Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Buruan gelaran dunia bermula

Posted:

Buruan gelaran dunia bermula

Buruan gelaran dunia bermula

Oleh HELMI TALKAH
helmi.talkah@kosmo.com.my



CABARAN barisan pemain negara pada Kejohanan Badminton Dunia 2011 yang berlangsung di Arena Tertutup Wembley, London akan bermula hari ini.

Paling mencuri tumpuan sudah pasti kelibat jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei (gambar) yang kini dalam misi memburu kejuaraan dunia pertama sepanjang kariernya.

Melihatkan kepada persiapan pemain No. 1 dunia ini bagi menghadapi kejohanan di bumi London itu, Chong Wei sememangnya sudah bersedia baik daripada aspek fizikal dan mental.

Jurulatih perseorangan negara, Tey Seu Bock berkata, tidak seperti edisi-edisi terdahulu, Chong Wei dilihat lebih tenang bagi memulakan saingan kali ini.

"Jika kejohanan-kejohanan sebelum ini, dia (Chong Wei) terlalu memikirkan untuk bergelar juara, tetapi kali ini tidak lagi. Dia lebih tenang tanpa memikirkan sangat mengenai gelaran juara.

"Malah, saya lihat semangat Chong Wei untuk turun beraksi juga tinggi. Itu pasti akan membantunya untuk menewaskan pemain-pemain yang bakal menjadi lawannya nanti," kata Seu Bock ketika dihubungi Kosmo! di London semalam.

Tambah Seu Bock, program latihan intensif yang diadakan di University of Bath selama seminggu bermula 28 Julai lalu, turut menjadi elemen penting dalam usaha menghilangkan rasa tekanan yang dipikul Chong Wei.

"Sepanjang menjalani latihan di University of Bath, Chong Wei dilihat lebih fokus. Di sana, tidak ada apa yang mengganggunya dan itu membuatkan dia boleh fokus terhadap latihannya.

"Ketika di University of Bath juga saya banyak memberi kebebasan buat Chong Wei. Semua aktiviti kami berjalan dengan amat santai termasuklah ketika kami membincangkan hal-hal perlawanan," tambah Seu Bock.

Sebagai rekod, pencapaian terbaik yang pernah dilakar Chong Wei pada Kejohanan Dunia adalah melangkah ke peringkat separuh akhir dalam penampilan sulung di Aneiheim, Amerika Syarikat pada 2005.

Chong Wei bakal membuka tirai saingan pada kejohanan dunia kali ini berdepan pemain Thailand, Tanongsak Saensomboonsuk pada aksi pusingan pertama hari ini.

Turut akan beraksi pada aksi pusingan pertama hari ini ialah dua pasangan beregu lelaki negara, Mohd. Zakry Abdul Latiff-Hoon Thien How dan Chan Peng Soon-Lim Khim Wah yang masing-masing bakal membuka tirai saingan berdepan pasangan Amerika Syarikat, Howard Bach-Tony Gunawan serta Adam Cwalina-Michal Logosz dari Poland.

Dalam saingan beregu wanita, Wong Pei Tty-Chin Ee Hui bakal berdepan pasangan England, Jenny Wallwork-Gabrielle White, manakala Ng Hui Ern-Ng Hui Lin turun menentang Anna Kobceva-Elena Prus dari Ukraine.

Pasangan beregu campuran negara, Peng Soon-Goh Lui Ying akan turun menentang Xu Chen-Ma Jin dari China.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Rajagobal pantau Piala Malaysia

Posted:

Rajagobal pantau Piala Malaysia

Rajagobal pantau Piala Malaysia

Oleh WAN FAKHRUL BAKAR
fakhrul@kosmo.com.my


PEMAIN tengah Selangor, Hardi Jaafar (depan) dicabar penyerang kebangsaan, Safee Sali pada aksi persahabatan di Stadium Shah Alam kelmarin.


JURULATIH kebangsaan, Datuk K. Rajagobal akan menjadikan kempen Piala Malaysia bermula 6 September hingga 29 Oktober depan untuk memantau kelibat para pemain baharu yang berpotensi untuk dipanggil memperkuat skuad Harimau Malaya.

Terdahulu, skuad bimbingan Rajagobal tewas 0-1 kepada skuad Liga Super Selangor pada aksi persahabatan yang berlangsung di Stadium Shah Alam malam kelmarin menerusi jaringan tunggal Rudie Ramli pada minit ke-64.

"Saya akan lihat prestasi para pemain sepanjang Piala Malaysia nanti. Saya akan panggil pemain yang menyinar untuk memperkuatkan lagi pasukan ini menjelang persiapan menghadapi Piala Suzuki AFF 2012 dan Kelayakan Piala Asia 2015.

"Saya rasa ia mungkin perlu selepas melihat prestasi pasukan pada perlawanan ini yang nampak sedikit berbeza selepas ketiadaan tujuh pemain yang menyertai latihan skuad Olimpik," kata Rajagobal selepas perlawanan malam kelmarin.

Tujuh pemain kebangsaan iaitu penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat, Mahali Jasuli, Muslim Ahmad, Fadhli Shas, K. Gurusamy, Ahmad Fakri Saarani dan Izzaq Faris Ramlan telah berlepas ke Slovakia, Rabu lalu.

Berikutan itu, Rajagobal menguji beberapa pemain dalam kesebelasan utama malam kelmarin seperti Farizal Marlias, Helmi Remeli, Rizal Fahmi Rosid, Norhafiz Zamani Misbah, Shakir Shaari dan Baddrol Bakhtiar.

Turut diuji pada separuh masa kedua ialah Shahrom Kalam, Faizal Muhamad, Joseph Kalang Tie, Farisham Ismail, Khyril Muhymeen Zambri dan penjaga gol, Norazlan Razali.

"Kita sudah dapat lihat tahap permainan Norhafiz Zamani yang saya rasa dia perlu diberi peluang lagi untuk mempertingkatkannya. Begitu juga dengan Khyril Muhymeen yang sudah lama tidak bersama kita.

"Nasriq Baharom yang beraksi untuk Selangor juga telah mempamerkan persembahan baik dan dia juga saya ketepikannya sebelum ini akibat masalah kecederaan. Kita tengoklah nanti bagaimana perkembangannya," jelas Rajagobal.

Sebelum menutup kem latihan selama 12 hari yang bermula Rabu lalu pada Ahad ini, Rajagobal sedang berusaha untuk mendapat satu lagi aksi persahabatan untuk menguji barisan pelatih skuad kebangsaan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

AC Milan buka langkah kanan

Posted:

AC Milan buka langkah kanan

AC Milan buka langkah kanan


BARISAN pemain AC Milan meraikan kejayaan mereka muncul juara Piala Super Itali selepas membenam Inter Milan 2-1 di Stadium Nasional China, Beijing malam kelmarin.


BEIJING - AC Milan merangkul Piala Super Itali selepas membenam musuh setempat, Inter Milan 2-1 di Stadium Nasional China malam kelmarin.

Tampil selaku penyandang juara Serie A, Milan memperoleh dua gol dalam tempoh sembilan minit pada babak kedua.

Milan yang menamatkan penguasaan Inter selama lima musim dengan muncul juara Serie A pada Mei lalu, bangkit menerusi jaringan daripada Zlatan Ibrahimovic dan Kevin-Prince Boateng.

Sebelum itu, Inter yang dilihat lebih banyak mendominasi babak pertama mendahului hasil jaringan Wesley Sneijder - pemain yang dikaitkan bakal berhijrah ke Manchester United atau Manchester City.

Sneijder berjaya merobek gawang Milan pada minit ke-22 menerusi sepakan percuma selepas Gennaro Gattuso dilayangkan kad merah.

Ibrahimovic menyamakan kedudukan menerusi tandukan pada minit ke-60 selepas menerima hantaran Clarence Seedorf dan sembilan minit kemudian, Boateng meledak gol kemenangan Milan.

"Pertembungan setempat tetap akan sentiasa menjadi pertembungan setempat. Kami berdepan kesukaran dengan stamina apabila para pemain kelihatan letih pada awal 30 minit pertama.

"Tapi pada babak kedua, kami tampil dengan aksi lebih baik. Kami tidak lagi memberi peluang kepada lawan kecuali kepada Sneijder," kata jurulatih Milan, Massimiliano Allegri.

Kekalahan itu pasti permulaan kurang baik buat jurulatih baru Inter, Gian Piero Gasperini yang menggantikan Leonardo.

"Kami beraksi cukup baik pada babak pertama. Kami cuba memandang dari sudut positif bagi menghadapi musim baharu ini.

"Tentang khabar angin penghijrahan Sneijder, kami akan berbicara tentang itu minggu depan selepas kembali ke Itali," kata Gasperini.

Saingan musim baharu Serie A bakal bermula pada 28 Ogos depan dengan Milan berkunjung ke Cagliari, manakala Inter menanti kunjungan Lecce. - Reuters

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan