Oh! Oman Posted: 15 Sep 2011 01:44 PM PDT Sukan Skuad Olimpik negara dapat mesej sebelum berentap JepunSKUAD B-22 negara tampak sudah bersedia berdepan 'gelora' Jepun pada aksi sulung Kumpulan C, pusingan akhir kelayakan Olimpik 2012 di Stadium Tosu, Rabu ini, walaupun tewas kepada Oman 1-0 pada aksi persahabatan terakhir di Stadium UiTM, Shah Alam, petang semalam. Oman yang singgah sebelum bertemu Korea Selatan pada aksi sulung Kumpulan A di Changwon, juga Rabu ini memiliki reputasi hebat selepas menyingkirkan Tajikistan pada pusingan pertama dan China pusingan kedua serta menjuarai Piala Teluk B-23, bulan lalu. Namun, skuad Olimpik negara jelas lebih banyak menguasai permainan dengan beberapa percubaan berbahaya A Thamil Arasu, Wan Zack Haikal, Izzaq Faris Ramlan dan Nazmi Faiz Mansor tetapi dihukum rembatan kencang Hussain Ali Al Hadhri yang menghasilkan gol kemenangan Oman pada minit ke-41. "Satu persembahan yang cukup baik terutama pada babak kedua apabila pemain menunjukkan kesungguhan untuk mencari gol penyamaan. Ia perkembangan positif dan bagi saya keputusan perlawanan ini tidak begitu penting. "Cuma kita hilang fokus seketika dan dihukum pihak lawan. Harap ia menjadi pengajaran berguna kepada pemain supaya tidak leka biarpun untuk tempoh sesaat apabila berdepan Jepun," kata jurulatih skuad Olimpik negara, Ong Kim Swee ketika ditemui selepas perlawanan. Dapatkan akhbar Berita Harian untuk berita lanjut
Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komen far-bregas kenapa tidak diadakan perlawanan ini di stadium? barulah dapat rasai tekanan bila dilihat penonton
fadr7myan6 Inilah perangai orang malaysia..dah kalah banyak alasan..kalah kalahlah..pasukan main bola dengan jaringan gol bukan dengan aksi rentak yang cantik dsb...bermain untuk bertahan dan menjaring gol pasti menang... nasuha wey..
bru 1-o
tu kre hbbt tu...
budak uitm aku tengok match ni semalam kat padang uitm,.yg komen buruk2 tu jgn nk over sgt kan,.malaysia main baik semalam,.malaysia byk try.,cuma nasib x menyebelahi je,. zamanbj Skuad olimpik tiada penyerang berbisa seperti Dollah Salleh atau Zainal Abidin shah keputusan xpenting,yg penting kita mengesan kelemahan dan gunakan kekuatan sbg senjata m'sia..gogogo m'sia!! opie jepun akan kalah d tangan harimau malaya ;wahai peminat ramai2 ke stadium jepun untak bagi sokongan buat harimau malaya mdfaizal wanjeff, masa sebelum lawan lubnan, kene belasah olimpik qatar masa friendly pun dah ramai peminat bola bagi pandangan sinis.. relax bro. laloq tanamkan dalm diri..'malaysia boleh!'..anda pasti bboleh..ayuh MLAYSIA!!
aco rasanyer kita perlu focus kepada jaringan jauh. Latihan diperlukan. allocate 4 hours and focus kepada jaringan. you know what to do. kita masih mengharapkan yang terbaik. Banzai apa apa pun teruskan usaha..mereka tidak tahu keadaan yang sebenar di padang..yang tahu hanya komen bukan bukan..bukan untuk memberi kata semangat...syabas harimau malaya...banyak perubahan yang berlaku..teruskan..kami sentiasa menyokong anda... wanjoff pemain Malaysia da ada rentak la cuma kekalahan ni hanya dijadikan sebagai pengajaran..kalau da ada rentak tapi masih kalah dan mengatakan "kami memang kalah kerana itulah yang terbaik kami blh lakukan, sorry peminat2 Malaysia", jadi sia2 la apa yg mereka lakukan..sekurang2nya mereka jadikan ini sbg pngjaran..tiada apa yg sempurna..kita hanya dapat memperbaiki.. wanjeff Hai...takkan tinggal bberapa hari lagi nak ke Jepun masih lagi nak tercari-cari rentak. Kalau tmpt sendiri dah tak boleh nak menang, inikan pula d negeri org. Wake up Malaysia...Ong, u hav to do some magic. Bukan masanya lagi utk u nak kata u kena baiki itu baiki ini. Aziz Mamat Belajar daripada kekalahan amat bermakna daripada berkhayal mendapat kemenangan. Di sini ambo sebagai peminat bola sepak negara begitu mengharap jurulatih menerapkan latihan menjaring dalam jarak 25 atau 30 meter. Apabila latihan sebegini diadakan, tidak mustahil para pemain akan mencuba dan mendapat hasil yang cukup memberangsangkan. Tendangan mereka secara langsung agak kuat dan deras. Achik Azahari teruskan harimau muda utk menharumkan nama negara seterusnya mengulangi sejarah layak ke olimpik !! Malaysia Boleh !! |
'Misi 33' masih berapi Posted: 15 Sep 2011 01:24 PM PDT Sukan AKSI pemain Selangor, Mohd Nasriq Baharom (kiri) berdepan rempuhan Yong Kuong Yong dari Kuala Lumpur dalam saingan Kumpulan D di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, kelmarin yang berkesudahan seri 0-0. Semangat anak buah saya masih belum pudar: Devan AKSI kurang meyakinkan Selangor selepas tamat pusingan pertama peringkat kumpulan Piala Malaysia bukan rumusan tepat bahawa impian skuad Merah Kuning itu untuk merealisasikan 'Misi 33' sudah boleh dilupakan.
Sejarah membuktikan Selangor biarpun hanya mencatat dua kemenangan, tiga seri dan sekali tewas untuk sekadar muncul naib juara Kumpulan D pada 2005 akhirnya berjaya menjulang piala berprestij itu selepas menundukkan Perlis 3-0 di final. Sebaliknya ketika Selangor cemerlang menjuarai peringkat kumpulan dengan layak ke suku akhir ketika saingan masih berbaki dua perlawanan pada 2009 dan 2010, mereka kandas pula seawal suku akhir kepada Terengganu dan Kelantan. Bagi saingan musim ini, segalanya kini bergantung kepada aksi pertama pusingan kedua menentang T-Team di Stadium Shah Alam, malam esok dan bagi jurulatih Selangor, K Devan, ia bakal menjadi detik penentu hala tuju skuad bimbingannya.
"Peluang untuk ke suku akhir dan menjadi juara Kumpulan D masih terbuka. Kuala Lumpur akan bertemu T-Team di Kuala Terengganu manakala kami pula akan menanti kunjungan T-Team dan Kuala Lumpur di Shah Alam.
"Yang penting, kami wajib menang dengan T-Team (esok). Saya rasa situasi ketika ini lebih baik kerana kami dapat mengelak daripada pemain berasa selesa apabila layak lebih awal," katanya.
Selangor kini sekadar di tangga ketiga Kumpulan D dengan empat mata selepas tewas 0-1 kepada T-Team, menang 2-0 ke atas Polis dan seri 0-0 dengan Kuala Lumpur, Selasa lalu. |
0 ulasan:
Catat Ulasan