Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Chong Wei kempunan

Posted:

Chong Wei kempunan

Chong Wei kempunan

KEMPUNAN LAGI... Chong Wei terpaksa melupakan hasrat merangkul kejuaraan dunia apabila tumbang di tangan Lin Dan pada aksi final di Arena Tertutup Wembley, London semalam.


JAGUH negara, Datuk Lee Chong Wei terus kempunan untuk merangkul kejuaraan dunia. Biarpun tampil selaku pemain No. 1 dunia, Chong Wei sekali lagi dibayangi kehandalan seteru utamanya dari China, Lin Dan.

Pada aksi final Kejohanan Badminton Dunia di Arena Tertutup Wembley, London semalam, Chong Wei tumbang dalam pertarungan tiga set.

Meskipun berjaya mencatatkan kemenangan 22-20 pada set pertama, Chong Wei terpaksa akur dengan kehebatan Lin Dan yang tampil dengan aksi penuh bertenaga untuk menang dua set berikutnya 21-14, 23-21.

Kejuaraan dunia yang dirangkul oleh Lin Dan itu merupakan yang keempat sepanjang kariernya.

Jaguh China berusia 28 tahun itu pernah bergelar juara dunia sebanyak tiga kali iaitu pada edisi 2006, 2007 dan 2009.

Sebaliknya, Chong Wei yang telah mencecah usia 29 tahun sekali lagi terpaksa melupakan hasrat muncul juara dunia selepas membuat penampilan sulung di Anaheim, Amerika Syarikat pada 2005.

Pencapaian terbaik Chong Wei sekadar mara ke peringkat separuh akhir kejuaraan dunia edisi 2005.

Sementara itu, pasangan China, Yu Yang/Wang Xiaoli muncul juara beregu wanita selepas menewaskan rakan senegara mereka iaitu Tian Qing/Zhao Yunlei 22-20, 21-11.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Wigan mahu uji Baddrol

Posted:

Wigan mahu uji Baddrol

Wigan mahu uji Baddrol

Oleh WAN FAKHRUL BAKAR
fakhrul@kosmo.com.my


BADDROL tidak keberatan untuk berkelana ke luar negara andai mendapat tawaran daripada Wigan Athletic.


KELAB Liga Perdana England, Wigan Athletic dikhabarkan mahu menawarkan ujian percubaan kepada pemain skuad bola sepak kebangsaan, Baddrol Bakhtiar.

Berita mengejutkan itu telah dipaparkan di sebuah laman web bola sepak United Kingdom, www.eyefootball.com kelmarin dengan tajuk Baddrol Bakhtiar to join Wigan?.

Baddrol yang baru berusia 23 tahun merupakan pemain skuad Liga Super Kedah dan boleh beraksi di posisi sayap mahupun sebagai penyerang.

Berdasarkan laporan berita tersebut, usaha Wigan untuk mendapatkan Baddrol adalah sebagai salah satu langkah kelab itu meluaskan peluang perniagaan barangan cenderamata mereka ke Malaysia.

Namun sejauh mana kebenaran berita tersebut masih belum dapat dipastikan apabila Baddrol sendiri mendakwa dia belum menerima sebarang tawaran rasmi daripada pihak Wigan.

"Saya tak tahu apa-apa tentang perkara ini. Mungkin khabar angin saja. Saya tak pasti. Saya sendiri pun tak tengok lagi laman web terbabit," kata Baddrol ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Ditanya andai laporan itu benar dan tawaran rasmi daripada Wigan bakal menyusul selepas ini, Baddrol berkata: "Kalau betul memang ada tawaran, insyaallah saya akan pergi dan cuba."

Baddrol sebelum ini pada 2008 ketika usianya baru mencecah 20 tahun bersama-sama Bunyamin Umar pernah dihantar berlatih selama dua minggu ke sebuah lagi kelab Liga Perdana England, Chelsea.

Wigan di bawah bimbingan pengurus, Roberto Martinez memulakan kempen saingan liga musim ini dengan mencatat keputusan seri 1-1 dengan pendatang baharu, Norwich City malam kelmarin.

Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad turut terkejut dengan berita tersebut, tetapi menganggap ia sesuatu perkembangan yang positif andai benar-benar berlaku.

"Saya pun tak tahu tentang berita ini. Tapi jika benar, pada saya ia satu perkembangan positif dan baik untuk bola sepak negara," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Kosmo! kerana kini berada di luar negara.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Cai Lin masih ada sebab gembira

Posted:

Cai Lin masih ada sebab gembira

Cai Lin masih ada sebab gembira


CAI LIN menampilkan renangan bertenaga dalam acara 800m gaya bebas pada temasya Sukan Universiade 2011 di Pusat Akuatik Universiade pagi semalam.


SHENZHEN - Meskipun gagal memperbaiki rekod peribadi, perenang negara, Khoo Cai Lin tetap berpuas hati dengan pencapaiannya dalam acara 800 meter gaya bebas wanita pada Sukan Universiti Dunia (Universiade) 2011.

Cai Lin, 24, berkata, catatan masa 8 minit dan 52.00 saat yang dilakukan di Pusat Akuatik Universiade pagi semalam, lebih baik daripada pencapaiannya di Shanghai, China bulan lalu.

Pada Kejohanan Renang Dunia itu, Cai Lin mencatatkan masa 8:57s dalam acara yang sama.

"Saya rasa sangat gembira kerana prestasi saya hari ini (semalam) lebih baik daripada apa yang saya lakukan di Shanghai dua minggu lalu.

"Daripada tiga saringan pertama hari ini (semalam), saya berjaya menduduki tempat kelima keseluruhan," kata perenang kelahiran Selangor itu ketika ditemui di Pusat Akuatik Universiade pagi semalam.

Untuk rekod, catatan masa peribadi terbaik dan juga rekod kebangsaan milik Cai Lin dalam acara 800m gaya bebas adalah 8:45s yang dilakukannya pada temasya Sukan SEA 2009 di Laos.

Pada Kejohanan Renang Terbuka Malaysia ke-54 di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil pada Mei lalu, Cai Lin berjaya mencatat masa 8:49.28 saat.

Cai Lin berkata, dia masih mampu mempamerkan aksi yang cemerlang meskipun terpaksa berdepan pencabar yang berbeza berbanding ketika menyertai Kejohanan Dunia bulan lalu.

Hari ini, Cai Lin akan meneruskan saingan dalam acara 400m sebelum melengkapkan renangan dalam acara 200m gaya bebas pagi esok.

Pada masa yang sama, Cai Lin mengakui, dia masih mengintai peluang untuk beraksi pada Sukan SEA 2011 di Indonesia, November depan.

"Setakat ini, saya belum pasti akan beraksi dalam acara ini (800m gaya bebas) pada Sukan SEA 2011. Sepatutnya, atlet yang menduduki dua tempat teratas pada Sukan SEA sebelum ini, layak untuk menyertainya.

"Kalau boleh, saya mahu menyertai temasya itu kerana saya mahu mempertahankan pingat perak yang dimenangi di Laos lalu," katanya.

Sebelum ini, Cai Lin berkata, penampilannya di Shenzhen sangat penting untuk dia meningkatkan prestasi, sekali gus menempah tiket ke Sukan Olimpik 2012 di London.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen