Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Hentikan badi Kejohanan Dunia

Posted: 06 Aug 2011 04:36 PM PDT

Sukan

Chong Wei jadi tumpuan untuk akhiri 'sumpahan'

ESOK, Kejohanan Badminton Dunia akan disingkap tirainya dengan Wembley menjadi medan pertarungan yang menyaksikan barisan Tanah Tumpahnya Darahku diterajui jaguh perseorangan, Lee Chong Wei akan cuba menamatkan badi memenangi mahkota kejuaraan berprestij itu.

Entah mengapa kejohanan yang diperkenalkan pertama kali pada 1977 di Malmo, Sweden itu bagai badi kepada barisan pemain negara kerana hingga hari ini belum ada di kalangan jaguh negara yang mampu bergelar juara dunia walaupun mereka memiliki reputasi hebat, termasuk menduduki ranking pemain nombor satu dunia.

Sebaliknya, Malaysia yang menjadi antara gergasi badminton dunia hanya mampu bermegah dengan pingat perak dan gangsa tatkala gergasi lain seperti China, Indonesia, Denmark dan Korea Selatan sudah mengecapi nikmat memenangi mahkota kejuaraan berprestij itu. Justeru, harapan menggunung sekali lagi disandarkan kepada Chong Wei dan rakan-rakannya untuk cuba menamatkan badi itu sekali gus menceriakan kembali semula seluruh negara yang tampak masih 'berkabung' menangisi kegagalan skuad Harimau Malaya melangkah ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia baru-baru ini.

Pengalaman tewas dalam lima percubaan sebelum ini harus menjadi pengajaran berguna kepada pemain nombor satu dunia itu untuk menangani cabaran kali ini, apa lagi, pemain berusia 29 tahun itu kini berada di tahap prestasi terbaik dengan mengungguli lima daripada enam kejuaraan musim ini.

Malah, Chong Wei bukan setakat menjadi sandaran Malaysia, tetapi menggalas harapan tinggi seluruh dunia untuk menyekat pasukan Naga Merah – China – daripada menyapu bersih kesemua lima gelaran sekali lagi seperti tahun lalu dalam kejuaraan di Paris.

Jadi, ayuh Chong Wei dan rakan-rakan, jangan sekali lagi memberi impian palsu kepada seluruh negara, sebaliknya buktikan mampu menamatkan kemarau panjang negara dengan menakluk kejohanan berprestij itu kali ini!
JUARA PERSEORANGAN LELAKI

  • 1977: Flemming Delfs (DEN)
  • 1980: Rudy Hartono (INA)
  • 1983: Icuk Sugiarto (INA)
  • 1985: Han Jian (CHN)
  • 1987: Yang Yang (CHN)
  • 1989: Yang Yang (CHN)
  • 1991: Zhao Jianhua (CHN)
  • 1993: Joko Suprianto (INA)
  • 1995: Heryanto Arbi (INA)
  • 1997: Peter Rasmussen (DEN)
  • 1999: Sun Jun (CHN)
  • 2001: Hendrawan (INA)
  • 2003: Xia Xuanze (CHN)
  • 2005: Taufik Hidayat (INA)
  • 2006: Lin Dan (CHN)
  • 2007: Lin Dan (CHN)
  • 2009: Lin Dan (CHN)

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

hanif

chong wei, lakukan yg terbaik utk malaysia...

sapal

datuk lee chong wei memang hebat tetapi,kita jgn terlalu meletakkan beban yg terlalu berat kepadanya dengan over hope kepada kejuaraan.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

‘Wang bukan penentu kemenangan’

Posted: 06 Aug 2011 04:30 PM PDT

Sukan

Ferguson lancar perang psikologi terhadap Mancini menjelang pertemuan Perisai Komuniti

LONDON: Pengendali Manchester United, Sir Alex Ferguson terus menyalakan perang psikologi sebelum pertembungan Perisai Komuniti bertemu Manchester City, malam ini dengan memberi amaran kepada seteru jirannya itu betapa kekuatan dana besar bukan jaminan kejayaan dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).

Ferguson sebelum ini tidak mengambil pusing ketika City diambil alih pemilik kaya raya dari Abu Dhabi dan berjaya memikat nama-nama besar tiga tahun lalu sambil menamakannya "jiran bising" namun kemudian bertukar nada menyebut skuad dimiliki Roberto Mancini ketika ini adalah satu ancaman besar.

Dan Ferguson bagaikan sudah mulai panas sebelum pertembungan pembuka tirai tradisi musim ini bermula dengan menyatakan peringatan keras betapa wang besar bukan penentu betapa hadiah utama, menjulang kejuaraan liga akan menyusul. "Kami menghadapi situasi sama setiap tahun di mana kelab di sekeliling kami membeli pemain dan itulah bagaimana kamu melihat betapa pentingnya menjuarai liga hari ini," kata Ferguson. "Chelsea mempunyai kekuatan wang untuk membeli ketika Jose Mourinho hadir buat pertama kali dan kami menerima cabaran itu.

"Untuk memenangi liga di England amat sukar. Jika kamu melihat kepada Liga Perdana, kamu akan melihat enam pasukan bersaing untuk empat teratas. Saya fikir 84 mata sudah cukup menjuarai liga. Kami memiliki jumlah lebih rendah musim lalu namun kamu harus memikirkan peningkatan persaingan."

Mancini juga ingin melancarkan perang sama ke atas United, namun dia percaya skuadnya masih belum memiliki kekuatan bersaing dengan barisan dimiliki Ferguson untuk tempoh sembilan bulan berikut.

Ketika City membelanjakan 51 juta pound (RM251.5 juta) untuk memikat Sergio Aguero, Gael Clichy dan Stefan Savic, United turut mengeluarkan dana 50 juta pound (RM 246.5 juta) untuk mendapatkan David De Gea, Ashley Young dan Phil Jones. - AFP


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan