Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Kami mampu gegar: Kim Swee

Posted: 23 Jun 2011 03:11 PM PDT

ONG Kim Swee menyuarakan rasa yakin skuad Olimpik negara mampu membuat kejutan di pusingan ketiga nanti selepas menyaksikan anak didiknya itu menewaskan Lubnan 2-1, malam tadi.

"Kita sedar pusingan ketiga nanti memang sukar, tetapi jika corak permainan sama dan disiplin tinggi dipamerkan, kita mampu membuat kejutan," kata jurulatih skuad Harimau Muda itu pada sidang akhbar di Stadium Nasional, Bukit Jalil sebaik tamat pusingan kedua kelayakan.

"Walaupun terpaksa bertahan dengan hanya 10 pemain sepanjang 40 minit terakhir, pemain menunjukkan semangat tinggi untuk menang dan sepanjang tempoh itu juga saya tetap yakin kita mampu layak.

"Selepas ini lebih banyak halangan akan dihadapi skuad muda ini dan saya anggap ia sebagai proses pembelajaran yang tidak akan habis. Ini adalah permulaan kepada bola sepak negara."

Malaysia layak atas agregat 2-1 selepas seri 0-0 dalam perlawanan pertama di Beirut, Ahad lalu.

Sementara itu, ketua jurulatih Lubnan, Samir Saad menerima dengan hati terbuka kekalahan pasukannya yang dirasakan mempunyai lebih banyak peluang berbanding tuan rumah tetapi hanya mampu menjelmakan satu gol.

"Malaysia mencipta dua atau tiga peluang pada babak pertama tetapi berjaya menjaringkan dua gol, Lubnan pula mempunyai 10 hingga 15 peluang, tetapi hanya menyempurnakan satu gol," kata Samir.
"Kami mempunyai lebih banyak peluang apabila Malaysia kehilangan seorang pemain, tetapi pasukan tuan rumah yang mendapat sokongan padu penonton bermain dengan semangat tinggi untuk mempertahankan kelebihan.

"Bagi saya secara keseluruhan, pemain saya beraksi baik sepanjang 90 minit, cuma kami banyak terlepas peluang menyamakan kedudukan."

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

adp

Tahniah buat Pasukan Negara.Saya harap kemenangan ini tidak menjadikan Pasukan Negara lupa diri kerana Pasukan lain yang menanti di pusingan ketiga bukan calang-calang.Pemain perlu tingkatkan disiplin dan moral.Terma kasih

eadie penderas

taniah pasukan malaysia teruskan perjuangan hingga layak untuk bermain world cup satu hari nanti...waa cabar luu

RICO BLUES

Sabas harimau muda malaysia kerana bermain dgn baik tapi jgn lupa perjuangan masih ada tingkatkan latihan lagi kami penyokong tetap bersama anda BOLEH BAH KALAU KAU ..... ATUR.......

Ikhwan

Malaysia mampu membuat kejutan jika permainan secara menyerang dan berani memegang boleh dengan lebih lama..pusingan ketiga bukan mustahil untuk mencipta kejutan..

hermtzet awein

Tahniah buat pasukan Olimpik malaysia..Teruskan perjuangan anda....

Nua ckt

Syabas kepada Malaysia kerana berjaya layak ke pusingan seterusnya. Walau bagaimanapun corak bermain secara bertahan dalam jangkamasa yang lama boleh membawa padah sepertimana berlaku kepada pasukan kebangsaan dalam Piala Tiger (kini Piala Suzuki)beberapa tahun dahulu. Malaysia ketika itu selesa di depan dengan agg 3-0 boleh tewas disebabkan bermain secara bertahan dalam tempoh waktu yang agak lama. Apapun kelemahan ini boleh diperbaiki dan syabas kepada Skuad Kim Swee

SkyGun

Tahniah pasukan malaysia.baru betul harimau mengaummmm....

mr. speed

Tahniah..teruskan usaha..

mohd ghazali

tahniah kepada semua pemain Harimau Malaya

fikri bakri

tahnaih kpd skuad mlaysia!!!!buat yg trbaek??

Messi

alangkah bagus jika corak permainan barca diterapkan ke dalam corak permainan malaysia. kebanyakan diorg pn x tggi sgt mcm pemain real yg kebanyakannya tggi2. short pass and trough pass yang mantap. try master yang tu dlu. kalau long pass, kita agk susah ckit nak tiru long pass diorang. chayok harimau muda!!! harap jurulatih Malaysia n Harimau Muda bca komen ni. hehehe

dan

Tanniah!malaysia.kedua pasukan mempamirkan gaya pemainan yg menarik.

Team Malaysia

Tahniah Malaysia. Malaysia Boleh. Go Go Team Malaysia.

rocka_mania888@yahoo.com

saya sayang Harimau Muda.

hantu raya

BAGUS!!! Pencapaian yg dluar jngkaan.... truskn usaha... kmi sntiasa myokong.... Bleh bha klu kau... haha...

jazz

tahniah kpd harimau muda malaysia...... tapi ingat...ini baru satu permulaan utk perjalanan yg lbh jauh dan lbh sukar

ZekZaidi Hassan

Cayalah Harimau Muda Malaya memang boleh..
Tahniah kpd semua pemain dan jurulatih.

cassandra

syabas skuad kebangsaan, kejayaan anda kejayaan semua rakyat Malaysia.

Mmuahh

TAHNIAH..!! itulah hasilnya apabila bermain dengan SEMANGAT ditambah sokongan PENYOKONG yang hebat....

imady

Tahniah untuk skuad Olimpik, semoga terus cemerlang dan layak ke pusingan akhir. Skuad senior juga perlu kuat berjuang untuk berjaya.

fahmi

tahniah skuad harimau muda ..
tp igt prestasi harus di tingkat kan lagi bg mewujudkan permainan yg lebih kualiti :D

mohd zailani

tahniah pengurusan dan pemain2 skuad olimpik malaysia kerana layak ke pusingan ketiga TETAPI perlu berpijak dibumi nyata bahawa corak permainan perlu dipertingkatkan..mutu permainan masih goyah, kawalan bola termasuk mengawal permainan dgn 10 pemain kerana separuh masa kedua..pemain lebih banyak membuat clearance liar..apa pun..TAHNIAH !

acai

Saksikan gauman harimau Malaya.....

ridznfas fasnridz

Tahniah Malaysia!!! 29 Jun ni jom sokong skuad senior pulak menentang Taiwan kelayakan piala dunia....

anuar

kesungguhan dan semangat juang yg tinggi adalah teras kejayaan pasukan malaysia.teruskan kecermelangan dan gilap lagi kebolehan yang ada .SYABAS N TAHNIAH!.

abd razak malik

terima kasih harimau malaya jasamu dikenang dinikmati seluruh rakyat malaya.

mohd yusoff

Syabas harimau Muda...

QiL

Tahniah kepada pemain skuad harimau muda... anda semua mmg hebat. chaiyok! chaiyok! chaiyok!!!!

di kocok

tahniah kpd skuad harimau malaya bwh 21 tahun kerana berjaya tewas kan lubnan.. saya kagum melihat prestasi yg d tunjukan dan bermain degan 1 pasukan dlm tempoh 90 minit walaupun bermain degan 10 pemain. taniah skali lg...

nazli bin samsudin

tahniah skuad negara kerana mengalahkan lubnan.apapun alasan lubnan,yang pastinya malaysia menang.

org kite

kejar bola.baru la.malaysia boleh pergi lebih jauh.jgn malas.stamina penting.kejayaan akan datang.

Ahmad Shafie

Memang semangat dan sokongan padu penonton sendiri membuatkan pasukan kita menang. Kita masih lemah dari segi tektikal dan kawalan bola dan stamina. Tak banyak peluang untuk menjaring gol pada 45 minit kedua kita sekadar bertahan setelah kehilangan seorang pemain. Serangan secara hantaran pendek perlu ketika kita bermain 10 orang. Di saat begini kita perlu berhati-hati. Caunter attack perlu dibuat sekali sekala. Kita tidak seharusnya bertahan secara total. Tahniah Malaysia 1

azmel

tahniah malaysia!apabila menerima kemenangan semua gembira. semoga apabila berhadapan kekalahan semua pihak boleh menerima dengan hati yang terbuka.

jamri beckam

malaysia terbaikkk

RAITH KINABATANGAN

MALAYSIA HARUS DIDEDAHKAN DENGAN DIDIKAN NAFSU DAN EMOSI YANG AGRESIF...BERJUANG 60-40 SKIL DAN EMOSI.TERIMA KASIH MALAYSIA WALAUPUN TIADA PEMAIN DARI SABAH DAN PASUKAN DIPANGGIL DENGAN HARIMAU MALAYA....

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

‘Saya sedia terima padah’

Posted: 23 Jun 2011 03:09 PM PDT

Sukan

Villas-Boas janji empat trofi untuk pemilik The Blues

LONDON: Andre Villas-Boas tampil membuat satu kenyataan yang harus memberi tekanan kepada diri sendiri.

Pengurus baru Chelsea berkata dia perlu mengetuai The Blues untuk memenangi empat gelaran bagi tujuan membuat pemilik kelab, Roman Abramovich gembira.

"Saya yakin dapat menyahut cabaran dilontar Chelsea dan kami akan memberi fokus kepada empat trofi yang harus kami menang untuk musim baru,' kata pengendali berusia 33 tahu itu, semalam. Villas-Boas sudah berjaya memenangi empat gelaran bersama FC Porto, musim lalu dan mahu mengulangi usaha itu dalam kancah Liga Perdana Inggeris yang lebih mencabar.

"Saya yakin peminat Stamford Bridge akan gembira dengan sasaran seperti ini."
"Ini satu regim pimpinan baru, satu arah baru. Tapi saya berasa pada akhirnya ia adalah usaha memberi motivasi kepada semua bangkit menjuarai gelaran untuk kelab ini."

Villas-Boas menandatangani kontrak tiga tahun bersama Chelsea dan mengerti statusnya bakal terancam andai gagal memenangi Liga Juara-Juara Eropah.
Carlo Ancelotti adalah mangsa terakhir disingkirkan pemilik dari Russia yang bergelar Red Rom itu - hanya setahun selepas pengendali berbangsa Itali itu memenangi kejuaraan berganda.

"Liga Juara-Juara tidak dimenangi oleh pasukan terbaik tetapi oleh pasukan yang bernasib baik," kata Villas-Boas. - Agensi


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan