Kosmo Online - Sukan |
Posted: MAFA pokaiOleh ROSLI HASSAN ANSARI mengalami masalah kewangan untuk membiayai kos perubatannya. PERSATUAN Bola Sepak Melaka (MAFA) tidak memandang sepi masalah pembayaran gaji tertunggak yang membelenggu pemain serta pegawai skuad Melaka, sebaliknya berusaha untuk menyelesaikan tunggakan berkenaan. Bagaimanapun, masalah kewangan yang melanda MAFA termasuk hutang berjumlah hampir RM2 juta menyebabkan persatuan berkenaan tidak mampu berbuat demikian. Setiausaha Eksekutif MAFA, Hahi Salleh (gambar kecil) berkata, dalam usaha menyelesaikan tunggakan gaji tersebut, pihaknya telah memaklumkan perkara itu kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). "Kami memohon agar FAM membantu Mafa menjelaskan tunggakan gaji ini yang berjumlah kira-kira RM100,000. "Jika FAM menjelaskan tunggakan gaji ini, mereka boleh tolak terus bayaran ini daripada geran tahunan MAFA," katanya ketika dihubungi semalam. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan Kosmo! semalam mengenai rayuan bekas jurulatih penjaga gol pasukan Melaka, Ansari Mustafa, 52, yang masih belum mendapat tunggakan gajinya berjumlah RM24,500 daripada MAFA. Menambahkan lagi bebanannya, Ansari kini menderita jangkitan kuman pada kaki kanannya sejak sebulan lalu dan kini mengharapkan MAFA menjelaskan tunggakan gajinya bagi membantu membiayai rawatan penyakitnya itu. Dalam pada itu, Hahi menafikan yang Mafa tidak mengambil berat kebajikan Ansari yang kini terlantar di hospital akibat jangkitan kuman pada kaki kanannya. "Memang benar saya ada menerima SMS (khidmat pesanan ringkas) daripada Ansari, namun ketika itu saya menjangka dia hanya sakit biasa saja dan dirawat sekejap sahaja di hospital." Menurutnya, selama ini, MAFA telah banyak memberi sumbangan kepada bekas pemain dan pegawai yang menderita akibat penyakit. "Kami tak mampu sumbang dengan jumlah wang yang besar, biasanya MAFA akan memberi RM500 bagi meringankan beban mereka. "Namun jika nak bayar keseluruhan tunggakan gaji Ansari, terus terang saya katakan kami tak mampu," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Politeknik Melaka iringi tiga skuad IPT ke separuh akhir Posted: Politeknik Melaka iringi tiga skuad IPT ke separuh akhirOleh FAIZAL NAZARUDDIN AKSI antara pasukan UiTM Perlis (jersi putih) menentang UiTM Pahang semalam. UiTM Perlis menang 2-0. Pusingan Akhir Kelayakan Zon Liga Bola Sepak IPT 2011 semakin hampir ke kemuncak saingan. Empat pasukan sudah menempah tempat ke separuh akhir dan mereka akan membuat perhitungan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perlis, Arau hari ini. Pasukan terbabit terdiri daripada Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Teknikal Melaka Malaysia (UTeM), Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perlis dan Poli- teknik Melaka (PMK). Dalam perlawanan suku akhir kedua yang berlangsung semalam, UiTM Perlis layak ke separuh akhir selepas membenam UiTM Pahang 2-0 menerusi jaringan Mohd. Hisyam Zainal (ke-45) dan Mohd. Haizal Faquan pada minit terakhir perlawanan. Pasukan terakhir yang mengisi tempat di separuh akhir ialah Politeknik Melaka (PMK) yang mencatat kemenangan besar 4-1 ke atas Politeknik Mukah Sarawak (PMU) pada satu lagi saingan suku akhir semalam. Penyerang PMK, Abu Hanifa Hasan muncul wira pasukannya apabila melakukan jaringan hatrik pada pada minit ke-24, 50 dan 75. Menurut pegawai urus setia kejohanan, Ahmad Tarmizy Mohammed, dua pasukan yang telah mengisi tempat awal di peringkat separuh akhir ialah USM dan UTeM yang menewaskan lawan masing-masing pada suku akhir kelmarin. "USM layak setelah menumpaskan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dengan kemenangan 2-1, manakala UTeM menumpaskan Kolej Kemuniti Pahang, 3-1. "Pada perlawanan separuh akhir itu nanti akan menemukan USM dengan UTeM yang bakal diadakan di Padang Rani, UiTM Perlis," katanya. Selain itu, tambahnya separuh akhir kedua pula menyaksikan pertembungan antara pasukan tuan rumah, UiTM Perlis bertemu Politenik Melaka yang akan diadakan di Kompleks Sukan Tuanku Syed Faizuddin Putra, Kangar. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Skrin besar di Dataran Merdeka Posted: Skrin besar di Dataran MerdekaPEMINAT bola sepak tempatan berpeluang untuk menonton siaran langsung perlawanan Kelayakan Olimpik 2012 antara Malaysia menentang Lebanon melalui skrin besar di Dataran Merdeka pada Ahad ini bermula pukul 10.30 malam. Menurut kenyataan Kementerian Belia dan Sukan, siaran langsung itu dibawakan oleh kementerian dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Skuad Olimpik Malaysia di bawah kendalian Ong Kim Swee layak beraksi menentang Lebanon pada pusingan kedua Kelayakan Olimpik 2012 yang bakal berlangsung di Stadium Sport City, Beirut selepas menumpaskan Pakistan dalam perlawanan kelayakan pertama dengan agregat 2-0. Pasukan negara dijangka pulang ke tanah air pada 20 Jun dan menanti kedatangan lawan bagi perlawanan timbal balik yang akan berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 23 Jun ini. Lebanon memperoleh kelayakan terus ke pusingan kedua berdasarkan pencapaian pada pusingan kelayakan Sukan Olimpik 2008 di Beijing bersama 12 lagi negara iaitu Korea Selatan, Korea Utara, Australia, China, Jepun, Iraq, Bahrain, Qatar, Arab Saudi, Syria, Uzbekistan dan Vietnam. Kali terakhir Malaysia layak ke Sukan Olimpik adalah pada 1980 di Moscow tetapi kerajaan Malaysia memboikot temasya itu kerana membantah pencerobohan Soviet Union ke atas Afghanistan. Sebelum itu, pemain Malaysia beraksi pada Sukan Olimpik 1972 di Munich, Jerman. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan