Harian Metro: Arena

sumber :-

Harian Metro: Arena


Tidak patut lewat

Posted: 06 Apr 2011 12:19 PM PDT

KANTUNG Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) rupa-rupanya sudah lama berisi apabila duit penajaan jutaan ringgit daripada Astro Media sudah diterima badan induk bola sepak tanah air itu seperti yang dijanjikan.

Namun jika melihat kepada kelancaran perjanjian penajaan Astro Media yang membabitkan jumlah RM220 juta bagi tempoh empat tahun itu sepatutnya kelewatan pengagihan geran tahunan kepada ahli gabungannya yang bersaing dalam Liga Malaysia tahun ini tidak sepatutnya berlaku.


Timbalan Presidennya, Tan Sri Annuar Musa (gambar) yang juga pengerusi Liga Super Malaysia (MSL) berkata, jawatankuasanya sudah menyerahkan kertas cadangan mengenai jumlah geran tahunan baru itu kepada Jawatankuasa Pengurusan dan Kewangan untuk mendapat kelulusan namun setakat ini belum mendapat sebarang kata putus.

"Duit penajaan sudah diserahkan kepada FAM dan MSL sudah membuat perakuan mengenai jumlah geran baru itu kepada Jawatankuasa Pengurusan dan Kewangan, terpulang kepada jawatankuasa itu untuk membuat keputusan sewajarnya.


"Memang perkara ini sudah agak lama dan geran ini sepatutnya kalau boleh diberikan pada awal musim dan bagi pihak jawatankuasa MSL yang menguruskan wang penajaan ini sudah melaksanakan tugas yang sepatutnya," katanya yang dihubungi Arena Metro semalam.


Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan Arena Metro semalam mengenai rasa tidak puas hati pengurusan pasukan Liga Super dan Liga Perdana berikutan kelewatan FAM menyerahkan geran tahunan sedangkan saingan pusingan pertama liga musim ini hampir berakhir.

Ketiadaan geran tahunan itu menyebabkan pasukan terbabit mengalami masalah kewangan dalam menguruskan perbelanjaan pasukan serta program pembangunan peringkat akar umbi yang sedang dan mahu dilaksanakan.


Dan Annuar sendiri mengakui menyedari masalah itu menerusi rungutan yang disuarakan ahli gabungan FAM sebelum ini.

"Memang ada persatuan negeri membuat rayuan mengenai geran tahunan ini, mereka ada menghubungi saya. Saya harap perkara ini dapat diselesaikan," katanya yang menjadi orang penting dalam menarik penajaan baru untuk FAM.


Sebelum ini, FAM memperuntukkan geran tahunan berjumlah antara RM100,000 hingga RM300,000 untuk pasukan yang bertanding dalam Liga Super dan Liga Perdana. Separuh daripada jumlah itu diberikan sebelum saingan liga bermula manakala bakinya pada pertengahan liga.


Dengan jumlah penajaan merangkumi hak penyiaran bernilai RM30 juta setiap tahun mulai 2011 dan tambahan RM100 juta bagi kegiatan promosi oleh stesen satelit berbayar, Astro bersama FAM, sepatutnya tidak menjadi masalah untuk badan induk itu menyalurkan geran tahunan seperti yang dilakukan sebelum ini.


Jumlah penajaan itu lebih besar berbanding apa yang diterima FAM daripada Telekom Malaysia yang dilaporkan berjumlah RM8.5 juta setahun sejak 2002.


Manakala Dunhill yang menjadi penaja utama bermula pada 1989 memberikan kira-kira RM33 juta untuk badan induk bola sepak negara itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Azraai makin tertekan

Posted: 06 Apr 2011 12:12 PM PDT

TEKANAN kian dirasakan Ketua Jurulatih Negeri Sembilan, Mohd Azraai Khor Abdullah, selepas impiannya untuk melihat skuad kendaliannya itu mencatat kemenangan pertama sebaik mula mengambilalih tugas daripada Wan Jamak Wan Hassan, 22 Mac lalu, tidak kesampaian apabila tumpas kepada Kuala Lumpur, 0-1, dalam saingan Liga Super, di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, malam kelmarin.

Malah ia adalah kekalahan kedua Negeri Sembilan kepada pasukan Lembah Klang itu selepas diaibkan pada saingan Piala FA di gelanggang sama pertengahan bulan lalu, yang sekali gus menyaksikan Negeri Sembilan gagal mempertahankan trofi kejuaraan kalah mati itu.


Walaupun Negeri Sembilan dapat menurunkan kesebelasan terbaik termasuk gandingan penyerang kebangsaan dan berpengalaman, Ahmad Fakhri Saarani dan Hairuddin Omar yang menerajui barisan depan, namun jentera pasukan dikemudi pemain tengah berpengalaman, Mohd Shukor Adan, dilihat serba tidak menjadi.

Malah tiada percubaan berbahaya daripada barisan depan skuad Hoben Jang Hoben untuk menguji benteng Kuala Lumpur, sebaliknya banyak gerakan dilakukan tuan rumah berjaya dipatahkan benteng pasukan pelawat. Azraai ketika ditemui sebaik tamat perlawanan mengakui kecewa dengan keputusan perlawanan itu ketika dia amat mengharapkan anak buahnya bangkit mencatat kemenangan selepas sekadar seri dengan Terengganu, Selasa lalu.


"Pemain sepatutnya berupaya untuk bangkit dengan persembahan lebih bertenaga dan mencatat kemenangan tetapi sebaliknya apabila persembahan yang mereka pamerkan serba tidak menjadi. Cubaan kita menurunkan beberapa pemain muda antaranya Ahmad Aminuddin Shaharuddin bagi membantu di posisi pertahanan juga tidak berkesan.


"Pemain nyata mensia-siakan peluang dan kelebihan beraksi di halaman sendiri apabila pelawat pulang ceria selepas meraih tiga mata. Hakikatnya kita tidak punya banyak masa untuk memperbaiki keadaan kecuali setiap pemain berusaha memberikan persembahan cemerlang pada perlawanan berikutnya dan memastikan pasukan meraih keputusan memuaskan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan