Harian Metro: Arena

sumber :-

Harian Metro: Arena


Bangkitlah Brazil!

Posted: 16 Jul 2011 09:15 AM PDT

CAMPANA (Argentina): Brazil hampir mengalami kekalahan pada peringkat kumpulan Copa America menentang Paraguay sebelum berjaya meraih keputusan seri pada minit terakhir.

Namun penyerang Alexandre Pato berkata pasukan kendalian Mano Menezes itu perlu bangkit dan tidak melakukan sebarang kesilapan di La Plata awal pagi esok dengan kedua-dua pasukan itu dipertemukan sekali lagi pada suku akhir.


Menezes menghabiskan hampir sepanjang hari kelmarin meminta skuad simpanannya beraksi seolah-olah corak permainan Paraguay ketika sesi latihan.

Bagaimanapun, selepas Brazil akhirnya bangkit dengan mengalahkan Ecuador untuk menjuarai Kumpulan B, mereka sekali lagi bermula sebagai pasukan pilihan dengan penyerang Neymar (gambar) dan Pato menjadi sandaran utama.


Kedua-duanya menyumbang dua gol menentang Ecuador, sekalipun Menezes menyedari Paraguay tidak mungkin memberikan banyak ruang kepada mereka untuk mara ke depan.


Robinho dan Paulo Henrique Ganso akan ditugaskan untuk membuat hantaran bagi membuka ruang buat Neymar dan Pato dengan Ramires dan Lucas Leiva turut memperkemaskan jentera tengah.

Pato berkata Brazil mesti bersedia dari wisel permulaan, tidak seperti minggu lalu, apabila gol saat-saat akhir Fred menyelamatkan mereka untuk seri 2-2.


"Ia pastinya satu perlawanan sukar dan berbeza daripada sebelum ini dan kali ini tidak harus ada kesilapan.

"Tapi kami yakin mampu memenanginya," kata penyerang AC Milan itu.


Berdasarkan kehebatan Neymar dan Pato, Paraguay pasti resah kerana penyerangnya Roque Santa Cruz, yang menjaringkan gol pada peringkat kumpulan, tidak pasti diturunkan kerana kecederaan selepas dikeluarkan ketika seri 3-3 menentang Venezuela.


"Kami masih berharap," kata jurulatih Gerardo Martino kelmarin. "Kami akan tunggu sehari lagi dan melihat keputusan ujian."

Santa Cruz, pemain Blackburn Rovers dalam Liga Perdana Inggeris, yang muncul penjaring gol terbanyak bersama sepanjang zaman negaranya dengan 25 gol selepas menjaringkan gol menentang Brazil minggu lalu, terpaksa dikeluarkan sebelum rehat babak pertama menentang Venezuela selepas cedera otot kaki dan digantikan Nelson Haedo Valdez. - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Borghi tetap percayakan Suazo

Posted: 16 Jul 2011 09:14 AM PDT

MENDOZA (Argentina): Penyerang Chile, Humberto Suazo (gambar) akan tetap berada dalam kesebelasan utama bagi pertembungan suku akhir menentang Venezuela awal pagi esok sekalipun gagal menjaringkan gol setakat ini, menurut jurulatih Claudio Borghi, kelmarin.

Suazo adalah penjaring gol terbanyak pada kelayakan Piala Dunia 2010 zon Amerika Selatan tetapi mengalami kecederaan bahu menjelang pusingan akhir yang menjejaskan penampilannya.


Dia bergelut mengembalikan semula prestasi terbaiknya sejak itu dan belum lagi menjaringkan sebarang gol pada Copa America.

"Saya akan menanti selama yang boleh. Saya tidak berhasrat untuk mengetepikannya," kata Borghi apabila ditanya mengenai persembahan hambar Suazo.


"Ketika perlawanan kami akan melihat perubahan berdasarkan bagaimana seseorang pemain beraksi, tapi saya tidak ragu-ragu Suazo akan berada dalam kesebelasan utama." Chile terpaksa membuat sedikit rombakan menentang Venezuela di bandar raya Andes, San Juan. Pemain sayap kiri Juan Beausejour digantung perlawanan selepas dibuang padang ketika menang 1-0 ke atas Peru dan perancang utama Matias Fernandez cedera dan tidak mungkin memulakan perlawanan. - Reuters

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan