Utusan Online - Sukan |
'Proton hanya mahu promosi Lotus' Posted: 'Proton hanya mahu promosi Lotus'Oleh: AIZAWATI AHMAD
SHAH ALAM - Pengarah Urusan Kumpulan Proton Holdings Berhad, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, penglibatan syarikat pembuat kereta nasional itu dalam Formula Satu (F1) merupakan strategi pemasaran bagi mempromosi jenama kereta sport, Lotus pada peringkat antarabangsa. Malah, katanya Proton tidak berhasrat untuk menceburi sukan pemotoran itu secara langsung, sebaliknya hanya mahu mengembangkan jenama Lotus semata-mata. "Kami tidak pernah kata bahawa kami sebuah syarikat Malaysia mahu terbabit dalam F1. Ia hanya melibatkan Lotus dan sudah tentu sebagai pemegang saham, Proton yang merupakan sebuah syarikat nasional, secara tidak langsung turut mengaitkan nama Malaysia dalam usahasama ini," katanya. Beliau berkata demikian selepas lawatan pasukan Lotus-Renault ke Pusat Kecemerlangan Proton di sini, semalam. Turut serta pada lawatan itu ialah Pengarah Urusan dan Prinsipal Pasukan, Eric Boullier, pemandu Lotus-Renault, Vitaly Petrov, pemandu simpanan, Bruno Senna serta duta jenama Lotus yang juga legenda F1, Jean Alesi. Menurut Syed Zainal Abidin, pihaknya lebih selesa penglibatan Lotus dalam F1 dapat dilakukan secara sistematik dan tersusun. Jelasnya, sungguhpun Lotus merupakan jenama yang terkemuka, syarikat masih memerlukan strategi pemasaran yang berkesan bagi mempromosi lima kereta baru yang akan dipasarkan. "Kami perlu memulakan perjalanan ini untuk mempromosi jenama kelima-lima kenderaan baru kami yang bakal berada di pasaran. "Jadi, ini merupakan keputusan yang lebih bersangkut-paut dengan hal ehwal perniagaan kerana kami yakin F1 mampu memperkenalkan jenama Lotus. Langkah yang sama dilakukan Ferarri dan Mercedes," ujarnya. Sementara itu, Boullier yang menjawab mengenai ketiadaan Nick Heidfeld pada lawatan tersebut berkata, pemandu Jerman itu tidak sihat dan memerlukan rehat yang cukup untuk perlumbaan Ahad ini. Mengenai perlumbaan di Sepang, Petrov lebih senang merendah diri sambil menyifatkan perlumbaan di Sepang amat sukar. "Sepang sebuah litar yang hebat, sukar untuk meramal apa yang akan berlaku, namun kami berada pada kedudukan yang mantap dan akan cuba menyaingi pasukan lain,'' katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
Sistem KERS: Red Bull buat keputusan hari ini Posted: Sistem KERS: Red Bull buat keputusan hari iniSEPANG - Pasukan Red Bull Racing akan membuat keputusan sama ada akan menggunakan sistem pendorong kuasa KERS semasa sesi latihan hari ini, setelah tidak menggunakannya pada pembukaan musim baru perlumbaan Formula 1 di Melbourne. Pengurus Red Bull Racing, Christian Horner berkata, sistem tersebut akan diuji esok bagi menentukan strategi yang akan diguna pada perlumbaan Ahad ini. ''Keadaan sirkit di Melbourne berbeza dengan Sepang. Di sini, sirkitnya memiliki lebih banyak laluan lurus yang memerlukan daya pecutan yang kuat. ''Kita akan uji dan buat keputusan esok,'' katanya kepada wartawan Malaysia semasa ditemui pada majlis pengumuman pemasaran kereta jenama Infinity ke Malaysia di Litar F1 Sepang, semalam. Infinity adalah penaja Red Bull Racing. Red Bull telah mengejutkan penggemar sukan tersebut apabila tidak menggunakan sistem KERS pada perlumbaan Grand Prix Melbourne tetapi pelumbanya, Sebastian Vettel masih mampu mencatatkan kemenangan selesa. Vettel memenangi perlumbaan tersebut dan berada 0.8 saat di hadapan pesaingnya, Lewis Hamilton dari pasukan McLaren. Seorang lagi pelumba Red Bull, Mark Webber bagaimanapun, menamatkan perlumbaan di tangga kelima. Difahamkan, Red Bull menghadapi masalah dengan sistem yang berasaskan bateri berat semasa sesi latihan dan memilih untuk menggunakan pendorong kelajuan tidak selanjar (intermittent) bagi mencapai keseimbangan di sekitar sikirt jalanan Albert Park. Horner berkata, cabaran lain bagi dua pelumba Red Bull itu ialah suhu dan cuaca yang panas tetapi Sepang sememangnya telah diketahui sedemikian. ''Para pelumba telah datang awal dari Australia bagi membiasakan diri dengan cuaca panas. Berdasarkan ramalan kaji cuaca yang kami terima, terdapat kemungkinan 35 peratus akan hujan bermula pukul 4 petang Ahad ini. ''Apa pun keadaan, kami bersedia termasuk dengan tayar Pirelli yang didapati memberi prestasi lebih baik daripada yang dijangkakan semasa di Australia,'' katanya. Tayar Pirelli tersebut kata Horner, yang mengandungi kandungan serupa yang akan diguna pada Grand Prix Malaysia Ahad ini walaupun cuaca dan keadaan sirkit akan memberi cabaran baru kepada prestasi tayar. Menurutnya, kedua-dua pelumba Red Bull dalam keadaan yang sihat dan bakal memberi persembahan terbaik untuk memastikan matlamat dicapai iaitu mengungguli kedudukan satu dan dua. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan