Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Perang psikologi

Posted: 01 Jul 2011 04:35 PM PDT

Sukan

Jurulatih Singapura pilih Malaysia menang esok

BELUM pun perlawanan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 antara Malaysia dan Taiwan bermula, jurulatih Singapura, Radjoko Avramovic sudah memulakan perang psikologi dengan Datuk K Rajagobal.

Pengendali berkenaan berkata dia memilih Harimau Malaya untuk menang di Taipei, esok sebelum menentang pasukannya dalam pusingan kedua pada 23 dan 28 Julai ini yang akan berakhir dengan kemenangan kepada pasukan negara republik itu. "Saya tidak terkejut jika Malaysia dapat menewaskan Taiwan," kata Avramovic kepada MediaCorp. "Pada perlawanan pertama, Malaysia mengesahkan apa yang saya ketahui tentang mereka daripada saingan Piala AFF Suzuki.

"Walaupun Taiwan mengejutkan saya dengan kawalan bola baik dan berpeluang mendahului tuan rumah, saya yakin Malaysia mampu melepasi halangan di Taipei.

"Saya sudah melihat apa yang saya jangkakan daripada Malaysia, baik pemain mahu pun corak permainannya. Tapi apabila menentang Malaysia saya yakin Singapura akan menang."

Singapura diberi pelepasan pusingan pertama berdasarkan kemaraan ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2010, di mana mereka tersingkir di peringkat kumpulan selepas menduduki tangga ketiga di belakang Arab Saudi dan Uzbekistan.
Menurut Avramovic yang berada di Bukit Jalil Rabu lalu, corak permainan Malaysia tidak banyak beza berbanding Disember tahun lalu ketika menjuarai Piala AFF Suzuki.

"Masalah utama mereka (Malaysia) mungkin kecederaan," kata jurulatih asal Serbia itu yang dikenali dengan panggilan Raddy oleh peminat bola sepak Singapura.

Dia merujuk soal kecederaan itu kepada Safee Sali dan Norshahrul Idlan Talaha yang baru pulih.

"Ada di antara pemain mereka tidak cergas sepenuhnya dan mungkin akan mendatangkan masalah, tetapi di bahagian pertahanan, mereka cukup kental. Pemain lain seperti S Kunanlan dan Baddrol Bakhtiar juga amat berbahaya.

"Tetapi saya yakin kami boleh menewaskan mereka, malah kami boleh menewaskan mana-mana pasukan jika bermain dengan baik. Persoalannya, sebaik mana kami membuat persiapan (untuk pertemuan itu)."

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

boy

belagak btul....malaysia pasti akn mng...

HJ ISHAK

harimau malaysia telah membuktikan kemampuannya sebagai juara asia.segala tipu helah singapore adalah psikologi untuk menag.tapi kita ada wira dato k rajagopal.ia seperti jurulatih morinho asia.slamat berjuang malaysia

eddi

suluruh negeri pendekar bola sepak harimau malaya .menangmu bahagia aku.bersatu padulah menentang lawanmu ku harap pendekarku sentiasa menang selalu.

mat 78

malaysia pasti melangkah ke pusingan yang berikutnya tahniah malaysia

muhd radif brhim

malaysia ble menang lwn singapura,coz malaysia sda buktikn di piala aff suzuki....

phom

harimau malaya teruskan menang kami penyokong malaysia dibelakang kamu.pasukan harimau malaya kami namakan pendekar zaman moden.pendekar pendekar pendekar lawanlah.

morra

pendekar bola sepak harimau malaya.kuatkan semagatmu kami rakyat malaysia pasti kita menang .kuatlah pendekarku menang dan menang.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Neymar bukan untuk dijual: Santos

Posted: 01 Jul 2011 04:28 PM PDT

Sukan

Neymar

Neymar

LONDON: Santos membuat kejutan terbaru apabila membuat pusingan-U dan memberitahu Chelsea: 'Nyemar bukan untuk dijual."

Terdahulu, The Blues diberi kebenaran berbincang dengan bintang Brazil itu selepas bersetuju dengan pembelian klausa kontrak pemain berkenaan yang bernilai £40 juta (RM200 juta).

Presiden Santos, Luis Alvaro de Oliveira membuat kejutan, semalam apabila menegaskan penyerang berusia 19 tahun itu akan terus kekal bersama kelabnya dan tidak akan ada sebarang rundingan. "Neymar adalah buruan hangat ketika ini. Tapi kami tidak mahu memberi sebarang tawaran untuk perpindahan pemain ini ke kelab lain ketika ini. kami mahu dia bersama Santos untuk beberapa tahun lagi," katanya.

Neymar kini bersama skuad Brazil untuk menghadapi cabaran di kejohanan Copa Amerika.

Oliveira menambah: "Peminat cinta pemain ini, bukan kerana cara dia bermain tetapi kualiti kemanusiaan dimilikinya."


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan