Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Resah dalam ceria

Posted: 19 Jun 2011 04:33 PM PDT

Sukan

AKSI pemain negara ketika menentang Myanmar kelmarin.

AKSI pemain negara ketika menentang Myanmar kelmarin.

Rajagobal gelisah lihat Aidil diusung, gembira Safee pulang perkuat Harimau Malaya

NASIB Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak yang mengalami kecederaan ketika perlawanan persahabatan menentang Myanmar kelmarin, akan dipantau ketua jurulatih Datuk K Rajagobal.

Rajagobal berkata, dia perlukan tempoh sehari untuk menilai tahap kecederaan pertahanan Negeri Sembilan itu sebelum membuat sebarang keputusan sama ada Aidil boleh diturunkan apabila berdepan Taiwan dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia, 29 Jun ini. "Aidil mengalami kecederaan di bahagian keting akibat terjahan lawan. Kebiasaannya kecederaan seperti ini hanya boleh dinilai selepas sehari. Esok (hari ini) saya akan bertemu fisioterapi untuk mengetahui keadaan Aidil," katanya ketika dihubungi, semalam.

Pertahanan tengah Harimau Malaysia yang dibelenggu kecederaan ketika persiapan skuad kebangsaan ke Sukan Asia Guangzhou 2010 tahun lalu, terpaksa dikejarkan ke hospital sebaik mengalami kecederaan ketika cuba mengasak bola di tepi padang.

Harimau Malaysia mencatat kemenangan selesa 2-0 ke atas Myanmar di Stadium Sultan Mohammad Ke-IV tetapi Rajagobal yang ceria dengan keputusan itu, tidak menyembunyikan resahnya ketika melihat Aidil diusung keluar padang, seterusnya ke dalam ambulans.

Kehilangan Aidil, selepas tonggak penyerang Norshahrul Idlan Talaha mengalami hamstring, merencatkan seketika percaturan Rajagobal untuk mempersiapkan anak buahnya menghadapi Taiwan tetapi dia dijangka mendapat nafas baru dengan kepulangan Safee Sali dari kelab Pelita Jaya dalam Liga Super Indonesia.
"Dia (Safee) akan meringankan percaturan saya, namun sandaran bukan kepada dia seorang, kita perlukan semua pemain biarpun kita tahu dia penyerang berbisa," katanya.

Dalam perlawanan persahabatan itu, dua gol Harimau Malaya dijaringkan Mohd Amirulhadi Zainal pada minit ke-27 dan Baddrol Bakhtiar pada minit ke-55.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Lin Dan diejek penonton Singapura

Posted: 19 Jun 2011 04:30 PM PDT

Sukan

Lin Dan

Lin Dan

SINGAPURA: Bintang badminton China, Lin Dan diejek penonton selepas menarik diri dan memberikan kemenangan percuma sebelum final Siri Super Terbuka Singapura, semalam.

Jaguh Olimpik dan Asia itu yang meminta maaf kepada penonton kerana tidak dapat beraksi menentang rakan senegara, Chen Jin dalam perlawanan akhir, memberi alasan mengalami selsema gastrik.

Lin Dan yang tampil di depan penonton sebaik tamat perlawanan akhir wanita yang dimenangi Wan Xin selepas menewaskan pemain Denmark, Tine Baun 21-19, 21-17, sebaliknya disambut ejekan kira-lebih 7,000 penonton di Stadium Tertutup Singapura yang berharap dapat melihat kelibat jagoan dunia itu. "Saya faham reaksi penonton tadi," kata Lin Dan. "Saya akan datang lagi ke Singapura tahun depan."

Ia adalah kali pertama dalam kariernya Lin Dan terpaksa menarik diri daripada perlawanan akhir. Difahamkan dia mula mengalami demam itu sejurus menang perlawanan separuh akhir sukar menewaskan Peter Gade Christiansen, 20-22, 21-17, 21-15.

Begitupun, keberanian Lin Dan yang tetap tampil meminta maaf kepada penonton mendapat pujian Timbalan Presiden BWF, Paisan Rangsikitpho yang menganggap pemain nombor dua itu jujur berdepan penonton.

"Memang penonton ada hak, mereka membeli tiket untuk menikmati perlawanan dan kami tidak boleh mengawal pemikiran penonton. – AFP


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen