saya kira mereka boleh mengharungi semua perlawanan itu menerusi beberapa kejohanan yang disertai skuad negara. Antaranya Piala Sultan Azlan Shah Mei depan, diikuti kejohanan jemputan empat negara pada Jun serta Cabaran Juara-Juara 1. Walaupun tumpuan utama di kelayakan Sukan Olimpik, kami tetap akan melakukan yang terbaik pada kejohanan lain.

MA: Mengapa anda mengambil pendekatan memilih beberapa pemain muda untuk dipanggil menyertai sesi latihan skuad negara?

TBH: Saya menilai mereka ketika saingan Liga Hoki Malaysia yang lalu. Saya nampak kesungguhan dan keinginan mereka dalam pasukan. Meskipun muda, aksi mereka cukup mengagumkan saya. Sebab itu saya memilih mereka. Lagipun, kita perlukan skuad pelapis untuk menggantikan barisan pemain senior sedia ada. Kita tidak boleh mengharapkan pemain senior selama-lamanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Vettel duduki petak pertama

Posted: 26 Mar 2011 11:13 AM PDT

MELBOURNE: Juara dunia dari Red Bull, Sebastian Vettel memulakan kempen mempertahankan kejuaraan penuh bergaya apabila dia menguasai sesi kelayakan untuk meraih petak utama bagi perlumbaan pembuka tirai musim, Grand Prix Australia, hari ini.

Pemandu Jerman berusia 23 tahun itu melakar masa terpantas dalam semua tiga sesi, meninggalkan pencabarnya di belakang dengan catatan satu minit 23.529 saat, lebih setengah saat pantas daripada catatannya tahun lalu dan 0.778 lebih pantas berbanding pemandu Britain, Lewis Hamilton.


"Sekalipun jurang kelihatan agak besar, ia satu musim yang panjang dan banyak perkara boleh berlaku," kata Vettel, yang gagal menamatkan perlumbaan tahun lalu.

"Ia satu posisi yang bagus dan saya amat gembira dengannya tapi kami perlu berhati-hati." Catatan lewat Hamilton 1:24.307 dengan jentera McLaren menafikan rakan sepasukan Vettel, Mark Webber (1:24.395) daripada barisan hadapan grid, meninggalkan pemandu Australia itu sebaris dengan Jenson Button dalam jentera kedua McLaren (1:24.779).


Juara dunia dua kali dari Ferrari, Fernando Alonso meraih tempat di barisan ketiga dengan kedudukan kelima di samping pemandu Renault, Vitaly Petrov.


"Jika anda lihat kepantasan Sebastian, ia bermakna mereka pada satu tahap berbeza dalam sesi kelayakan, sama ada ia sama pada perlumbaan sebenar saya tidak tahu," kata Button, juara di Melbourne bagi tempoh dua tahun terakhir. - Reuters

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen