Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Mana senarai?

Posted:

Mana senarai?

Mana senarai?


Datuk Sieh Kok Chi


MANA senarai atlet ke Sukan SEA 2011? Itu teguran daripada Majlis Olimpik Malaysia kepada enam persatuan sukan kebangsaan yang masih belum menyerahkan nama atlet yang akan bertanding pada Sukan SEA ke-26 di Jakarta dan Palembang, Indonesia pada 11 hingga 25 November ini.

Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Sieh Kok Chi berkata, enam persatuan itu melibatkan sukan akuatik, olahraga, angkat berat, bola tampar, petanque dan shorinji kempo.

Menurut Kok Chi, pihaknya baru saja menerima borang daripada jawatankuasa penganjur temasya itu untuk mengisi nama atlet yang akan mengambil bahagian.

"Sehingga kini MOM telah selesai hampir 90 peratus proses penyenaraian atlet, tinggal enam persatuan sahaja yang belum menghantar senarai atlet mereka," katanya semalam.

Menurutnya, persatuan-persatuan tersebut masih menjalankan proses pemilihan atlet dan mereka dikehendaki melaksanakannya sebelum 30 September ini, iaitu tarikh akhir borang itu perlu dikembalikan kepada pihak penganjur.

Selain itu, Kok Chi berkata dua ketua kontinjen negara akan membuat tinjauan persiapan di venue masing-masing iaitu Jakarta dan Palembang pada 18 Ogos ini.

Mereka adalah Timbalan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Naim Mohamed yang dipilih sebagai ketua kontinjen ke Jakarta dan Presiden Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM), Datuk Syed Mustaffa Syed Ali sebagai ketua kontinjen ke Palembang.

Pada edisi Sukan SEA kali ini Indonesia menganjurkan 43 jenis sukan termasuk enam sukan baharu iaitu bridge, paragliding, sukan roller, shorinji kempo, vovinam dan mendaki.

Malaysia akan menyertai semua jenis sukan yang dipertandingkan kecuali gusti, lumba perahu tradisional, tenis lembut dan vovinam. – Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

'Jangan pandang mudah lawan'

Posted:

'Jangan pandang mudah lawan'

'Jangan pandang mudah lawan'

Oleh HELMI TALKAH
helmi.talkah@kosmo.com.my


CHONG WEI terus diingatkan agar menghormati semua lawan yang bakal dihadapinya pada Kejohanan Badminton Dunia di London minggu depan.


AGUH perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei diingatkan agar tidak memandang rendah kemampuan lawannya sepanjang laluan memburu kejuaraan pertama pada Kejohanan Badminton Dunia 2011 di London yang akan membuka tirainya Isnin ini.

Atas kertas, pemain ranking No. 1 dunia itu dijangka tidak berdepan halangan sukar untuk mara sehingga ke pentas final berdasarkan undian yang dikeluarkan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) minggu lalu menjelang kejohanan yang bakal berlangsug di Arena Tertutup Wembley itu.

Ini kerana, dia dijangka hanya akan berdepan seteru utamanya, Lin Dan dari China sekiranya mara ke final.

Bagaimanapun, jurulatih perseorangan negara, Tey Seu Bock tidak mahu anak didiknya itu terlalu selesa dengan undian tersebut, sebaliknya mahu Chong Wei sentiasa kekal fokus tidak kira siapa pun lawannya.

"Chong Wei tidak boleh sesekali memandang rendah kemampuan lawannya. Memang dia merupakan pemain No. 1 dunia tetapi pemain- pemain lain sudah pastinya turun dengan penuh bersemangat untuk menewaskannya.

"Kadang-kadang pemain yang kita tidak jangka boleh menang mampu mencipta kejutan terutamanya pemain-peman muda yang turut bakal beraksi pada kejohanan dunia kali ini.

"Jadi... apa yang saya mahu ingatkan kepada Chong Wei adalah sentiasa fokus dalam semua perla- wanan tidak kiralah siapapun yang menjadi lawannya nanti.

"Seperti yang saya selaku katakan dia perlu fokus satu demi satu perlawanan," kata Seu Bock ketika dihubungi Kosmo! di London semalam.

Tampil selaku pemain pilihan pertama kejohanan, Chong Wei, 29, tetap perlu berwaspada sepanjang laluannya untuk ke final kerana cabaran sebenar hanya akan menantinya bermula pada pusingan ketiga nanti.

Sekiranya layak ke pusingan ketiga, pemain kelahiran Pulau Pinang itu dijangka berdepan Park Sung-hwan dari Korea Selatan yang diletakkan sebagai pemain pilihan kesembilan kejohanan.

Menang ke atas Sung Hwan, Chong Wei perlu memikirkan strategi terbaik bagi menjinakkan pemain muda China, Chen Long pada aksi peringkat suku akhir.

Jika berjaya melepasi halangan pada peringkat suku akhir, Chong Wei berkemungkinan bakal berdepan dengan dua pemain yang tidak kurang hebatnya sama ada perse- orangan Indonesia, Taufik Hidayat ataupun juara bertahan, Chen Jin dari China pada peringkat separuh akhir.

Jika dibuat penilaian berdasarkan rekod pertemuan dengan pemain-pemain tersebut, ternyata kemenangan lebih memihak kepada Chong Wei.

"Memang rekod pertemuan memihak kepada Chong Wei. Namun, kita perlu ingat bahawa ada dua pemain China yang berkemungkinan menjadi lawannya iaitu Chen Long dan Chen Jin.

"Kedua-dua pemain ini tidak boleh dipandang mudah. Pada bila-bila masa sahaja mereka mencipta kejutan," jelas Seu Bock.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Indonesia rayu Malaysia hantar pelumba trek terbaik

Posted:

Indonesia rayu Malaysia hantar pelumba trek terbaik

Indonesia rayu Malaysia hantar pelumba trek terbaik

TINDAKAN Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) yang merancang menyenarai hanya pelumba pelapis untuk menyertai acara trek pada Sukan SEA 2011 di Indonesia jelas mengundang rasa gundah kepada negara tuan rumah temasya dwitahunan tersebut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan