Harian Metro: Arena |
Posted: 13 Aug 2011 08:45 AM PDT REXY Mainaky berjanji akan menamatkan kemelut menyelubungi persembahan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong daripada berpanjangan dengan memberi fokus untuk menyiapkan mereka bagi menghadapi Sukan Olimpik, tahun depan. Kegagalan Kien Keat-Boon Heong yang muncul naib juara di Paris tahun lalu, di suku akhir Kejohanan Dunia, kelmarin, mengundang tekad jurulatih beregu itu untuk merancang semula hala tuju anak didiknya itu.
Menurutnya, Kean Kiat-Boon Heong tidak kisah jika bertemu pasangan utama dari China, Cai Yun-Fu Haifeng, Mathias Boe-Carsten Mogensen (Denmark), Lee Yong Dae-Jung Jae Sung (Korea) kerana mereka berupaya menangani lawan. Jika tewas sekalipun, menurutnya, saingan pasti sengit.
Setahun selepas Rexy mengendalikan skuad beregu negara pada 2006, Kien Keat-Boon Heong begitu menyerlah sebelum prestasi merudum pada 2008 dan 2009 dan bangkit semula pada 2010.
"Saya juga memerlukan maklum balas daripada Koo dan Tan. Mereka yang beraksi di gelanggang dan seharusnya mereka menjadi orang utama yang dapat membantu dalam memperbaiki permainan masing-masing," katanya.
|
Posted: 13 Aug 2011 08:40 AM PDT [unable to retrieve full-text content]KIMBELEY YAP hanya ketinggalan lima minit 38 saat di belakang juara lebuhraya 120km wanita dari Korea, Gu Sungeun ketika menamatkan perlumbaan di tempat ke-23. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan