Harian Metro: Arena

sumber :-

Harian Metro: Arena


Junior kurang sengat

Posted: 01 Jul 2011 10:51 AM PDT

SUKA atau tidak ketua jurulatih negara, Datuk K Rajagobal memerlukan penyerang berpengalaman untuk mengetuai jentera serangan Harimau Malaya bagi menggempur kubu Taiwan di Stadium Perbandaran Taipei, malam esok.

Beliau tidak boleh menaruh harapan kepada penyerang mentah untuk menggalas tugas penting itu seperti yang berlaku pada babak kedua di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Rabu lalu.


Selepas aksi 45 minit separuh masa pertama berakhir, jentera serangan negara jelas gagal berfungsi dengan baik apabila penyerang utama, Mohd Safee Sali dikeluarkan walaupun dihidangkan beberapa peluang keemasan untuk menambah jaringan. Mujur pemain pertahanan tengah, Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak meledak gol kedua untuk skuad negara pada minit ke-54.

Hakikat itu diakui Abdul Hadi Yahaya yang terpaksa bergandingan bersama seorang lagi penyerang yang cetek pengalaman, Ahmad Fakri Saarani sepanjang aksi separuh masa kedua.


"Memang jentera serangan memerlukan pemain berpengalaman. Saya kurang berkesan selepas Mohd Safee dikeluarkan pada separuh masa kedua. Bimbingan pemain sepertinya amat penting dalam perlawanan kompetitif seperti ini," katanya yang berharap terus mendapat kepercayaan Rajagobal untuk aksi timbal balik itu.


Walaupun gagal menjaringkan gol pada aksi penting itu, pemain yang dipuji Rajagobal itu turut menggesa rakan sepasukan meningkatkan tahap permainan sekiranya ingin mara ke pusingan kedua.

Satu petanda yang positif ketika saat genting ini adalah kehadiran semula penyerang sensasi Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha yang kembali menjalani latihan, semalam.


Sekiranya diturunkan, penjaring terbanyak Liga Super itu pastinya menjadi sandaran Harimau Malaya untuk mengkucar-kacirkan pertahanan lawan selepas dua minggu tidak beraksi akibat kecederaan hamstring dengan penyerang Pelita Jaya FC, Mohd Safee pula hampir pasti tersisih akibat kecederaan.

Harimau Malaya berdepan tugas berat di Taipei dengan lawan hanya memerlukan kemenangan 1-0 bagi memastikan tempat mereka di pusingan kedua selepas skuad bimbingan Rajagobal itu hanya mampu mencatatkan keputusan 2-1 pada aksi pertama.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Safee pasrah

Posted: 01 Jul 2011 10:44 AM PDT

"SAYA kecewa. Itulah ungkapan yang diluahkan ayam tambatan, Mohd Safee Sali selepas gagal beraksi cemerlang ketika Malaysia menewaskan Taiwan 2-1 pada perlawanan pertama kelayakan Piala Dunia 2014 akibat kecederaan kelmarin.

Tambah memeritkan baginya apabila terpaksa menerima hakikat kecederaan di belakang lututnya itu bakal menghalangnya diturunkan bagi perlawanan kedua di gelanggang lawan Ahad ini.


"Saya tidak boleh meneruskan permainan kerana sakit di bahagian belakang lutut ini. Ia kecederaan yang sama dialami ketika berlatih sebelum perlawanan ini.

"Saya memang kecewa dan tidak puas hati dengan persembahan sendiri tapi apa boleh buat, kecederaan ini membataskan pergerakan saya," katanya.


Penyerang Pelita Jaya FC yang mengukir nama ketika membantu Malaysia menjuarai Piala Suzuki AFF lalu itu dilihat terhencot-hencot pada minit ke-40 sebelum digantikan dengan penyerang Ahmad Fakri Saarani pada babak kedua.


Kecederaan Safee itu menambah pening ketua jurulatih Datuk K Rajagobal yang sebelum ini terpaksa menurunkan pemain yang baru pulih daripada kecederaan, Abdul Hadi Yahaya dan Ahmad Fakri Saarani manakala penggempur berbisa, Norshahrul Idlan Talaha diketepikan kerana belum berada di tahap terbaik.

Menurut Safee, tanpa kehadirannya Malaysia masih mampu mengatasi Taiwan pada perlawanan kedua untuk menempah pertemuan dengan Singapura di pusingan kelayakan seterusnya.


"Kita masih memiliki peluang baik untuk menewaskan Taiwan walaupun kelebihan kita tidak selesa," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan