Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Strategi sendiri

Posted: 16 Sep 2011 01:46 PM PDT

Sukan

Bekalan semangat Hari Malaysia, strategi sendiri jadi taruhan di Fukuoka

"SAYA pernah berdepan pasukan Jepun di Guangzhou 2010 dan mereka diakui memang cukup baik dengan asakan dari setiap sudut. Tetapi apa yang penting, kami akan main dengan cara kami."

Itu tekad kapten dan penjaga gol utama, Khairul Fahmi Che Mat sejurus sebelum berlepas dengan rakan sepasukan dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) ke Fukuoka semalam, sambil diiringi semangat membara untuk 'menjajah' Jepun ketika sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia 2011. Skuad bimbingan Ong Kim Swee dijadual berdepan Jepun di Stadium Tosu, Wilayah Saga pada aksi sulung Kumpulan C pusingan akhir Kelayakan Olimpik 2012, Rabu ini.

"Berlepas pula pada Hari Malaysia, sudah pasti semangat kami cukup berkobar-kobar mahu mencipta kejutan di bumi Jepun. InsyaAllah, kalau ada rezeki," kata Khairul Fahmi.

Lapan pemain Jepun yang menjuarai Sukan Asia 2010 masih berada dalam skuad bimbingan Takashi Sekizuka iaitu Shunsuke Ando, Takuya Masuda, Yusuke Higa, Daisuke Suzuki, Kazuya Yamamura, Keigo Higashi, Hotaru Yamaguchi dan Kensuke Nagai.

Tetapi lapan pemain negara yang ketika itu dibimbing Datuk K Rajagobal turut beraksi ketika tewas 0-2 di Stadium Huadu, Guangzhou iaitu Khairul Fahmi, Mahali Jasuli, Fadhli Shas, Muslim Ahmad, Fandi Othman, K Gurusamy, Izzaq Faris Ramlan dan Faizal Abu Bakar.
Malah, Kim Swee turut yakin dan akan memanfaatkan tempoh latihan empat hari di Kokura, sebelum ke Tosu pada Isnin untuk menggilap strategi dan taktikal yang dirancangnya selama ini.

"Saya sudah mengkaji video aksi Jepun bertemu Kuwait (pusi­ngan kedua kelayakan). Mereka memang cukup bagus tetapi kami tidak terlalu fikirkan sangat kekuatan mereka. Kami perlu fikir untuk memberi tentangan sengit, masuk ke padang dengan strategi sendiri dan semangat juang tinggi," kata Kim Swee.


Puyol balas kritikan

Posted: 16 Sep 2011 01:34 PM PDT

Sukan

BARCELONA: Kapten Barcelona, Carles Puyol tidak menganggap kelab juara Eropah dan Sepanyol itu sedang bergelut untuk mengekalkan tahap permainan terbaik musim lalu selepas sekadar seri 2-2 dengan Real Sociedad minggu lalu dan terikat 2-2 dengan AC Milan pada aksi sulung Liga Juara-Juara, awal pagi Rabu lalu.

Selepas menjuarai Liga Sepanyol tiga musim berturut-turut serta dua gelaran Liga Juara-Juara dalam tempoh tiga tahun, timbul persoalan sama ada Barcelona mampu mengulangi kecemerlangan tetapi ia pantas disangkal Puyol.

"Kami masih dalam keadaan baik dan tidak mahu terlalu mendengar apa orang lain kata di luar kelab ini. Memang kami kecewa selepas gagal menewaskan Milan tempoh hari tetapi ia sudah dilupakan. Memang kami belum mencapai prestasi terbaik tetapi kami tidaklah berada pada prestasi buruk," kata Puyol. Sebahagian daripada masalah dihadapi Barcelona turut berpunca daripada kecederaan tonggak pertahanannya, Gerard Pique manakala Puyol sendiri hanya baru cergas untuk dimasukkan sebagai pemain gantian ketika bertemu Milan. – AFP

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan