Harian Metro: Arena

sumber :-

Harian Metro: Arena


Avramovic optimis

Posted: 06 Jul 2011 11:23 AM PDT

SELEPAS mengintip kekuatan Malaysia menentang Taiwan pada pusingan pertama kelayakan Piala Dunia 2014 tempoh hari, jurulatih Singapura, Radojko Avramovic yakin beliau memiliki strategi terbaik bagi meranapkan impian anak buah Datuk K Rajagobal untuk mara ke pusingan seterusnya.

Katanya, secara tradisi pertembungan Malaysia dengan Singapura pasti sengit tidak kira dalam apa jua pertandingan dan beliau menjangkakan situasi sama terjadi pada pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 di Stadium Jalan Besar, 23 Julai ini.


"Perlawanan itu akan mencetuskan satu suasana hebat dan akan mengembalikan memori sebelum ini, namun ia sudah berlalu. Ini adalah saingan kelayakan Piala Dunia dan kami mahu layak ke pusingan ketiga sekali lagi," katanya sebagai memetik laporan laman web Today Online semalam.

Berdasarkan rekod pertembungan di pusingan kelayakan Piala Dunia oleh Fifa, kedua-dua negara ini pernah bertemu tiga kali dengan dua daripadanya memihak kepada Singapura pada 1977 dan 1989.


Sebagai persiapan menghadapi skuad Harimau Malaya, Avramovic, 61, semalam mengumumkan senarai 25 pemain untuk menjalani latihan pusat yang bermula 14 Julai ini.


Namun rata-rata pemain yang masih mendapat tempat dalam skuad itu adalah muka-muka lama memandangkan beliau tidak memiliki masa untuk menguji pemain baru.

Apa yang penting baginya, pasukannya tidak mengalami masalah sama seperti yang dialami rakan sejawatnya, Rajagobal yang dihimpit masalah kecederaan pemain.


"Ini adalah 25 pemain terbaik yang kami ada dan saya tidak memanggil ramai pemain baru kerana tidak mempunyai masa untuk menguji mereka. Saya cuma berharap kami tidak berdepan sebarang masalah kecederaan apabila bertemu Malaysia," jelas Avramovic.

Daripada senarai pemain yang dikeluarkan itu, Singapura masih menagih khidmat pemain luar yang diberikan hak kerakyatan iaitu Qiu Li dan Shi Jiayi (China), Bennett Daniel Mark (England) Aleksandar Duric dan Mustafic Fahrudin (Serbia).


Bagaimanapun penyerang kelahiran Nigeria, Agu Casmir dan juga bintang tempatan, Mohamed Noh Alam Shah tidak berada dalam senarai kali ini.


Apa yang memeningkan kepala Avramovic apabila kedudukan kapten skuad Singa itu, Shahril Ishak masih dalam tanda tanya selepas dia beraksi dalam liga haram Indonesia bersama kelab Medan Chiefs yang berkemungkinan berdepan tindakan Fifa.


Selepas aksi pertama di Singapura, kedua-dua pasukan akan bertemu sekali lagi dalam perlawanan timbal balik di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 28 Julai ini untuk mencari tempat beraksi di peringkat kumpulan.


Singapura mendapat bye pada pusingan pertama manakala Malaysia mengatasi Taiwan menerusi kelebihan gol di tempat lawan selepas agregat terikat 4-4.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

FAM belum putus hasrat Young Lions

Posted: 06 Jul 2011 11:19 AM PDT

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) masih belum mengesahkan kedudukan pasukan bawah 23 tahun Singapura, Young Lions yang sebelum ini dilaporkan berhajat menyertai Liga Super musim depan.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad berkata, sebarang keputusan hanya akan diketahui selepas mesyuarat Exco FAM yang dipengerusikan Presiden Sultan Ahmad Shah, Selasa ini.


"Tunggu sidang media selepas mesyuarat Exco FAM, pengumuman akan dibuat mungkin ada kaitan dengan soalan yang diajukan tadi (mengenai penyertaan Young Liong dalam Liga Super)," katanya.

Berdasarkan laporan The New Paper dari Singapura baru-baru ini, ada usaha untuk menempatkan skuad Young Lions negara itu ke dalam kancah liga tempatan selepas 17 tahun negara jiran itu menarik diri daripada menyertai Piala Malaysia sebaik muncul juara buat kali ke-24 pada 1994.


Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) difahamkan akan mengadakan perbincangan dengan FAM mengenai cadangan itu.


Skuad Young Lions dibimbing jurulatih Robin Chitrakar beraksi dalam Liga Singapura bagaimanapun mereka terkandas di pusingan awal kelayakan Olimpik London 2012 selepas tumpas kepada Yaman dengan agregat 3-0.

Sementara itu, Azzuddin yang ditemui pada majlis pengumuman syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) sebagai syarikat penerbangan rasmi Chelsea bagi Jelajah Asia 2011 turut memaklumkan pihaknya sudah menghubungi FAS untuk memohon peruntukan tiket bagi penyokong Malaysia menyaksikan perlawanan pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 pada 23 Julai ini.


Beliau berkata, FAM berusaha mendapatkan 3,000 tiket bagi penyokong Harimau Malaya menyaksikan anak buah Datuk K Rajagobal menentang Singapura di Stadium Jalan Besar yang hanya mempunyai kapasiti 6,000 penonton saja.

"Stadium itu hanya boleh memuatkan 6,000 penonton dan agak sukar untuk mereka (FAS) memenuhi permintaan kita. Tapi saya harap mereka dapat mempertimbangkan permintaan sebanyak 50 peratus tiket untuk penyokong Malaysia," katanya.


Azzuddin sebelum itu menyaksikan majlis menandatangani perjanjian MAS sebagai syarikat penerbangan rasmi Chelsea yang akan bertandang ke Kuala Lumpur pada 17 Julai ini sebelum mengadakan pertemuan dengan skuad Olimpik di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 21 Julai.


Majlis itu dihadiri Pengarah Urusan MAS, Tengku Datuk Seri Azmil Zahruddin, Naib Presiden Eksekutif, Strategi Komersial MAS, Datuk Dr Amin Khan, Ketua Pegawai Eksekutif ProEvents Group, Julian Kam dan Pengarah Urusannya, San Boon Wah.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan