Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Debaran mula

Posted: 05 Sep 2011 04:18 PM PDT

Sukan

K Rajagobal

K Rajagobal

Rajagobal pilih Kelantan, Selangor, Terengganu dan Kedah

DETIK ditunggu sudah tiba dan hari ini, 16 pasukan akan turun ke gelanggang untuk memburu satu trofi yang dilabel antara tertua di Asia iaitu Piala Malaysia.

Pada firasat jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal dia melihat empat pasukan - Kelantan, Selangor, Terengganu dan Kedah - memiliki segala ramuan mengejar pengiktirafan itu tapi tidak menolak kemungkinan skuad kerdil mampu membuat kejutan dalam kejohanan yang sentiasa memiliki unsur tradisi dan klasik. "Bagi saya, Kelantan, Terengganu, Selangor dan Kedah tetap menjadi pilihan dan mereka cuma kena jaga prestasi dan mempamerkan persembahan baik. Tapi Piala Malaysia sentiasa dengan kejutan dan mana-mana pasukan perlu terima hakikat jika tersingkir awal kerana ini saingan kalah mati.

"Negeri Sembilan juga saya fikir tak harus dipandang rendah. Dua musim berturut mereka beraksi di pentas final. Untuk pasukan dari Liga Perdana saya tak boleh komen banyak. Hanya boleh mengatakan mereka mampu memberi rintangan," kata Rajagobal ketika dihubungi, semalam.

Keempat-empat pasukan yang dinilai Rajagobal itu akan beraksi di gelanggang lawan dan perwatakan mereka bakal diuji, malam ini sama ada menepati ciri-ciri selaku juara dalam pembikinan, musim ini.

Rajagobal turut menjangkakan saingan Piala Malaysia kali ini lebih meriah dibantu dengan keghairahan peminat yang kembali teruja dengan kebangkitan skuad kebangsaan dan skuad Olimpik serta masih 'panas' dengan kehadiran tiga kelab Liga Perdana Inggeris, Arsenal, Liverpool dan Chelsea Julai lalu.

Artikel lain:

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen


BAM masih buntu atasi kemelut

Posted: 05 Sep 2011 04:13 PM PDT

Sukan

CHIN Chai (kanan) bersama  Chai  dan  Shen selepas pertemuan  di Wisma MOM, semalam.

CHIN Chai (kanan) bersama Chai dan Shen selepas pertemuan di Wisma MOM, semalam.

Dua isu Teik Chai-Bin Shen sukar diatasi, MOM mahu selesai secara baik

SELEPAS hampir empat jam berunding, tetapi gandingan Gan Teik Chai-Tan Bin Shen dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) masih buntu mencari jalan penyelesaian terbaik bagi mengatasi kemelut yang timbul selepas gandingan KLRC itu dinafikan hak beraksi dalam Kejohanan Dunia di London, awal bulan lalu.

Sebaliknya, rundingan itu akan memasuki pusingan kedua, Selasa ini selepas kedua-dua pihak meminta masa daripada pengantara yang dilantik Jawatankuasa Undang-Undang dan Timbang Tara Majlis Olimpik Malaysia (MOM) untuk berbincang lebih lanjut berhubung dua isu yang menjadi penghalang kepada penyelesaian kemelut itu. Difahamkan, dua isu yang menjadi penghalang kepada penyelesaian kemelut itu kemungkinan membabitkan tuntutan gandingan itu yang mahu BAM menanggung perbelanjaan mereka beraksi dalam kejohanan antarabangsa dan badan induk itu perlu memohon maaf secara terbuka.

Naib Presiden merangkap Pengerusi Jawatankuasa Undang-Undang dan Timbang Tara MOM, Datuk Roy Rajasingham, berkata pihaknya berharap kedua-dua pihak akan dapat berkompromi bagi menyelesaikan dua isu yang menjadi penghalang kepada penyelesaian kemelut itu.

"Saya tidak tahu dua isu yang menjadi penghalang itu kerana saya tidak terbabit dan masuk campur dalam rundingan yang dijalankan, tetapi saya berharap kedua-dua pihak dapat berkompromi serta mencari jalan penyelesaian terbaik sebelum kembali ke meja rundingan 13 September ini," katanya.

Roy berkata, bagi memastikan keadilan kepada kedua-dua pihak, pihaknya melantik dua peguam yang bebas dan bertauliah, Seumas Tan serta Wong Lu Peen menjadi pengantara bagi membantu mereka mencari jalan penyelesaian terbaik.
"MOM menubuhkan Jawatankuasa Undang-Undang dan Timbang Tara bagi membantu persatuan dan atlit yang berdepan masalah untuk mencari jalan penyelesaian terbaik daripada membawa kes mereka ke mahkamah yang boleh menelan kos yang tinggi dan memakan masa yang panjang untuk diselesaikan," katanya.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan