Harian Metro: Arena

sumber :-

Harian Metro: Arena


PKNS bengang

Posted: 23 May 2011 12:18 PM PDT

"KALAU lembu dipegang pada tali, manusia pula janjinya." Itulah harapan Kelab Bola Sepak Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (Selangor PKNS) yang tetap menganggap tiket ke Liga Super musim depan menjadi milik mereka selaku juara Liga Perdana 2011.

Menurut setiausaha, Mahfizul Rusydin Abdul Rashid pada awal musim ini, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memaklumkan dua pasukan di tempat teratas Liga Perdana bakal beraksi di Liga Super musim depan.


"Kami tetap menganggap format itu kekal digunakan untuk saingan musim depan kerana sehingga kini tiada pemberitahuan secara rasmi mengenai sebarang perubahan," katanya semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kedudukan skuad bimbingan jurulatih Abdul Rahman Ibrahim musim depan selepas bergelar juara Liga Perdana, Jumaat lalu.


Nasib kelab yang menjadi ahli gabungan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) itu menimbulkan persoalan selepas pihak Malaysian Super League pada bulan lalu dilapor bercadang mengurangkan pasukan yang bersaing di Liga Super kepada 12 berbanding 14 musim ini.


Namun jumlah pasukan yang diturunkan ke liga bawahan dan percaturan untuk membolehkan pasukan dari Liga Perdana beraksi di Liga Super masih belum diputuskan secara terperinci kerana cadangan itu perlu mendapat kelulusan Exco FAM dan sekiranya dilaksanakan ia kali ketiga jumlah pasukan dalam Liga Super diubah sejak mula diperkenalkan pada 2004.

Tambah Mahfizul Rusydin lagi, jika benar badan induk bola sepak negara itu ingin perubahan, ia perlulah dilakukan secepat mungkin kerana ia membabitkan soal perancangan, peruntukan kewangan dan sebagainya.


"Malah keputusan mengenai kemungkinan penggunaan pemain import yang sepatutnya diputuskan dengan segera juga belum dimuktamadkan yang mungkin mengundang masalah buat kami mencari pemain berkualiti dan mampu membantu pasukan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Intip Lubnan

Posted: 23 May 2011 12:13 PM PDT

JURULATIH skuad Olimpik negara, Ong Kim Swee terpaksa meninggalkan anak buahnya seketika untuk berkunjung ke Istanbul, Turki awal bulan depan dalam misinya mengintip kekuatan Lubnan yang bakal mereka hadapi pada pusingan kedua kelayakan Sukan Olimpik London 2012.

Menurut Kim Swee, kunjungan ke Istanbul penting untuk menilai sejauh mana kekuatan skuad Olimpik Lubnan bagi memudahkannya mengatur strategi terbaik pada perlawanan pertama di Beirut, 19 Jun ini.


"Saya mendapat maklumat Lubnan akan bermain menentang Turki di Istanbul pada 1 Jun. Saya akan cuba mengambil kesempatan untuk menyaksikan perlawanan itu bagi mendapatkan gambaran jelas mengenai kekuatan Lubnan seperti yang saya lakukan ketika Pakistan melawan Thailand di Bangkok sebelum ini," katanya.

Beliau sedar, Lubnan bukan calang-calang pasukan, tambahan pula lawannya itu yang diletakkan selaku pasukan pilihan pada pusingan pertama melakukan persiapan rapi dengan mengatur perlawanan dengan pasukan handalan seperti Turki dan Oman.


"Saya dapat tahu daripada ejen Fifa, Lubnan mengadakan perlawanan dengan Oman dan hanya tewas 1-0. Kita tidak boleh pandang mudah kekuatan mereka dan walaupun dari segi ranking, kita lebih baik, itu tidak boleh terlalu diambil kira dalam saingan peringkat umur sebegini," katanya yang akan mula mengumpul semua pemain bagi latihan pusat bermula 29 Mei ini.


Seramai 26 pemain dipanggil untuk mengharungi dua perlawanan persahabatan menentang Kemboja di Phnom Penh 7 Jun dan Qatar di Doha 13 Jun sebagai persiapan bertemu Lubnan.

Walaupun gembira dengan prestasi pemain Harimau Muda A yang menjadi tunjang kepada skuad Olimpik, Kim Swee mengingatkan anak didiknya supaya tidak leka dengan apa yang dicapai dalam saingan Liga Super setakat ini termasuk mengikat pendahulu liga, Kelantan 2-2, kelmarin.


Pada perlawanan itu, Harimau Muda A mendahului dua kali menerusi jaringan penyerang Izzaq Faris Ramlan sebelum finalis Piala FA tahun ini itu menyamakan kedudukan menerusi S Chanturu dan Norshahrul Idlan Talaha.

"Apabila Izzaq mula menjaringkan gol secara konsisten ini akan memberi keyakinan kepada skuad Harimau Muda dan Olimpik. Saya harap Izzaq dan pemain lain dapat kekalkan prestasi kerana mereka tidak boleh terlalu yakin ketika berdepan Lubnan," kata Kim Swee.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen