Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Bolt tebus 'dosa'

Posted: 03 Sep 2011 04:35 PM PDT

Sukan

DAEGU (Korea Selatan): Bintang pecut Jamaica, Usain Bolt bangkit daripada kekecewaan dibatalkan pada acara 100m untuk meraih pingat emas 200m pada kejohanan olahraga dunia semalam, dengan catatan masa keempat terpantas pernah dihasilkan - 19.40 saat.

Hanya Boltt, 25, yang juga juara bertahan dan pemegang rekod dunia acara 200m itu melakukannya dua kali dan legenda trek Amerika Syarikat (AS), Michael Johnson pernah melakukan larian lebih pantas daripada catatan itu.

"Saya berasa hebat. Saya masih yang terbaik," kata Bolt. "Saya membuat kesilapan dalam acara 100m tetapi saya mungkin memenanginya." Dix meraih pingat perak dengan catatan terbaiknya musim ini iaitu 19.70s dengan pelari Perancis, Christophe Lemaitre tampil dengan larian kencang pada penghujung saingan untuk meraih pingat gangsa dengan mencatat rekod kebangsaan negaranya, 19.80s.

"Saya mahu hadiahkan AS dengan pingat emas, tetapi ia tidak jadi kenyataan, saya terpaksa memujuk diri saya untuk berpuashati dengan pingat perak. Dia nyata terlalu handal," kata Dix mengenai Bolt. - AFP

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

fifi

tahniah bolt! syok tgk dia lari ...


Pinda jadual

Posted: 03 Sep 2011 04:34 PM PDT

Sukan

Saingan suku/separuh akhir Piala Malaysia mungkin diubah

JADUAL perlawanan suku akhir atau separuh akhir Piala Malaysia musim ini mungkin dipinda bagi memberi laluan kepada perlawanan persahabatan antarabangsa antara skuad Harimau Malaya menentang skuad Piala Dunia Australia yang dijadualkan 7 Oktober ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin, berkata cadangan itu akan dibawa pada mesyuarat JPKT, Jumaat ini bagi berlaku adil terhadap pasukan yang layak ke suku akhir atau separuh akhir Piala Malaysia tetapi memiliki ramai pemain yang beraksi dengan skuad kebangsaan. Hamidin berkata, memandangkan tarikh perlawanan persahabatan itu yang begitu hampir dengan perlawanan suku akhir dan separuh akhir Piala Malaysia, ada kemungkinan beberapa pemain yang mewakili skuad kebangsaan tidak akan dapat beraksi untuk pasukan masing-masing dalam saingan Piala Malaysia kerana terpaksa menghadiri latihan pusat beberapa hari menjelang perlawanan persahabatan itu dan memerlukan rehat seketika selepas persahabatan itu sebelum kembali bersama pasukan masing-masing.

Menurutnya, situasi itu mungkin akan menjejaskan cabaran pasukan yang mempunyai ramai pemainnya mewakili skuad kebangsaan.

Justeru, kita akan cuba memutuskan sama ada meminda jadual pertandingan Piala Malaysia atau pasukan yang terbabit terpaksa menerima hakikat beraksi tanpa pemain mereka yang mewakili skuad kebangsaan," katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Aidilfitri di kediamannya di Shah Alam, Selangor, semalam.

Perlawanan persahabatan menentang Australia itu atas persetujuan FAM menerima jemputan Persekutuan Bola Sepak Australia (FFA) ke negara itu bagi mengadakan perlawanan persahabatan di Sydney, 7 Oktober ini.
Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad yang mengesahkan perkara itu 26 Ogos lalu berkata, keputusan untuk menerima jemputan FFA itu dicapai selepas mendapat perkenan presiden, Sultan Ahmad Shah dan mengadakan perbincangan bersama jurulatih, Datuk K Rajagobal dan pengurus pasukan, Datuk Subahan Kamal.

Hamidin berkata, bagi mengelakkan masalah serupa daripada berulang, pada mesyuarat JKPT itu nanti, pihaknya akan mencadangkan supaya semua jadual perlawanan persahabatan skuad negara pada masa akan datang disusun rapi lebih awal dan dipastikan tidak bertembung dengan perlawanan liga tempatan.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan