Utusan Online - Sukan

sumber :-

Utusan Online - Sukan


Jangan takut meriam Gunners

Posted:

Jangan takut meriam Gunners

Jangan takut meriam Gunners

Oleh ZAZALI JAMIAN
sukan@utusan.com.my


Pengurus pasukan kebangsaan, Datuk Subahan Kamal (kiri) menyaksikan K. Rajagobal bersalaman dengan Arsene Wenger selepas sidang akhbar di Subang, semalam. Turut hadir dua pemain The Gunners, Robin van Persie dan Bacary Sagna. Pasukan Arsenal yang tiba pagi semalam akan menentang skuad Harimau Malaya di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam esok. – UTUSAN/Izham Jaafar


KUALA LUMPUR – Perlawanan persahabatan menentang Arsenal dalam Siri Jelajah, esok akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh jurulatih Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal untuk menguji pemain penyerangnya sebelum menghadapi Singapura dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2014.

Rajagobal berkata, melalui perlawanan sebegini beberapa kombinasi bahagian serangan akan diketahui keserasiannya menembusi pertahanan skuad gergasi Liga Perdana England itu.

Tambahnya, perlawanan esok di Stadium Nasional, Bukit Jalil juga adalah peluang terbaik buat semua pemain kebangsaan mempelajari corak permainan skuad Gunners sekali gus akan menjadi bekalan bermakna apabila berkunjung ke Singapura pada 23 Julai ini.

''Saya harap semua pemain tidak gentar ketika menghadapi Arsenal walaupun kita tahu mereka ini mempunyai pemain yang hebat di setiap posisi.

''Mungkin dalam perlawanan ini akan memberikan saya idea untuk mengunakan kombinasi yang lebih baik ketika menentang Singapura,'' katanya pada sidang akhbar bersama Arsenal di sini, semalam.

Dalam pada itu, Rajagobal memberitahu penyerang, Safee Sali mungkin tidak dapat diturunkan pada perlawanan, esok kerana memerlukan rehat manakala penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat telah pulih sepenuhnya daripada kecederaan dan bersedia untuk beraksi.

''Khairul Fahmi telah pulih dan sepatutnya diturunkan, namun saya tetap akan memberi peluang kepada semua pemain lain beraksi bersama skuad Arsenal dan Liverpool nanti.

''Biarlah pemain muda yang ada dalam skuad kebangsaan belajar sesuatu daripada perlawanan ini dan saya yakin dengan keupayaan pemain kita,'' jelas Rajagobal.

Kali terakhir skuad Gunners berkunjung ke Malaysia ialah pada tahun 1999 yang menyaksikan skuad kebangsaan tewas 0-2, malah pasukan negara sebelum ini juga pernah memperoleh kemenangan 2-0 ketika melayan kunjungan Arsenal pada tahun 1975.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Van Persie akui pincang tanpa Fabregas

Posted:

Van Persie akui pincang tanpa Fabregas

Van Persie akui pincang tanpa Fabregas


Robin van Persie (duduk, kanan) sibuk melayani peminat-peminatnya yang mahu mendapatkan autograf sempena Siri Jelajah Asia Arsenal 2011 di Subang, semalam.


KUALA LUMPUR – Penyerang Arsenal, Robin van Persie mengakui sukar untuk beraksi dengan baik tanpa bantuan ketua pasukan, Cesc Fabregas.

Katanya, Fabregas mempunyai naluri yang sama dengan dirinya terutama ketika meleretkan bola untuk mendapatkan jaringan selain selesa bersama dengan pemain dari Sepanyol itu.

''Dia (Fabregas) banyak membantu saya dalam mendapatkan jaringan dan saya juga amat arif dengan hantaran bola daripada pemain itu.

''Seandainya pemain itu tiada dalam pasukan ini tentu sukar untuk saya beraksi dengan baik kerana kami mempunyai keserasian yang cukup baik.

''Sebaiknya pemain itu perlu kekal bersama Arsenal bagi menghadapi musim depan,'' katanya kepada pemberita pda sidang akhbar Arsenal di sini, semalam.

Sebelum ini, Fabregas cuba dilamar oleh Barcelona dengan nilai tawaran 30.4 juta euro (RM129.8 juta).

Malah, jurulatih Arsenal, Arsene Wenger juga menegaskan bahawa dia akan melakukan apa sahaja untuk mempertahankan pemain tengahnya itu.

Menjelang perlawanan persahabatan menentang Malaysia, esok dalam Siri Jelajah skuad Gunners, Van Persie berharap cuaca tidak akan mengganggu aksi mereka di Stadium Nasional Bukit Jalil.

''Saya harap cuaca tidak terlalu panas dan selesa untuk bermain,'' katanya.

Dalam pada itu, pemain pertahanan Gunners, Bacary Sagna menyifatkan saingan esok adalah menentang pasukan yang bagus.

''Saya berpendapat mereka mungkin adalah sebuah pasukan yang bagus dan perlawanan akan menjadi lebih menarik,'' jelas Sagna.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan