Berita Harian: Sukan |
BAM usah bermusuh dengan kelab: Kok Chi Posted: 23 Aug 2011 04:55 PM PDT Sukan ADA 'gegaran baru' terus dirasai Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan kali ini giliran Majlis Olimpik Malaysia (MOM) pula tampil menegur badan induk itu agar mengkaji semula peranan dan tugas sebenarnya.Ketika Datuk Seri Mohd Nadzmi Salleh menegaskan badan diterajuinya masih relevan dalam membangunkan dan menguruskan badminton negara, Setiausaha Kehormat MOM, Datuk Sieh Kok Chi (kanan), berkata tindakan BAM yang memberi lebih tumpuan kepada latihan skuad kebangsaan menyaksikan badan induk itu mungkin lupa dan tidak mempunyai masa membangun struktur serta model pembangunan secara menyeluruh. "Jika BAM merasakan melatih pemain itu adalah tugas utama mereka, sebenarnya ia satu kegagalan kerana mengapa hingga hari ini negara masih terus bergantung harap kepada hanya seorang pemain perseorangan (Lee Chong Wei) dan beregu (Koo Kien Keat-Tan Boon Heong). "BAM sepatutnya mengkaji semula peranan dan tugas mereka dengan membina satu struktur dan model pembangunan lebih menyeluruh dengan memastikan semua peringkat sekolah, kelab dan negeri memainkan peranan masing-masing kerana apa yang saya nampak peranan yang dimainkan ketiga-tiga peringkat akar umbi itu kurang berkesan," katanya semalam.Kok Chi juga mahu supaya BAM mengamalkan sikap lebih terbuka terhadap kelab dan bukannya menjadikan mereka sebagai musuh. |
Posted: 23 Aug 2011 04:52 PM PDT Sukan PSK naik kadar sewa Stadium Sultan Muhammad seratus peratusKETIKA Kelantan sibuk membuat persiapan menghadapi saingan Piala Malaysia bermula 6 September ini, skuad The Red Warriors dikejutkan dengan kadar baru sewa bagi penggunaan Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu yang jumlahnya meningkat hampir 100 peratus iaitu daripada RM650 kepada RM1,200 berkuatkuasa 3 Ogos lalu. Cadangan menaikkan kadar sewa baru itu diputuskan Perbadanan Stadium Kelantan (PSK) dalam mesyuarat Ahli Majlis 3 Ogos lalu dan surat makluman mengenai perkara itu difaksimilikan kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) pada 11 Ogos lalu. Naib Presiden KAFA, Rosmadi Ismail menganggap jumlah kadar sewa baru yang dikenakan itu wajar dikaji semula oleh PSK kerana ia menambah beban kewangan kepada persatuan bola sepak negeri. "Saya terkejut dengan kadar baru sewa penggunaan padang dan lampu limpah bagi sesi latihan dan perlawanan pada waktu malam di stadium itu sebanyak RM1,200 yang dikenakan PSK sekarang berbanding RM650 sebelum ini kepada KAFA."Saya harap PSK dapat mempertimbangkan semula kadar baru kerana ia dianggap membebankan kewangan persatuan itu, terutama ketika tumpuan perbelanjaan lebih perlu digunakan untuk persiapan pasukan The Red Warriors menghadapi saingan Piala Malaysia bermula 6 September ini," katanya di Kota Bharu, semalam. Rosmadi berkata, berdasarkan kandungan surat itu, Ahli Majlis PSK membuat keputusan menaikkan kadar baru sewa bagi penggunaan padang dan lampu limpah di stadium berkenaan. Sementara itu, Setiausaha PSK, Azi Rahimee Mohamed ketika ditemui mengakui memang ada keputusan dibuat Ahli Majlis PSK mencadangkan kenaikan kadar baru sewa kerana menganggapnya ia sudah lama tidak dinaikkan.
|
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan