Utusan Online - Sukan

sumber :-

Utusan Online - Sukan


GPMS 'D' gah tawan Zon Utara

Posted:

GPMS 'D' gah tawan Zon Utara

GPMS 'D' gah tawan Zon Utara

Oleh Mohd. Shariza Abdullah
utusankedah@utusan.com.my


Pemain regu GPMS 'D' yang menjuarai kategori Lelaki Terbuka Kejohanan Sepaktakraw KFC-Utusan 2011 Saringan Zon Utara menerima trofi daripada Khazali Din (tiga kiri) sambil diperhatikan Mohd. Nasir Ali (empat dari kiri) di Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar semalam.


ALOR SETAR- Pencarian juara Zon Utara Kejohanan Sepaktakraw KFC-Utusan 2011 berkesudahan dengan regu Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) D, SMK Guar Chempedak B dan SMK Gunung Rapat A muncul juara kategori masing-masing di Stadium Sultan Abdul Halim, di sini semalam.

GPMS D muncul juara kategori utama iaitu Lelaki Terbuka selepas menundukkan ATM JLJ C dalam perlawanan akhir yang berlarutan sehingga set penentuan dengan keputusan 12-15, 15-11, 15-10.

Regu juara itu dibarisi Mohd. Fauzi Ghazali selaku tekong, Shamsol Bahari Abdul Mubir (apit kiri), Norazam Aziz (apit kanan) dan Azle Jusoh (apit kanan).

Regu ATM JLJ C pula diwakili Mohd. Hasman Che Hamid (tekong), Mohd. Idris Hamid (apit kanan), Nasron Halee Catery (apit kiri) serta Kamal Amir Nordin (simpanan).

Kemenangan itu sememangnya berbaloi buat GPMS yang mencatat rekod penyertaan terbanyak pada Saringan Zon Utara dengan menghantar 12 regu dalam semua kategori.

Lebih membanggakan, satu lagi regu pasukan itu iaitu GPMS H turut layak ke saingan peringkat kebangsaan pada September ini.

Selaku juara, GPMS D membawa pulang hadiah RM2,500, trofi dan barangan penaja manakala ATM JLJ C membawa pulang RM2,000.

Hadiah disampaikan Datuk Bandar Alor Setar, Datuk Khazali Din.

Hadir sama pada kejohanan semalam ialah Pengarah Eksekutif Kumpulan Utusan, Datuk Mohd. Nasir Ali; Penolong Setiausaha Majlis Bandar Raya Alor Setar (MBAS), Mustapha Mohamad dan Pengarang Utusan Malaysia, Hassan Md. Noor.

Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) pula diwakli Penolong Setiausaha I, Tengku Adnan Tengku Burhanuddin.

Satu lagi pasukan yang mengiringi GPMS D, ATM JLJ C dan GPMS H ke peringkat kebangsaan ialah USM Penang A.

SMK Guar Chempedak B yang terlebih dahulu beraksi dalam kategori Lelaki IPTA/IPTS/Bawah 19, muncul juara selepas menewaskan Unimap 11-15, 15-10, 15-10.

Kategori Lelaki Bawah 15 pula menyaksikan SMK Gunung Rapat A merangkul kejuaraan apabila mengenepikan cabaran Mutiara Impian B 15-7, 15-11.

Juara kategori Lelaki IPTA/S Bawah 19 Tahun membawa pulang RM2,000, trofi dan barangan penaja, manakala naib juara menerima RM1,500.

Juara bagi kategori Lelaki Bawah 15 menerima RM1,500 dan naib juara RM1,000, trofi dan barangan penaja.

Dua lagi regu yang mengiringi SMK Guar Chempedak B dan Unimap ke peringkat kebangsaan kategori Lelaki IPTA/S Bawah 19 ialah MSNK Utara serta MSNK A.

Astab dan SMK Tatar C pula akan menyertai SMK Gunung Rapat A serta Mutiara Impian B ke peringkat kebangsaan agi kategori Lelaki Bawah 15.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

'Faktor X' ancam Harimau Malaya

Posted:

'Faktor X' ancam Harimau Malaya

'Faktor X' ancam Harimau Malaya

KUALA LUMPUR - Pemain Taiwan yang berpangkalan di Eropah, Xavier Chen mampu menambahkan kegusaran jurulatih Datuk K. Rajagobal pada perlawanan kedua pusingan pertama Kelayakan Piala Dunia di Taipei, hari ini.

Xavier, 27, boleh diumpamakan 'Prof. X' yang menjadi adiwira filem dan komik terkenal, X-Men yang mencetuskan misteri dengan penampilan pertama bersama Taiwan hari ini, setelah tidak sempat beraksi ketika Malaysia menang 2-1 di Bukit Jalil, Rabu lalu.

Ketika itu, dia baru sahaja mendapat kebenaran bermain daripada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Namun pemain pertahanan kanan yang beraksi dengan kelab di Belgium itu, disebut-sebut bakal mencetuskan kesukaran buat barisan penyerang skuad negara pada perlawanan di Stadium Perbandaran Taipei hari ini.

Sejauh mana keserasian bekas ketua pasukan Bawah 19 Belgium itu dengan rakan sepasukan, mencetuskan tanda tanya.

Ini kerana Xavier kurang fasih bertutur bahasa Mandarin dan baru mendapat kerakyatan, Mei lalu biarpun memiliki pengalaman beraksi untuk KV Mechelen dan berguru di Akademi RSC Anderlecht.

"Mungkin masalah komunikasi di padang tetapi saya sudah belajar dan memahami beberapa perkataan penting Mandarin untuk memudahkan permainan dan keserasian saya," kata pemain itu yang pernah bersama KV Kortrijk pada 2003.

Mengulas kehadiran 'watak baru' dalam skuad Taiwan, K. Rajagobal berkata: "Kehadirannya merupakan satu cabaran buat kami dan boleh jadi kelebihan pihak lawan atau pun kita. Dia baru kali pertama bermain dengan Taiwan dan mungkin tidak begitu arif seperti mana rakan sepasukannya yang telah bermain di Bukit Jalil mengenai corak permainan pasukan kita (dalam perlawanan pertama).

"Namun walau siapa pun yang tuan rumah turunkan, apa yang lebih penting ialah bagaimana cara kita beraksi esok (malam ini demi merebut tempat ke pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia menentang Singapura, 23 dan 28 Julai)," katanya.

Menyertai Xavier nanti ialah Victor Chou, 19, pertahanan tengah atau pemain tengah kelahiran Sepanyol dan berpengalaman mewakili pasukan Divisyen B Segunda, UD Salamanca.

Pemain itu cuma memanaskan bangku simpanan pada aksi Bukit Jalil yang dimenangi Malaysia 2-1 menerusi jaringan Safiq Rahim dan Aidil Zafuan Radzak.

Sementara itu, Rajagobal masih mahu menunggu sehingga perlawanan pukul 7 petang ini (waktu Malaysia) untuk menentukan siapa penjaga gol utama yang direbut sengit oleh tiga pemain, Sharbinee Allawee Ramli, Khairul Fahmi Che Mat, yang baru pulih daripada kecederaan bahu dan Nasril Nourdin.

"Apabila kita ada banyak pilihan pemain, ia satu perkembangan baik bagi pasukan kerana semua bersaing sengit bagi satu posisi penting ini. Saya juga akui prestasi Sharbinee memberangsangkan (pada aksi di Stadium Nasional, Rabu lalu) namun kita akan terus bergantung kepada prestasi semasa," katanya.

Ahmad Fakri Saarani yang disebut-sebut akan digandingkan semula dengan Abdul Hadi Yahya ekoran ketiadaan Safee Sali yang tercedera berkata: "Saya berjanji untuk mengurangkan kesilapan mensia-siakan peluang gol pada perlawanan pertama itu, saya akan cuba mendapatkan gol awal kita."

Kali terakhir penyerang Negeri Sembilan kelahiran Kota Bharu, menyumbat gol skuad negara sepanjang tahun ini ialah ketika perlawanan persahabatan diikat 1-1 oleh kelab Perancis, Etoile FC di Singapura, Februari lalu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan