Harian Metro: Arena

sumber :-

Harian Metro: Arena


‘Main hingga wisel penamat’

Posted: 12 Jun 2011 01:16 PM PDT

"MAIN sehingga wisel penamat ditiup". Itu amanat jurulatih Terengganu, Irfan Bakti Abu Salim yang ditunaikan barisan pemain Peteh yang menjaringkan gol kemenangan ketika perlawanan memasuki minit ke-20 masa tambahan untuk menjulang Piala FA, malam kelmarin.

Menurut jurulatih berusia 60 tahun itu, beliau sudah mengingatkan kepada pemain supaya menamatkan permainan bagi mengelak ke penentuan sepakan penalti.


"Ternyata mereka komited dan fokus dalam melaksanakannya. Malah bangkit daripada ketinggalan adalah perkara biasa yang kami sudah lakukan dalam beberapa perlawanan termasuk ketika menewaskan Pahang di separuh akhir Piala FA," katanya pada sidang media selepas perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil itu.

Tambah Irfan Bakti yang turut menjulang Piala FA ketika membimbing Pulau Pinang pada 2002, ketiadaan pemain pertahanan tengah lawan, S Subramaniam dan pemain tengah, Mohd Shakir Saari pada penghujung perlawanan membuka peluang keemasan kepada pemainnya.


"Saya tidak tahu sama ada dia (Subramaniam) benar-benar mengalami kecederaan atau sengaja melengahkan masa perlawanan namun saya rasa ketiadaannya menyebabkan ada ruang kosong ditambah pula selepas itu Mohd Shakir turut dikeluarkan," katanya.


Ketiadaan dua pemain itu nyata membawa padah apabila rembatan Abdul Manaf Mamat yang gagal ditampan kemas penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat yang kemudiannya ditanduk masuk ke gawang sendiri oleh Mohd Daudsu Jamaludin, membolehkan Terengganu menafikan gol awal Kelantan, Mohd Nurul Azwan Roya.

Irfan bagaimanapun mengakui pada peringkat awal terdapat pemainnya yang takut untuk memegang bola sehingga ada gerakan individu yang mampu dilakukan tidak mampu dilaksanakan malah sesetengah pemain sudah berputus asa apabila Kelantan menjaringkan gol.


Namun percaturan Irfan menjadi apabila pemain gantian, Ahmad Nordin Alias membalas kepercayaan dengan meledak gol kemenangan m-110.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Strategi Kelantan silap

Posted: 12 Jun 2011 12:33 PM PDT

"JURULATIH silap taktik". Kritikan pedas itu disuarakan seorang pemain Kelantan yang menganggap Datuk M Karathu gagal membuat pemilihan pemain yang tepat ketika Kelantan kempunan untuk menjulang trofi Piala FA buat kali pertama selepas tewas 1-2 kepada Terengganu di pentas final, kelmarin.

Dia yang hanya memanaskan bangku simpanan pada perlawanan itu berkata, Karathu sepatutnya menurunkan pemain lebih berpengalaman yang boleh menghadapi situasi final penuh tekanan.


"Jurulatih silap, ini perlawanan final yang disaksikan 90 ribu penonton. Sepatutnya dia turunkan pemain berpengalaman yang boleh berdepan dengan situasi ini. "Dalam final, pengalaman yang dimiliki pemain amat penting. Ramai lagi pemain lain yang boleh bermain bukannya bergantung kepada kepada pemain sama saja," katanya yang ditemui selepas tamat perlawanan.

Pada aksi di Stadium Nasional Bukit Jalil itu, Kelantan meniti di ambang kejayaan selepas mendahului 1-0 menerusi jaringan pemain sayap kiri Nurul Azwan Roya m-80 sebelum Terengganu berjaya menyamakan kedudukan apabila Mohd Daudsu Jamaludin tertanduk ke gawang sendiri di penghujung perlawanan.


Keputusan Karathu yang mengeluarkan tonggak utama pertahanan, S Subramaniam dan pemain tengah berpengaruh, Mohd Shakir Shaari sebelum itu nyata memberi kesan kepada skuadnya yang tampak lesu pada aksi tambahan 30 minit.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan