Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Tidak gentar

Posted:

Tidak gentar

Tidak gentar

Oleh WAN FAKHRUL BAKAR
fakhrul@kosmo.com.my


KIM SWEE menunjukkan keputusan undian untuk saingan peringkat kumpulan Kelayakan Olimpik 2012 di ibu pejabat AFC di Bukit Jalil semalam.


MESKIPUN diundi bersama beberapa pasukan gergasi Asia, skuad Olimpik negara tidak memiliki perasaan gentar.

Perjuangan perlu diteruskan tanpa memikirkan kekuatan yang ada pada pasukan lawan.

"Kita tidak perlu fikirkan pasukan lain, sebaliknya kita tumpu kepada persediaan kita selain meningkatkan tahap keyakinan serta komitmen pemain."

Itulah respons jurulatih skuad Olimpik negara, Ong Kim Swee selepas majlis undian saingan peringkat kumpulan Kelayakan Olimpik 2012 di ibu pejabat Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) di Bukit Jalil semalam.

Malaysia telah diundi dalam Kumpulan C bersama Jepun, Bahrain dan Syria.

Bagi aksi pertama peringkat kumpulan itu, skuad B-22 negara bakal berdepan Jepun di tempat lawan pada 21 September depan.

Kemudian, Malaysia akan beraksi dua perlawanan di laman sendiri menentang Syria dan Bahrain pada 23 dan 27 November.

Pada 5 Februari 2012, Malaysia akan bertandang ke tempat lawan untuk bertemu Bahrain sebelum menanti kunjungan Jepun pada 22 Februari 2012.

Aksi terakhir peringkat kumpulan menyaksikan Malaysia akan bertemu Syria di tempat lawan pada 14 Mac 2012.

"Tak banyak beza sama ada kita berada dalam Kumpulan A, B atau C. Mana-mana pun kumpulan maut bagi kita.

"Kita tak perlu fikir tentang pasukan lain, yang penting bagaimana kita siapkan pasukan kita untuk mencipta kejutan," kata Kim Swee ketika ditemui selepas majlis undian itu.

Pengendali berusia 41 tahun itu sudah mempunyai bayangan persiapan yang bakal dilakukan skuadnya bermula dengan latihan selama sebulan di Slovakia pada 23 Julai ini.

"Kita akan pulang dari Slovakia pada 28 Ogos. Kemudian 10 hari sebelum bertemu Jepun di tempat lawan, kita akan berlatih di Korea Selatan dan mengadakan aksi persahabatan dengan pasukan Olimpik mereka.

"Ia sama seperti yang kita lakukan ketika bertemu Lebanon apabila kita berlatih seminggu di Doha, Qatar.

"Perkara sama juga akan kita lakukan untuk bertemu Bahrain dan Syria di tempat lawan nanti apabila kami akan berlatih seminggu awal di mana-mana negara Timur Tengah," jelas Kim Swee.

Ditanya tentang ketiga-tiga pasukan dalam Kumpulan C itu, Kim Swee berkata: "Jepun juara Sukan Asia 2010, Bahrain pula melakukan persiapan dengan baik, manakala Syria sentiasa konsisten dalam kejohanan peringkat remaja."

Susunan jadual perlawanan turut tampak memberi kelegaan kepada Malaysia apabila dua aksi selepas berakhirnya Sukan SEA 2010 iaitu pada 23 dan 27 November depan berlangsung di laman sendiri.

Sementara itu, Pengarah Teknikal Persatuan Bola Sepak Jepun (JFA), Hiromi Hara tidak mahu menganggap pasukannya selaku pilihan utama untuk menjuarai Kumpulan C.

"Malaysia juga kuat. Bagi kami, ini pusingan akhir dan tiada pasukan yang tidak kuat. Apa pun kami mahu memulakan cabaran dengan langkah kanan apabila bertemu Malaysia di laman sendiri," katanya ketika ditemui selepas majlis undian.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Rajagobal hairan helah Singapura

Posted:

Rajagobal hairan helah Singapura

Rajagobal hairan helah Singapura


SERAMAI 20 pelatih skuad kebangsaan kembali menjalani latihan di Wisma FAM, Kelana Jaya petang semalam.


"SAYA pun rasa hairan. Sebelum ini mereka (Singapura) sudah menggugurkan ramai pemainnya selepas gagal pada Piala Suzuki AFF 2010.

"Tetapi selepas undian Kelayakan Piala Dunia 2014, mereka berasa yakin akan bertemu Malaysia dan kembali menyenaraikan pemain-pemain senior ini."

Demikian komen jurulatih kebangsaan, Datuk K. Rajagobal tentang senarai 25 pemain Singapura yang diumumkan kelmarin bagi menghadapi Malaysia pada pusingan kedua Kela- yakan Piala Dunia 2014 pada 23 dan 28 Julai ini.

Selepas gagal melangkah ke separuh akhir Piala Suzuki AFF 2010, Per- satuan Bola Sepak Singapura (FAS) telah bertindak membubarkan skuad kebangsaannya dan mahu membina skuad baru.

Namun berdasarkan senarai 25 pemain yang dikeluarkan FAS kelmarin, hanya 12 pemain merupakan muka baru, manakala baki 13 lagi pemain adalah dari skuad Piala Suzuki AFF 2010 termasuk tonggak utama seperti Lionel Lewis, Daniel Bennett, Mustafic Fahrudin dan Aleksandar Duric.

"Jadi saya tak rasa terkejut apabila Singapura panggil semula tonggak utama mereka. Cuma kita akan buat persiapan kita sendiri selepas menghadapi kesukaran untuk mengatasi Taiwan.

"Kita akan gunakan segala kelebi- han yang pemain kita miliki walaupun tahu Singapura masih dibarisi pemain-pemain berpengalaman. Kita akan mencuba yang terbaik untuk layak ke pusingan ketiga," kata Raja- gobal ketika ditemui Kosmo! di Wisma FAM, Kelana Jaya petang semalam.

Seramai 20 pelatih skuad kebangsaan kembali menjalani latihan pertama petang semalam selepas mereka selesai tugasan bersama skuad negeri pada aksi terakhir Liga Super malam kelmarin.

Enam pemain Kelantan - Khairul Fahmi Che Mat, Norshahrul Idlan Talaha, Farisham Ismail, Rizal Fahmi Ab. Rosid, S. Chanthuru dan Shakir Shaari - bagaimanapun tidak dapat berlatih petang semalam setelah penerbangan mereka dari Kota Kinabalu mengalami kelewatan.

Sementara itu, Rajagobal mengesahkan bahawa beliau akan mengekal- kan barisan 26 pelatih sedia ada untuk persiapan menghadapi Singapura termasuk bagi aksi persahabatan menentang Arsenal pada Rabu depan dan Liverpool pada 16 Julai.

"Jika ada keperluan seperti berlaku kecederaan, saya akan panggil mana- mana pemain yang berada dalam senarai 68 pemain yang telah kita daftar.

"Safee Sali masih belum pulih sera- tus peratus dan hanya menjalani latihan ringan pada hari ini (semalam). Bagaimanapun, saya akan pantau perkembangannya dengan fisioterapis pasukan," jelasnya.

Selain 23 pemain yang dibawa ke Taipei, tiga pemain yang digugurkan sebelum ini tersenarai kembali iaitu Azmi Muslim, Shahrizal Saad dan Rizal Fahmi.

Manakala empat pemain lagi tidak dipanggil semula untuk kem latihan kali ini iaitu Syed Adney Syed Hussein, Hisyamuddin Shaari, Yong Ku- ong Yong dan K. Sasikumar.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kelantan jaguh sebenar

Posted:

Kelantan jaguh sebenar

Kelantan jaguh sebenar

Oleh KHAIRI MOHAMAD
khairi.mohamad@kosmo.com.my


KELANTAN membuktikan bahawa mereka layak bergelar gergasi dalam saingan Liga Super musim ini.


KELANTAN membuktikan mereka jaguh sebenar saingan Liga Super apabila berjaya menjadi pasukan keenam menjulang piala berprestij tanah air itu selepas menumbangkan Sabah 2-0 di Kota Kinabalu kelmarin.

Dua gol jaringan Nor- shahrul Idlan Talaha sudah cukup untuk meletakkan The Red Warriors dalam kelasnya tersendiri selepas mengutip 56 mata daripada 26 perlawanan dengan melakar 17 kemenangan, lima seri dan empat kekalahan.

Biarpun gagal menjulang Piala FA (Jun lalu), piala Liga Super ini merupakan buah tangan kedua Datuk M. Karathu untuk seluruh penyokong bola sepak Kelantan selepas Piala Sumbangsih.

Bagi Karathu, kejayaan itu cukup bermakna untuknya serta seluruh pasukan ketika mereka kini akan mempersiapkan pasukan untuk mempertahankan trofi Piala Malaysia yang di- menangi musim lalu.

"Ia sesuatu yang baik selepas kita gagal mendakap Piala FA, kita akhirnya berjaya membawa pulang piala Liga Super. Saya fikir ia motivasi yang baik untuk para pemain kita mengharungi kempen Piala Malaysia nanti.

"Bagi saya ini juga hadiah cukup bermakna buat selu- ruh rakyat Kelantan, terutama penyokong The Red Warriors yang sentiasa bersama pasukan," katanya.

Tambahnya, perlawanan menentang Sabah kelmarin cukup penting ketika dua lagi pasukan, Selangor dan Terengganu turut mengintai peluang.

Jelasnya, memenangi perlawanan di tempat lawan bukan suatu yang mudah, namun semangat dan kekuatan yang ada pada pemainnya untuk menjulang gelaran juara itu cukup kuat untuk mereka membenam Sabah.

"Ia suatu perlawanan yang sengit. Sabah sebuah pasukan yang baik, teruta- manya ketika mereka mendapat sokongan daripada peminat sendiri. Saya fikir gol pertama jaringan Nor- shahrul Idlan Talaha 'membunuh' sedikit harapan mereka dan membakar semangat pemain kita.

"Selepas menjaringkan gol pertama, Sabah banyak melakukan serangan sebab itu saya rasa kita perlu memasukkan pemain yang boleh bertahan dan kita keluarkan Mohd. Izwan Sola- huddin dan masukkan Aziz Ismail," ujarnya

Bagaimanapun, pada penghujung permainan, barisan pertahanan Kelantan agak leka sehingga dihukum oleh Sabah yang menjaringkan gol untuk merapatkan jurang selain menambah semangat untuk mereka mencari lebih gol.

"Kita bertahan dengan cukup baik, sebab itu kalau anda tengok, kadang-kadang ada sembilan pemain kita berada di bawah dan mereka boleh melakukan serangan pantas dan ia berkesan selepas kita berjaya mendapat gol kedua.

"Pada penghujung permainan kita agak leka sehingga Sabah berjaya dapatkan satu gol. Selepas itu para pemain mula mengatur kedudukan dan kita berjaya menyekat Sabah daripada terus mendapatkan gol penyamaan," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan