Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Bookie, jurulatih didakwa

Posted: 15 Jun 2011 12:35 PM PDT

Sukan

WARGA Singapura, K Rajendran (kanan) bersama jurulatih pasukan bola sepak Piala Presiden, T-Team Terengganu, Sufian Ngah masing-masing dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Seremban dan Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, semalam. Rajendran didakwa atas lima  pertuduhan mengatur keputusan perlawanan bola sepak membabitkan pasukan Piala Presiden T-Team  Mei tahun lalu, sementara Sufian menghadapi enam pertuduhan mengatur perlawanan  pasukannya dengan pasukan Piala Presiden Pahang tahun lalu.

WARGA Singapura, K Rajendran (kanan) bersama jurulatih pasukan bola sepak Piala Presiden, T-Team Terengganu, Sufian Ngah masing-masing dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Seremban dan Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, semalam. Rajendran didakwa atas lima pertuduhan mengatur keputusan perlawanan bola sepak membabitkan pasukan Piala Presiden T-Team Mei tahun lalu, sementara Sufian menghadapi enam pertuduhan mengatur perlawanan pasukannya dengan pasukan Piala Presiden Pahang tahun lalu.

Babitkan saingan Piala Presiden pasukan T-Team, Selangor, Pahang, NS heading

'PERANG' membasmi gejala rasuah yang kembali mencalar imej bola sepak negara diperhebatkan apabila dua watak - seorang bookie dan bekas jurulatih didakwa di tiga mahkamah berasingan, semalam di atas tuduhan mengatur keputusan perlawanan.

Ia membabitkan saingan Piala Presiden pasukan T-Team, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan, pada tahun lalu. Tertuduh, ahli perniagaan dari Singapura, K Rajendran, 51, dan bekas jurulatih T-Team, Sufian Ngah, 41, mengaku tidak bersalah terhadap semua tuduhan dan memohon untuk dibicarakan.

Di depan Hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam, M Bakri Abd Majid, Rajendran menghadapi enam tuduhan memberi suapan RM200 kepada pemain T-Team, Mohd Azwan Mat Ali, Muhammad Shariquddin Ibrahim, Mohd Nadzmeer Mohammad, Mohd Azuan Hussein, Mohd Hanifzam Muda dan Mohd Hafiz Mohd Noor untuk mengatur keputusan perlawanan pasukan T-Team dengan Selangor.

Rajendran yang juga seorang bookie bola dituduh melakukan semua kesalahan itu di Hotel Blue Wave, Shah Alam di sini, jam 7 malam, pada Mac 2010.

Mahkamah membenarkan Rajendran dijamin RM6,000 dengan seorang penjamin warga negara Malaysia dan memerintahkan pasport tertuduh diserah kepada mahkamah.
M Bakri juga membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Fadzillah Mohd Ossman memindahkan kes itu ke Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu dan turut menetapkan 30 Jun ini untuk sebutan kes.

Di depan Hakim Mahkamah Sesyen Seremban, Nursinah Adzmi, Rajendran menghadapi lima tuduhan memberi suapan RM2,000 kepada Mohd Azwan, Muhammad Shariquddin (RM5,000) dan Mohd Nadzmeer (RM4,000) serta Mohd Azuan (RM5,000) melalui Muhammad Shariquddin.

Dia yang diwakili peguam V Shanmugam juga dituduh memberi suapan RM7,000 kepada Mohd Hafiz Mohd Noor melalui Mohd Azwan sebagai upah mengatur keputusan perlawanan bola sepak pasukan T-Team dengan Negeri Sembilan di sebuah rumah di No 18, Jalan Bidara 12, Taman Bidara di sini, kira-kira jam 7 malam, Mei tahun lalu.

Nursinah membenarkan tertuduh diikat jamin RM25,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan semula kes di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu pada 30 Jun ini.

Sementara itu, di depan Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, Zainal Abidin Kamaruddin, Sufian dituduh memberi suapan kepada Mohd Azwan, Muhammad Shariquddin, Nadzmeer, Azuan, Mohd Hanifzam dan Hafiz.

Dia dituduh memberi rasuah RM1,500 seorang kepada dua pemain di sebuah rumah di Kampung Hulu Takir, Jalan Seberang Takir, di sini kira-kira jam 7 malam pada Mac 2010.

Suapan itu sebagai upah kepada dua pemain berkenaan untuk mengatur keputusan perlawanan bola sepak antara pasukan T-Team dengan Pahang.

Bagi empat tuduhan lagi, dia dituduh memberi suapan RM500 seorang kepada empat pemain skuad berkenaan untuk tujuan sama di tempat dan tarikh yang sama.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Syafinas Wan Shabudin dan tertuduh tidak diwakili peguam. Zainal Abidin menetapkan 30 Jun ini sebutan semula kes dan memberi masa tertuduh melantik peguam.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 16(b)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama, yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Devan yakin Selangor boleh

Posted: 15 Jun 2011 12:30 PM PDT

Sukan

PEMAIN Selangor, Safiq Rahim dijatuhkan pemain Felda United, Juzaili Samion pada perlawanan Liga Super di Stadium Shah Alam, kelmarin.

PEMAIN Selangor, Safiq Rahim dijatuhkan pemain Felda United, Juzaili Samion pada perlawanan Liga Super di Stadium Shah Alam, kelmarin.

Jurulatih tetap nilai Merah Kuning mampu pertahan mahkota juara

PENENTUAN Liga Super pada 6 Julai ini dianggap paling menarik pernah disaksikan.

Firasat itu diluahkan ketua jurulatih Selangor, K Devan yang melihat 'saingan sehingga ke garisan penamat' itu memberi debaran kepadanya. Namun, dia tetap berasa mahkota kejuaraan itu bakal memihak Selangor ketika peluang terbuka memburu pengiktirafan itu bersama pendahulu liga, Kelantan dan juara baru Piala FA, Terengganu.

Sasaran Devan adalah mempertahankan kejuaraan liga selain melunaskan misi untuk sekurang-kurangnya membawa pulang satu piala dalam saingan tahun ini.

"Siapa yang menang liga itu adalah yang terbaik dalam Malaysia dan dua musim lalu, Selangor adalah pasukan yang terbaik dan musim ini pun kita juga masih dalam saingan untuk menjadi juara sehingga ke akhir perlawanan.

"Saya berpuas hati dan kita tunggu saja perlawanan terakhir nanti," katanya yang tidak mahu lagi memikirkan mengenai Piala Malaysia dan mahu memberi sepenuh tumpuan dalam perlawanan terakhir Liga Super yang bakal menyaksikan pasukannya bertemu Perak di laman lawan pada 6 Julai ini.
Kelmarin, Selangor menewaskan Felda United 2-1 di Stadium Shah Alam untuk terus menghambat Kelantan yang turut menang tipis 1-0 ke atas Perak.

Devan beranggapan saingan liga amat berbeza dengan Piala FA atau pun Piala Malaysia yang mana kedua-dua kejohanan berkenaan adalah format kalah mati.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan