Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Chelsea pecat Ancelotti

Posted:

Chelsea pecat Ancelotti

Chelsea pecat Ancelotti


ANCELOTTI dipecat awal pagi semalam.


LONDON - Chelsea telah memecat pengurus pasukan itu, Carlo Ancelotti awal pagi semalam.

Chelsea mengambil keputusan untuk memecat Ancelotti selepas penggendali dari Itali itu gagal membantu skuad The Blues memenangi sebarang gelaran musim ini.

Andre Villas-Boas yang membawa Porto menjuarai Liga Europa dan Liga Portugal dianggap calon pilihan untuk menggantikan tempat Ancelotti itu.

Turut dikaitkan ialah bekas pengurus Chelsea, Jose Mourinho yang kini merupakan jurulatih Real Madrid dan pengurus Turki, Guus Hiddink.

Pada aksi terakhir Liga Perdana England awal pagi semalam, Chelsea tewas 0-1 kepada Everton untuk menamatkan saingan musim ini di tempat kedua selepas ketinggalan sembilan mata di belakang Manchester United.

Dengan pemecatan Ancelotti itu, Chelsea sudah pun mempunyai seramai tujuh orang pengurus sejak hartawan Rusia, Roman Abramovich mengambil alih kelab London itu pada 2003.

"Chelsea dengan ini mengesahkan bahawa Ancelotti telah pun berpisah dengan kelab ini pada hari ini (semalam)," menurut satu kenyataan di laman web rasmi Chelsea kira-kira dua jam selepas tamat pertemuan dengan Everton itu.

"Pemilik kelab dan juga ahli lembaga pengarah mengucapkan terima kasih kepada Ancelotti di atas sumbangan dan pencapaiannya sejak memegang jawatan pengurus pada Julai 2009.

"Ia termasuk kejuaraan berganda musim lalu yang merupakan kali pertama berjaya dilakukan dalam sejarah kelab ini."

Jelas kenyataan itu lagi, persembahan musim ini yang jauh merosot daripada apa yang diharapkan telah membuatkan kelab berpendapat bahawa inilah masa terbaik untuk melakukan perubahan bagi menghadapi musim depan.

"Objektif jangka panjang Chelsea dan cita-cita kelab ini tidak pernah berubah. Kami kini akan memberi sepenuh tumpuan dalam mengenal pasti identiti pengurus baharu," tambah kenyataan itu.

Chelsea tampak bermula garang musim ini apabila menang kesemua lima perlawanan awal liga dengan ledakan 21 gol.

Segalanya tampak bermasalah pada November lalu apabila mereka tewas kepada Liverpool, Sunderland dan Birmingham selain beberapa keputusan seri lain yang memudahkan United mengambil alih kedudukan pendahulu. - Reuters

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Jamaluddin tak letak sasaran

Posted:

Jamaluddin tak letak sasaran

Jamaluddin tak letak sasaran

Oleh HELMI TALKAH
helmi@kosmo.com.my


JAMALUDDIN (tengah) menyampaikan sesuatu ketika menggendalikan sesi latihan pertama skuad elit sepak takraw negara bulan lalu.


KREDIBILITI ketua jurulatih baru skuad elit negara, Jamaluddin Hassan bakal diuji pada Kejohanan Sepak Takraw Persahabatan Antarabangsa di Beijing, China pada Jun ini.

Selepas dilantik bagi membimbing barisan pemain elit negara sejak Mac yang lalu, kejohanan selama enam hari itu merupakan tugas pertama Jamaluddin selaku jurulatih di pentas antarabangsa.

"Ini merupakan tugasan pertama saya. Jadi... saya tidak mahu meletakkan sasaran yang begitu tinggi kerana saya lebih gemar menjadikan kejohanan ini sebagai medan pendedahan buat pemain-pemain sejak menjalani latihan pusat bermula hujung Mac lalu.

"Namun, itu tidak bermaksud saya tidak memandang serius kejohanan ini.

"Apa-apa pun saya akan memastikan pemain-pemain yang disenaraikan untuk menyertai kejohanan kali ini tampil dengan prestasi terbaik mereka," kata Jamaluddin ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Bagi menghadapi kejohanan kali ini, lima pemain elit sudah disenaraikan untuk menggalas cabaran Malaysia iaitu Mohd. Nasiruddin Manjur Ahmad, Ahmad Sufi Mohammed Hashim, Mohamad Fadzli Muhammad Roslan, Norshahruddin Mad Ghani dan Syazreen Qamar Salehan.

Diminta mengulas mengenai status kejohanan tersebut yang dilapor masih belum mendapat kelulusan Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (Istaf), Jamaluddin berkata: "Mengenai hal tersebut biarlah pihak penganjur yang selesaikannya.

"Kami di sini (Malaysia) hanya mengikut arahan daripada PSM (Persatuan Sepak Takraw Malaysia) untuk mengambil bahagian pada kejohanan tersebut dan MSN (Majlis Sukan Negara) juga telah memberikan kelulusan untuk kami menyertainya.

"Jadi... tidak timbul soal mendapat kelulusan Istaf ataupun tidak kerana saya percaya pihak penganjur mampu mengatasi masalah tersebut dengan baik," kata Jamaluddin.

Biarpun status kejohanan yang dianjurkan Persatuan Sepak Takraw China (CSA) itu masih lagi samar-samar namun difahamkan sebanyak lapan pasukan yang turut dijemput menyertai kejohanan itu telahpun mengesahkan penyertaan mereka.

Pasukan-pasukan tersebut adalah Thailand, Myanmar, Jepun, Korea Selatan, Vietnam, China dan Singapura.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Terengganu berpeluang muncul juara berganda

Posted:

Terengganu berpeluang muncul juara berganda

Terengganu berpeluang muncul juara berganda

Oleh MUSTAPA LAKAWA
mustapa@kosmo.com.my


IRFAN (depan) mengakui Terengganu berada pada landasan yang tepat untuk memenangi trofi Liga Super dan Piala FA musim ini.


BUKAN bercakap besar tetapi secara realitinya Irfan Bakti mengakui pasukan Terengganu kini berada pada landasan yang betul untuk memenangi trofi Liga Super dan Piala FA.

Malah, Irfan yang pernah mengendali kelab Indonesia, Persipura turut menjelaskan pertembungan liga menentang Kelantan pada 6 Jun ini bakal menjadi penentu kepada peluang pasukannya untuk meraih kejuaraan berganda.

Keyakinan itu disuarakan selepas anak-anak buahnya membelasah Negeri Sembilan 3-0 untuk melonjak ke tangga kedua dalam carta Liga Super kelmarin.

Tiga mata yang diraih di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu itu meletakkan Terengganu berkongsi 44 mata bersama pendahulu, Kelantan dan hanya dibezakan dengan jumlah jaringan.

Selangor pula mengekori rapat di tempat ketiga dengan 42 mata.

"Atas kertas, memang tidak mustahil untuk kami menjuarai Liga Super dan Piala FA, namun masih terlalu awal untuk menentukan keputusan ini.

"Kami masih berbaki lima perlawanan liga untuk dilalui dengan empat daripada perlawanan itu menyaksikan kami akan turun sebagai tuan rumah termasuk pertemuan menentang Kelantan pada 6 Jun ini," katanya kepada Kosmo! semalam.

Bagaimanapun, Irfan menjelaskan dia enggan terlalu memikirkan soal cabaran yang bakal diberikan Kelantan terutamanya pada aksi final Piala FA 11 Jun ini.

Katanya, setiap perlawanan yang dilalui bermula dari pertemuan menentang Pahang esok adalah penting bagi memastikan skuad kendaliannya tidak keciciran mata.

"Saya mahu pastikan semua pemain tidak terlalu memikirkan perlawanan akhir Piala FA kerana masih banyak cabaran yang perlu kami lalui sebelum 11 Jun ini.

"Kami akan menentang pasukan-pasukan hebat seperti Pahang, Kedah, T-Team dan Kelantan sebelum aksi final di Bukit Jalil itu.

"Jadi, saya tidak mahu pemain hilang tumpuan walaupun saya sedar tekanan kini semakin kuat dirasai oleh mereka," ujarnya lagi.

Mengulas mengenai prestasi positif yang dipamerkan Abdul Manaf Mamat dan Ashaari Shamsudin dalam beberapa perlawanan terakhir ini, Irfan menganggapnya sebagai bonus tambahan kepada pasukan untuk terus kekal dalam kelompok teratas liga.

"Saya lebih suka jika semua pemain dalam pasukan ini mampu menjaringkan gol tidak kira mereka berada di posisi pertahanan atau tengah kerana ia akan memberi kelebihan kepada pasukan.

"Namun, sentuhan penyudah daripada Manaf dan Ashaari termasuk Abdul Hadi Yahya tetap ditagih penting untuk memberikan kemenangan kepada pasukan," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen